Scorpions – Return To Forever 50th Anniversary Boxset (2015)

Pertama sekali, aku rasa segan betul nak tulis pasal benda ni, tetapi memandangkan ada request dari sahabat-sahabat, aku gagahkan jugalah nak menulis serba sikit pasal album terbaru Scorpions pada 2015; Return To Forever. Rasa bersalah pulak share kat facebook saja sebab Deaf tak nampak apa yang aku share kat sana dan beri komen. Saudagar Mimpi pun pujuk suruh up ke blog supaya Deaf boleh tengok. Ok, aku up.

 

Gambar memang banyak sikit, sebab aku nak share segala isi perut yang ada dalam pakej kali ni. Boleh luangkan masa nak tengok dan komen apa yang patut.

 

Aku rasa ini pertama kali dalam sejarah aku gagahkan jugak beli boxset collector ni. Ok, sebelum ni ada juga lah boxset lain, cuma boxset ni aku rasa Scorpions buat lebih sebagai memorabilia untuk peminat-peminat dia, aku rasa ajalah.

Berikut adalah maklumat asas boxset ni:

Scorpions ‎– Return To Forever
Label:
RCA Deutschland ‎– 88875 05913 2, Sony Music ‎– 88875 05913 2, SevenOne Music ‎– 88875 05913 2
Format:
Box Set, Deluxe Edition, Limited Edition
CD, Album, Deluxe Edition, Ecolbook
2 × CD, Digisleeve
Vinyl, 7″, Picture Disc
Memory Stick, MP3, Album
Country: Europe
Released: 20 Feb 2015
Genre: Rock
Style: Hard Rock

 

Lepas buka boxset ni, benda first yang jumpa adalah “Backstage Pass” ni. Aku tak pasti samada yang ni adalah “mock” pass ataupun betul-betul boleh pakai masa tour Return To Forever yang akan berlangsung selama 2 tahun selepas album ni dilancarkan. Tak kisahlah, aku rasa kalau betul pun, aku tak mampu la nak ke Europe nak layan konsert ni. Tapi aku dah offer pada Saudagar Mimpi dan Portdy, kalau diaorang nak pergi layan tour Scorpions, aku boleh bagi pinjam pass ni. Pinjam je tau!

Backstage Pass lanyard juga sebenarnya terletak USB stick magnetized clip di mana semua album Return To Forever ada dalam MP3 format dalam ni. 3 in 1 format, Lanyard, Pass dan MP3 USB. Plus, lanyard menunjuk dan nak eksen. Hahahahaha

 

Benda kedua yang ada dalam boxset ni adalah audiobook. Ada dua CD dalam audiobook ni; CD1 untuk temuramah dalam Bahasa Inggeris dan CD2 dalam Bahasa Jerman. Jadi aku dengar CD1 sajalah, mana paham diaorang cakap dalam Bahasa Jerman ni kan?

Dalam audiobook ni, cuma Rudolf, Meine Klause dan Matthias Jabbs sahaja yang membebel. Banyak cerita dari awal penubuhan Scorpions sampailah kenapa Return To Forever ni diterbitkan. Ia menjawab kenapa Scorpions masih membuat album baru walaupun dah announce pencen selepas Sting In The Tail (2010) dan dengan masalah line up tak cukup sebab drummer James Kottak masuk rehab center. Senang cerita, Scorpions macam dalam mood taknak pencenlah sekarang sebab masih ada idea nak buat lagu dan menghargai peminat (atau buat duit? hahahaha). Material untuk return To Forever kebanyakannya dibuat dalam tempoh 2011-2014 dan unreleased tracks.

Dari perbualan awal dengan Saudagar Mimpi dan Portdy di FB, aku dah cakap yang cuma 3 orang saja dalam audiobook ni. Saudagar Mimpi pulak cakap, Scorpions yang “masih wujud” cumalah Meine, Rudolf dan Jabbs. Ok, aku setuju dengan kenyataan ni walaupun aku tahu, Kottak (drummer) dan Maciwoda (bassist) mesti heart feeling punyalah sebab tak kena tanya apa-apa pun, dah macam filler member pulak. Tapi aku rasa diaorang peduli apa dengan tu semua asalkan duit masuk, ye tak?

 

Dalam boxset ni, album yang diberikan adalah dalam bentuk Deluxe Edition dan dalam bentuk “Ecolbook”. Ecolbook ni bentuk dia macam buku hardcover la, tapi banyak pakai untuk CD, replace jewelcase. Yang ni aku rasa lagi best daripada digipak dan digipak “awkward” type Menakluk Kosmos. Boleh rasa feel deluxe tu dengan bentuk ecolbook ni. Bukan cerita apa pun, helaian tu semua adalah lirik la siap gambar. Best.

 

Going Out With A Bang (Martin Hansen, Mikael Nord Andersson / Klause Meine, Martin Hansen)

Sebuah lagu rancak dan bertenaga untuk pembukaan album, tetapi malangnya aku tak suka lagu ni.

 

We Built This House (Martin Hansen, Mikael Nord Andersson / Klause Meine, Martin Hansen)

Lagu ni adalah single utama untuk Return To Forever. Pengaruh Scorpions agak jelas dalam lagu ni. Oh ya, aku suka lagu ni.

 

Rock My Car (Rudolf Schenker, Klause Meine)

Jujurnya aku agak gelihati dengar lagu ni. Walupun bertenaga dan energetic mat salleh kata, rasa janggal bila tokwan rockers buat lirik pakai rock rock rock banyak kali dan berkisarkan bawak kereta racing.

 

House Of Cards (Rudolf Schenker, Klause Meine)

Lagu ni agak instumental dan berentak ballad. Dalam single 7″, lagu ni berada di Side-B. Nampaknya memang kebanyakan Side-B songs Scorpions memang berhantu sebab aku suka lagu ni. Hahahaha.

 

All For One (Klause Meine, Mikael Nord Andersson, Martin Hansen)

Lagu berkisarkan persahabatan rasanya, mungkin khusus kepada persahabatan di dalam sebuah band rock.

Rock ‘N’ Roll Band (Klause Meine)

Sebuah lagu yang agak rancak. Lirik sangat mudah! Ceritanya aku ni mat rock yang ada dalam sebuah kumpulan rock la!

 

Catch Your Luck And Play (Rudolf Schenker, Klause Meine, Mikael Nord Andersson, Martin Hansen)

Rythm menarik dari Schenker dan sebuah lagu rock yang rileks. Aku tak tahu la lirik ni samada dia menilai seorang wanita dan harapan seterusnya ataupun persahabatan.

 

Rollin Home (Martin Hansen, Mikael Nord Andersson / Klause Meine, Martin Hansen)

Sebuah lagi laru rock yang agak ballad yang aku suka. “This rock is rolling home” aku pun tak paham apa yang cuba nak disampaikan Klause Meine dan Martin Hansen dalam lirik ni. Macam lagu anthem pun ada part chorus tu. Peduli apa aku asalkan aku rasa sedap. Hahaha apa punya review da…

Hard Rockin’ The Place (Rudolf Schenker / Klause Meine)

Feel intro lagu ni memang menggamit 80’s Heavy Metal. Solo kat tengah aku tak pasti samada Jabbs atau Schenker, tapi cepat sangat tak macam 80’s. Ok la, ada sikit-sikit. Satu lagi lirik yang aku kurang faham secara total.

 

Eye Of The Storm (Klause Meine, Mikael Nord Andersson, Martin Hansen / Klause Mein)

Sebuah lagu ballad dengan guitar plucking. Memang syahdu. Intro macam lagu KRU sikit (kah kah kah gila apa aku kait lagu KRU dengan Scorpions) Tapi kalau dengar betul-betul ada la sikit-sikit. Sekali lagi lirik ni ada kaitan dengan perkataan “home” dan “house”. Berapa banyak rumah la Klause Meine ni!

 

The Scratch (Mikael Nord Andersson, Martin Hansen / Mikael Nord Andersson)

Lagu ni feel macam bukan Scorpions sebab composer dan penulis lirik dia sapa, orang yang selalu session dengan Roxxette dan mereka ni selalu jadi tour musician.

Gypsy Life (Rudolf Schenker / Klause Meine)

Satu lagi lagu berentak slow. Lebih kepada bercakap dan meraban. Nak jadi gypsy atau berkelana. Entah apa la yang Meine ni frust sampai nak berkelana macam tu sekali.

 

Bonus Tracks (Deluxe Edition)

The World We Use To Know (Klause Meine)

Rentak lagu ni macam ballad 80-an. Ala-ala Roxette? Ala-ala Pop Rock? Boleh la nak dengar time rilek-rilek tapi tak boleh masuk favourite list aku.

Dancing With The Moonlight (Matthias Jabs / Klause Meine)

Aku tak suka lagu ni. (jujur tak review aku?)

When The Truth Is The Lie (Matthias Jabbs, Mikael Nord Andersson / Matthias Jabs)

Campuran ballad dan riff guitar dengan distortion yang agak berat, tapi masih tak boleh masuk telinga aku.

 

Who We Are (Klause Meine)

Sebuah lagi ballad song dari Scorpions. Ni pun aku tak suka. malas nak tulis. Hahahaha

 

Betul kata Dr Bentara Krenmaut, aku tak boleh bandingkan album ni dengan early album Scorpions sebab faktor umur agaknya. Tetapi untuk rockers yang dah berusia 66 tahun, memang aku agak respek sebab mereka masih boleh berkarya. Sekurang-kurangnya mereka masih mampu jadi komposer dan penulis lirik. Rockstar Malaysia dah 20-30 tahun pun masih mengharap lirik dan lagu garapan orang, sepatutnya hal ni tak boleh berlaku (pada aku la). Takkan nak menyanyi semata-mata mengharapkan komposer itu dan komposer ini, come on.

 

Menggelikan hati bila Klause Meine punya lagu rata-rata ada perkataan rock. Rasa kelakar sungguh bila tokwan rock asyik obses dengan perkataan rock. Begitu juga dengan perkataan house/home, banyak sungguh. Dari segi teknikal muzik, aku tak reti nak bagi komen sebab aku bukan ahli muzik. Aku bukan guitarist, drummer, bassist mahupun vocalist. Aku cuma mampu bagi pendapat aku sebagai pendengar. Nak kata minat Scorpions, tak la sangat cuma aku memang hook up dengan Scorpions sebab evergreen songs yang best dan masuk betul dalam jiwa aku. Oleh kerana Return To Forever ni aku boleh layan dalam 50%, aku dah bagi rating aku di Sputnikmusic dengan tahap Excellent ataupun 3.5/5.0. (Baca review di Sputnikmusic)

 

Dalam Deluxe Edition ecolbook ini juga terselit satu nota kecil mengiklankan Scorpions Forever And A Day – In Cinemas Soon (Mungkin macam Metallica Never) dan tarikh support tour Return To Forever. Mungkin pass yang ada dalam ni boleh pakai pada konsert tersebut tetapi aku tak pastilah kan.

Barang seterusnya dalam boxset tersebut adalah sebuah rekod 7″ mengandungi single We Built This House (Side A) dan House Of Cards (Side B). Ia adalah picture disc. Salah satu sebab utama aku ambill boxset ni adalah kerana rekod 7″ ni. Lepas ni kalau nak beli asing mesti harga tak masuk akal sebab rekod ni tak dijual berasingan.

 

Benda terakhir di dalam boxset ni adalah baju rasmi Scorpions, Return To Forever. Tiada tag rasmi Scorpions, tetapi cukuplah untuk aku. Design tak fancy tapi punch dia tetap ada. Scorpions ni woi, band rockers tua!

 

Salah satu benda “extra” yang buat aku tergedik-gedik adalah mini poster 12″ ni. Betul, benda ni tak boleh jual tapi aku ni macam Hotel California, apa yang masuk semuanya tak keluar. Hahahahaha (dan aku jugak dah beli LP 12″ Return To Forever melalui pembelian asing daripada boxset ni). Aku harap apa yang aku ada dan kongsi ni, korang puas hati tengok. Malas buat video unbox, blog sajalah. Panjang betul aku tulis kali ni ye?

 

Eh ad lagi sikit. Postcard size band members photo ni ada dalam boxset. Memula aku tak teruja tengok, lepas perati betul-betul, memang autograph sign betul la. Bonusssss.. Hehehe. Simpan sajalah boxset ni buat kenang-kenangan.

facebook comments:

10 thoughts on “Scorpions – Return To Forever 50th Anniversary Boxset (2015)

  1. Aku suka lagu lagu extra pada album ni.

    dancing in the moonlight tu versi unplugged in Athens lebih baik rasanya.

    Well nice review mus.
    tak macam blogger sorang tu cuma buat Wordless Wednesday. Itupun sebulan sekali.

  2. Thank you fren, aku hargai kau share dalam blog kasi semua orang tengok.
    This is an amazing, super fabulous boxset dan content.
    Aku speechless… yang signature tu postcard memang terbaik sangat.

    Eh, mana best2 gini share la kat blog.. orang satu dunia boleh tengok.

    • Kami borak kat FB:

      Orang hensem macam kita up kat blog karang berkajang-kajang, komen masuk satu dua je.

      Cinggey up blog gambar selfie mulut itik, komen boleh masuk beribu. Hahahahahha

  3. 1. Itu la aku tak paham pasal Narnia, tapi bila guide Oxford tu cerita, aku tengokada orang angguk2 faham dan excited. Tentu kau akan lebih menghargai kalau kau yang dengar.

    2. Rainbow boxset tu aku nak la.. nanti la aku cerita sikit lain kali.

    3. Ooo aku beli kat ebay. Kalau kau perasan, selalunya release Jpejn lagi best dan ada bonus tracks, tapi mahal. Selalunya, releaase Korea tiru Jepun. So beli yang Korea, murah.

    4. Etul jugak, posting yang berilmiah mungkin orang tak pandang, tapi posting tunjukkan orang tu popular, dan punyai PENGARUH ter…paksa dilayan dan diampu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge