Search & Awie: Bikin Wilayah (1998)

Bikin WilayahAlbum yang boleh dikatakan sangat rare ini aku sempat beli daripada Madi Sayap-Sayap Wings semasa pelancaran laman web rasmi Sayap-Sayap Wings pada tahun 2009. Nasib baik Madi ada simpan, jadi sempat la aku beli dulu. Pejam celik dah 3 tahun berlalu, betapa cepatnya masa berlalu. Aku tulis review ni pun lepas teringat yang aku ada koleksi cd ni, lepas tengok entry daripada Ijau.

Tahu tak, sampai harini aku takleh percaya yang aku berjalan dari Hentian Pudu ke Tasik Titiwangsa. Kah kah kahhhh…..  Gila.

 

Inlay cover dalam album ni biasa-biasa saja. Tapi dari sudut fotografi, mungkin ada kesamaan dalam gaya possing dan pencahayaaan. Adakah korang familiar gaya possing di dalam album Search yang mana satu?

Tracklist:

  • Mancis Dah Basah
  • Bayangan Baiduri
  • Zen (Bikin Wilayah)
  • Setia Dalam Kacamu
  • Ichiban
  • Kanta Biru
  • Ghairah Malam
  • Mutiara Embun
  • Penghujung Jalan
  • Nur Nilam Sari

Ketika aku mengambil mood nak menulis kembali review album ni, dua tiga kali aku ulang dengar album ni. Memang tak jemu langsung! Jadi, tak hairanlah bila album ni memenangi anugerah Album Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-6 pada tahun 1999 [lihat]. Calon-calon lain bagi kategori album rock terbaik pada waktu itu ialah Bikin Wilayah (Search/Awie), Double Trouble 2 (Search/Wings), Karma (Azman Warren), Konsert Raksasa XPDC Brutal (XPDC), Mencari Asal Usul (Wings) – Banyaknya nama Wings… Hehehehe.

Line Up waktu album ni dirilis ialah:

Gitar Elektrik: Kid & Noordin
Gitar Akustik: Noordin
Bass: Fauzi
Dram: Yazid
Perkusi: Yazid & Fauzi
Keyboard: Fauzi
Penyanyi Undangan: Awie
Penyanyi Latar: Yazid, Fauzi, Noordin & Kid

Ini adalah album pertama kumpulan Search tanpa penyanyi asal mereka Amy yang telah keluar daripada Search pada awal 1998 untuk menumpukan perhatian kepada kerjaya solo beliau. Semasa bersama Search, Amy berjaya mengeluarkan 2 buah album solo. Pada 1999 Amy telah mengeluarkan album solo ketiganya. Lebih kurang setahun selepas album ini dikeluarkan, Kid, Noordin dan Fauzi telah keluar daripada kumpulan Search. Pada awal 1999, Yazid adalah satu-satunya ahli kumpulan Search yang tinggal. – Muzik Rock

 

Bikin Wilayah 2

Pada tahun ni 1998, aku baru Form 3 dan sedang sibuk study ambik PMR sampai nak dapat 8A (Kahkahkah!), jadi aku kurang pasti dengan cerita sebenar kenapa Amy keluar dari Search. Yang pasti pada aku, lantunan vokal Awie bersama Search dalam Album ni amat menarik untuk dibincangkan. Seperti semua orang maklum, Wings adalah Wings dan Search adalah Search dari segi muzik walaupun dalam genre yang sama. Pada aku, aku suka sekali suara Awie dalam album ni. Memang lain dari yang lain. Mungkin Awie lepas geram sebab time ni, dia tengah bergerak secara solo dalam album yang aku rasa lebih kepada ballad dan sedang sibuk berlakon (dan memenangi pelbagai anugerah lakonan). – Boleh aku tahu Fauzi yang main Bass tu siapa? Siapa ada Info?

Lagu seperti Mancis Dah Basah, Zen (Bikin Wilayah), Kanta Biru dan Penghujung Jalan lebih kepada Hard Rock. Ichiban menunjukkan trademark blues Search dan Ghairah Malam 15 aku rasa….. Macam terdengar laungan “Ghairah Malam 15” tu dalam salah satu lagu dalam album Gothik Malam Edan (2006), mungkin aku yang salah dengar atau terlebih ghairah nak menulis entry ni?

Jadi, vokal Awie dalam album ni (pada aku) memang superb terutamanya pada lagu-lagu yang lebih ballad seperti Setia Dalam Kacamu yang sangat-sangat lentok habis. Tak hairanlah kalau lagu ni selalu berada di corong radio. Bayangan Baiduri pun agak sedap untuk didengar, tetapi aku lebih suka Setia Dalam Kacamu; feeling. Ah, dan aku juga suka Mutiara Embun. Hahahaha. Album ini juga menyaksikan bagaimana ur Nilam Sari menjadi sangat hits pada waktu itu.

Pada aku, kalau ada peluang dapatkan album ni, dapatkanlah. Salah satu koleksi wajib untuk dimiliki kerana membariskan lagu-lagu yang sedap untuk halwa telinga.

facebook comments:

4 thoughts on “Search & Awie: Bikin Wilayah (1998)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge