SEARCH: Satu Koleksi Seni

Akhirnya, satu pembukaan siri jelajah konsert oleh SEARCH telahpun bermula semalam, 2 May 2009. Akhirnya, buat pertama kali dalam sejarah Malaysia, satu siri jelajah konsert terbesar yang ditaja oleh Celcom telah terpahat dalam sejarah industri muzik tanahair. Dan semestinya, yang ditaja ialah lagenda rock negara; SEARCH.

Persembahan bermula lebih kurang pukul 9.30 malam. Hujan renyai-renyai dan ‘on-off’ sedikit sebanyak telah merimaskan penonton. Unit keselamatan pada mulanya tidak membenarkan penonton membawa payung masuk, akhirnya terpaksa mengalah apabila hujan semakin tidak dapat diduga, dan sesetengah penonton membawa anak-anak kecil. Di sini, aku juga ingin menyatakan, adalah amat tidak sesuai untuk membawa kanak-kanak terutama sekali membawa bayi ke konsert. Desibel tinggi boleh merosakkan gegendang telinga kanak-kanak. Sudah beberapa kali isu ini dibangkitkan, tapi… Anak korang, korang pikirlah sendiri!

Penonton telah overload di ruangan utama. Aku anggarkan dalam 6,000-8,000 penonton berada di sana semalam. Hangat! Dah semestinya full house kalau ikut dari layout untuk tempat duduk penonton. Ramai jugak terutama yang membawa anak-anak bersama, cuma menonton dari jauh, mencari apa sahaja perlindungan yang mungkin untuk menjauhi hujan.

Satu marching drum diketuk oleh Yazit.. Dan opening gimmick yang cukup berkesan!!! Bunga api seakan-akan sumbu menyala dan mengenai pentas konsert diakhiri percikan bunga api menghangatkan opening song iaitu Derap Komando! Penonton naik gila, hangat!!!! Setelah hujan berhenti, Amy memberikan sedikit ucapan pembukaan, rasa terharunya dengan sambutan peminat di Pulau Pinang dan penghargaan kepada Celcom setelah hampir 17 tahun tidak mengadakan konsert besar-besaran. Dan, aku sebagai pelapis daripada sepupu-sepupu aku yang segan hadir kerana telah berkeluarga, berasa amat beruntung kerana telah menjadi sebahagian daripada sejarah SEARCH di Pulau Pinang.

Hujan telah berhenti, dan Amy sekali lagi memberikan ucapan dan seterusnya… Setelah Hujan dinyanyikan. Maaf, aku tak dapat mengingat kesemua lagu yang dimainkan, kita tunggu saja bro Kamal dari www.muzikrock.com untuk list balik semua lagu yang telah dimainkan. Layan abes sampai aku tak ingat dah susunan lagu. Semuanya nostalgia!

Antara lagu yang dimainkan ialah sebuah lagu yang aku tak ingat tajuknya dan amat jarang sekali dimainkan di konsert. Album tahun 1987. Antara lagu yang sempat aku ingat semalam ialah: (nanti aku update balik kalau ada yang silap, yang ni tak mengikut susunan, redah ja…)

Setlist Konsert Search Di Awan Biru, Seberang Jaya:
1. Derap Komando
2. Balada Pemuzik Jalanan
3. Setelah Hujan
4. Laila Namamu Teratas
5. Langit Dan Bumi
6. Pelesit Kota
7. Medley – Gadis Misteri, Gadisku & Gadis Ayu
8. Diari Habil & Qabil
9. Gothik Malam Edan
10. Gitar solo oleh Hillary
11. Fenomena
12. Bencana
13. Drum solo oleh Yazid
14. Isi Atau Kulit
15. Isabella
16. Fantasia Bulan Madu
17. Melastik Ke Bintang
TAMAT

Tiada encore.

p/s: Thanks Bro Khys dari www.muzikrock.com untuk update dan pembetulan setlist.

To all out there, the coming concert performances would be something that you shouldn’t miss. That’s my promise..” – Amy Search

pada aku:

1. Superb sound (can make it louder please?)
2. Superb opening act/gimmick
3. Cool and nice lightings/backdrops including the gigantic screen
4. Berkonsert dalam hujan lebat (ingat sampai mati)
5. Pyro meletup sampai Din melompat terkejut (ingat sampai mati jugak, hahahhaa), tapi rhythm maintain, salute!!

Showmanship memang all out habis. Aku betul-betul respek. Bro Amy, cara lu communicate dengan audience memang lain dari yang lain, burning out our gas and adrenaline!!!!!!

Paling menyerlah, bro Din. macam dah naik syeikh dah dia goreng gitar. Kami puas hati!!!!
Hillary, last aku tengok masa dia perform dengan Cromok di Planet Hollywood. Kali ni, penampilan lu lebih rock bro!!!!

Tapi yang kecewanya, persembahan habis awal. Encore pun dah tak dilayan. Alahai sedihnya… Mungkin sebab hujan lebat memaksa Search menghabiskan persembahan lebih awal. Yerlah, nak jaga equipment tu semua. Killer song – Pawana dan Menara Kesesatan tak dimainkan!! Arghhhhhhhhh!!!!! Yang pasti, kalau ada rezeki lebih, 1 Ogos… Aku akan ke KL untuk show penutup!!!!!

Habis aja konsert, kami mengambil kesempatan berkumpul di kedai mamak la, mana lagi untuk bersembang tentang konsert tadi. Dan yang pastinya, ramai otai yang turun malam tu. Tak termasuk sekumpulan ‘Kid celup‘ yang memenuhi arena konsert. Memang nostalgik!!!

Dan untuk makluman, makanan luar dan sebarang peralatan untuk merakam adalah dilarang untuk dibawa masuk, jadi, aku masukkan saja sessi soundcheck sehari sebelum tu. Lagipun, suasana hujan membuat aku malas nak amik gambar.

SEARCH, kita jumpa di KL 1 Ogos 2009 pulak!!!

Till Then,
Rock On!!! \m/ \m/

facebook comments:

19 thoughts on “SEARCH: Satu Koleksi Seni

  1. Thanks for the update bro!! aku try inform hang JB punya show camne nanti. Keep on rockin’ dude!!
    pocheit.

  2. no problem Mus. ni yg aku salin… harap tak ada yg tertinggal..

    Setlist Konsert Search Di Awan Biru, Seberang Jaya:
    1. Derap Komando
    2. Balada Pemuzik Jalanan
    3. Setelah Hujan
    4. Laila Namamu Teratas
    5. Langit Dan Bumi
    6. Pelesit Kota
    7. Medley – Gadis Misteri, Gadisku & Gadis Ayu
    8. Diari Habil & Qabil
    9. Gothik Malam Edan
    10. Gitar solo oleh Hillary
    11. Fenomena
    12. Bencana
    13. Drum solo oleh Yazid
    14. Isi Atau Kulit
    15. Isabella
    16. Fantasia Bulan Madu
    17. Melastik Ke Bintang
    TAMAT

    Tiada encore.

  3. ko one of the crew for search ke?

    n btw,da sound check diorng bwat 1 or 2days b4 concert stat ke?at least aku leh get ready nnt ble diorng wat kat kl nnt.tlg lah reply cuz aku dying gler nk tgk diorng..LIVE!!

  4. review pertama aku baca..syabas jadi the first to joined the opening Search concert. Tak sabar aku nak terjah jb sabtu ni.

  5. Thanks for all yang reply.

    Aisehmen, ni mesti tak baca habes blog aku ni.

    AKU BUKAN CREW DA….

    kalau aku crew, KOMPOM meletup-letup lagi aku post semua pasal tour ni.

    Aku cuma pendengar biasa, dan peminat biasa.

    @nabila
    soundcheck session sehari sebelum tu. Tapi biasanya, dalam banyak2 konsert pun, petang sebelum konsert pun akan buat soundcheck jugak. Tapi aku tak sure dengan Search. Aku pergi sehari sebelum tu by invitation dari Celcom – aku menang peraduan la.. Macam pakcik motor menang Power Root tu… Baca blog aku habis-habis lain kali. Excited, excited jugak.. Jangan terlupa habis nak baca. Nanti kalau bawak barang2 recording masuk konsert, tak pasal2 kena keluar konsert.

  6. gila babeng lagu feveret tuh yg dia main, erm gadis ayu tu search ke? xpenah dgr lg,ayo!!

    lagu pawana xde..

  7. sori dude..aku terlampau excited smpi sedikit malas nk scroll down le bwah.lebih kpd nk tgk gmbr

    ko mng peraduan?best gler!!..aku ade tnye dis dude wer die pg time soundcheck tu.he said a lil bit susah nk masuk(esp kalo ko xmng ape2 peraduan or dpt invitation).da security xkn kasik ko masuk.so for the time being,aku xtau nk plan ape.

    chill la ek.aku tnye je.fyi,ko ptut berbangga kerane aku assume ko ni keje ngan search=P

    terime kaseh..phheewwiitt

  8. @Nabila
    Hehehehe, rilek-rilek.. Ayat aku tu macam garang sangat ker? sori2, tak niat nak macam tu.

    Have fun at next concert!!!
    (and beware of the look-alike KID!!!)
    hehehehe

  9. Pingback: Gatal Tangan « Speedrider Networks

  10. Pingback: Konsert Gemuruh DT (Double Trouble Penang) « Speedrider Networks

  11. Pingback: Sayap-Sayap Wings 3rd Renewal | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge