Selamat Tinggal 2010

The Cute Paint Man Inside

2010 semakin berlalu. Hari ni adalah hari terakhir dalam 2010.  Untuk tahun 2010, dah bermacam-macam peristiwa yang dah berlaku. Tak kisahlah samada kisah tu berkait dengan aku ataupun tak, semua orang ada cerita dan kisah masing-masing kan?

Work In Progress

Untuk 2010, Alhamdulillah… Azam aku yang ke berapa puluh kali yang tak pernah menjadi akhirnya menjadi. Apa lagi, niat aku berhenti merokok; alhamdulillah aku dah berjaya berhenti. Tak payahlah dok peringat aku pasal shisha ka, apa ka… Janji aku dah berhenti merokok, daripada 2 kotak Dunhill 14 ataupun Dunhill 20, yang penting aku dah totally stop daripada merokok. Pasal shisha, aku rasa sikit pun aku tak ketagih. Rokok kalau 25 minit berhenti pun dah rasa pelik, kalau shisha sebulan sekali aku amik for fun, tu pun apa pun tak rasa nikmat macam merokok… Nak ketagih macam mana?

So, please cut the crap about shisha. Ramai lagi yang nak berhenti merokok, banyak yang call aku tanya.. Tapi kalau pasal kes shisha ni tak habis-habis, sentap la diaorang tu semua nak berhenti. So, kalau nak support smokers to stop, give your support. Tak payah sinikal ataupun tak bagi diaorang berhenti. Itu saja beb, support!. Itu saja yang aku mintak, support mereka yang nak berhenti merokok, stop condemning them. Aku berjaya berhenti pun rasa macam nak gila. Aku bukannya casual smoker senang-senang nak berhenti macam tu saja.

Meraban pulak aku pasal rokok nih. Sorry.

Banyak Poster Boleh Gantung Neh...

Untuk 2011, harap-harapnya aku diizinkan Allah untuk berumahtangga, insya-Allah. Aku rasa yang tu ialah impian setiap lelaki normal. Tipu la kalau kata takmau. Kalau kata takmau pun, mungkin kat mulut aja, tapi dalam hati siapa yang tau.

Sepupu aku dah beli cat, dia mintak catkan satu bilik extra untuk dijadikan bilik pengantin nanti. Serba salah pulak aku. Yelah, bilik aku sebelum ni rock bukan main. Bersepah! Sampai hari ni sebenarnya aku tak sempat nak kemas bilik aku tu. Memang betul-betul jadi bilik persinggahan. Takpa, aku cat ajalah. Malas pikir panjang.

Perancangan jangka panjang bermula 2011 terus-terang aku cakap, yilek pochik. Dulu aku plan nak beli rumah dulu sebelum kahwin. Tapi dengan harga rumah yang tak masuk akal, aku rasa lagi bagus aku buat ran atas pokok, macam tarzan. Dulu ada orang pesan kat aku, hidup ni jangan berhutang (sebab aku buat personal loan), tapi pikir la logik balik…. Duit aku ada berapa juta la nak beli rumah kat Penang ni?? Semua harga tak masuk akal. Harga yang masuk akal pulak, barang-barang dan keluasan rumah pun terbalik la, tak masuk akal.. Keh keh keh.. So, memang tak ada benda apa yang perfect kan dalam life? Jadi, insya-Allah aku akan buat setakat mana yang mampu.

Errmmmm... Penyokong Kuat

Aktiviti-aktiviti 2011 ke atas, aku harap event-event rock ni terutamanya yang melibatkan WINGS akan menjadi lebih besar dan kerap. Harap-harap la ada organizer yang sudi menaja a sole concert, maybe a Nationwide Tour For WINGS. Setiap event concert, setlist lain-lain. Pergh!!! Boleh terkucil abang Awie nak hafal lirik nanti! Tapi kalau every event lain-lain setlist, mesti gempak kan? Takpun kalau betul nak save budget, apa salahnya buat Konsert Wings & Superfriends? Boleh hilang akal aku dengar abang Ramli Sarip/Amy Search layan Alam Barzakh dengan petikan maut Les Paul Custom Abang Joe. Sanggup aku amik cuti merantau.. Harap-harap bakal isteri pun dapat ikut sekali, dan biar dia paham betapa sayangnya aku dengan Wings. Keh keh kehhhhhh….

Aktiviti riding pulak, nampak gaya Nurul tak minat bab-bab ni. Jadi, solo ride lah. Boleh ka nak solo ride ke London? Guatemala? Zimbabwe? Teringin nak round solo lagi. Tapi ramai adik beradik dah bising. Katanya, dah tua-tua dok gila motor lagi. Okeylah, nanti gua tabung sikit amik CC besar sikit. Insya-Allah, mungkin bukan dalam 2011, tapi menabung untuknya, bermula pada 2011.

Kepada mereka yang ikut blog aku selama hampir 10 tahun ni, bermula dari Tripod, Geocities, Jiwang, Rojak, Mblog, Blogspot sampailah aku dah pakai WordPress ni, terima kasih kerana banyak membantu, menasihat, memberi pandangan untuk aku dalam mengharungi liku-liku perjalanan yang masih panjang.

Selamat Tinggal 2010,  Selamat datang 2011.

facebook comments:

5 thoughts on “Selamat Tinggal 2010

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge