Sayap-Sayap Wings @ Penang

Semalam, Wings datang lagi ke Pesta Penang untuk Tahun 2008. Wings mengadakan persembahan di Pesta Penang pada 24 dan 25 Disember 2008. Aku sempat menghadiri persembahan Wings semalam iaitu pada 24 Disember 2008. Meriahnya kali ini ialah dengan kehadiran Sayap-Sayap Wings. Teruja sungguh aku ke persembahan Wings kali ini kerana aku juga menyertai Sayap-Sayap Wings, hahahahaha.

Wings memulakan persembahan sedikit lewat dari jadual (macam biasalah, hehehe) dan kali ni, Awie lebih banyak berinteraksi dengan penonton berbanding dengan tahun lepas iaitu tahun 2007. Kali ni, aku tak duduk atas stage dah, ingin mengenali lebih ramai Sayap-Sayap Wings yang lain (sebenarnya tahun ni aku takder kabel nak naik atas stage, alasan jer tu hah… hehehhhe). Kali ni, WINGS banyak menyanyikan lagu yang agak jarang-jarang dibawa ketika show, dan tidak hairanlah jika banyak penonton yang sedikit hairan apabila Awie menyanyikan lagu-lagu tersebut (termasuk aku… sebab tak tau lirik lagu tu. hahahaha). Bro Awie pulak, first time depan mata aku terlupa lirik ketika menyanyikan lagu Biru Mata Hitamku (asalnya nyanyian Mus, macam nama aku jugak), tapi dengan pengalaman lebih daripada 21 tahun berjaya di’cover’ oleh showmanship Anggota WINGS yang lain tanpa ramai hardcore Wings yang lain berada di bawah terperasan…

Tahun ni, jumlah penonton sedikit kurang berbanding tahun lepas iaitu tahun 2007. Tak dinafikan semua tu memandangkan promosi tahun ni amatlah kurang (boleh dikatakan tiada langsung!) dan ini menyebabkan ramai hardcore Wings tidak mengetahui tentang persembahan tersebut. Namun, di tengah-tengah persembahan, semakin ramai penonton yang memenuhi ruang penonton di bawah dan yang mengisi ruang tersebut ialah brader-brader yang membawa anak-anak dan keluarga mereka sekali. Sudah tentu mereka semasa muda amat meminati Wings, kalau tidak, manakan sanggup bersesak-sesak dengan anak-anak dengan golongan muda untuk show Wings! Aku respek pada brader-brader ni, rock-rock jugak, tanggungjawab pada keluarga tidak dilupakan… (lepas ayang beli semua barang dapur dan ronda-ronda pesta, bagi abang tengok WINGS pulak tau? Fair and Square, heheheheh)

Semasa pertunjukan, aku sempat berjumpa dengan ramai insan yang selama ni aku cuma dapat berinteraksi di alam siber seperti Bro Ijan, Pak Mail, Zan Bassist, Zul Leftback dan beberapa orang lagi yang mungkin aku tak cam (harap maaf dari hujung kepala yang takder rambut ni sampai ke kaki, bro semua~) . Dan paling aku teruja sikit bila aku rasa macam kenal jer brader ni… Sapa lagi kalau bukan Bro Yatt and Sis Nadia, Happy Rockers Family dari Hanya Rawk and Roll. Selamat berjumpa bro and sis!

Selepas selesai persembahan, sessi makan-makan telah diadakan di Restoran Kapitan, Chulia Street antara Sayap-Sayap Wings dan kumpulan Wings. Semasa sessi ni, semua ahli Sayap-Sayap Wings berpeluang mengambil autograph ahli kumpulan Wings dan sempat berborak dengan semua anggota Wings. (dah tentulah ramai yang bertanya bro Awie tentang isu Kumpulan Naga yang ditimbulkan di Harian Metro baru-baru ini).


Aku pun tak melepaskan peluang untuk bertemu antara gitaris kesayangan aku (eee.. tak rocknya ayat aku…), sapa lagi kalau bukan Bro Joe. Dengan muka tak malunya aku mengusung Ibanez RGR321EX aku semata-mata nak mendapatkan ‘mandrem’ autographnya. Hahahahahaha, rasa melayang jer dunia ni bila tandatangannya ada kat gitar aku. Terima kasih banyak-banyak abang Joe! (lepas ni rasa macam sayang pulak nak pakai gitar tu, aku buat frame baru tau!!). Aku juga mengambil autograph semua anggota Wings di baju 21st Anniversary Wings dan buku Memorabilia (aku eja silap ke apa nih…) sebagai satu simpanan aku yang paling berharga… (apa-apapun takleh celen Pak Mail malam tu sebab semua anggota Wings letih jari sign SEMUA koleksi cd dan kaset Wings, hahhahahaha)

Apa-apapun, terima kasih kepada Sayap-Sayap Wings kerana sudi turun ke Penang walaupun anda dari jauh. Segala kekurangan kami di Penang, janganlah berkecil hati (terutama layanan mamak Kapitan yang lembab dan silap amik order tu…). Maaf dipohon kerana saya tak dapat turun pada malam ni (malam terakhir show Wings) kerana saya pun baru jer bangun tidur memandangkan semalam selepas show, kami buat aktiviti tahunan kami selepas show…….. MEMANCING!!!! Heheheh

Kepada Sayap-Sayap Wings yang baru, silalah rajinkan diri anda melayarai http://sayap2wings.com untuk segala info dan maklumat terkini perjalanan Sayap-Sayap Wings. Kami semua sedia membantu ada dalam info-info terkini, cuma jangan malu bertanya aja. Macam asas Sayap-Sayap Wings, “Make Us Like Brothers”!

facebook comments:

2 thoughts on “Sayap-Sayap Wings @ Penang

  1. Pingback: Kepuasan Rock Maksimum at Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge