Sapphire ATI-Radeon HD5450

Kotak depan

Jangan perbetulkan skrin anda. memang aku yang tengah menulis entry kali ini dengan isi yang berkaitan dengan graphic card berasaskan ATI.

 

Kotak belakang

Ciri-ciri utama

Packing dalam

Package

Analog, DVI dan HDMI port

Heatsink without fan

Heatsink location

Kawan-kawan aku yang mengenali aku sudah lama tahu aku ni boleh dikategorikan sebagai nVidia fanboy – Hahahaha!!!

Setelah beberapa GFX aku gunakan, nampaknya Asus ENGTS250DK aku dah mula membuat pasal dengan memberikan masalah-masalah grafik pecah dan kadangkala stall. Grafik yang pecah dikenali sebagai Graphic Artefacts yang sangat-sangat menjengkelkan sehingga aku terpaksa restart PC berulang-ulang kali dan yang lebih parah, biasanya ia terjadi waktu aku tengah edit sesuatu dokumen, jadi tak sempat save. Annoying kan? Sama menjengkelkan tatkala aku pakai bahasa rojak Melayu-English dalam artikel ni.

Sapphire ATI-Radeon HD5450 ni adalah line-up paling basic dalam siri Ati Radeon (kini AMD Radeon). Oleh sebab itulah ia tidak dilengkapkan dengan auxiliary power input (GFX Card High-End biasanya pakai, sebab nak generate digital output yang lebih power) dan menarik sekali, ia juga tidak dilengkapi dengan kipas pada heatsink! Wei, dah berzaman aku tak jumpa GFX Card tak pakai fan tau.. Zaman-zaman PCI card dulu mungkin la kan, tapi sejak-sejak zaman PCIe ni, inilah first time aku jumpa GFX Card berkeupayaan HD tanpa kipas di heatsink!

Oleh kerana terpaksa, aku hantar kad Asus ENGTS250DK aku ke Asus Warranty Center di E-Gate Penang (warranty center paling hampeh!) dan sementara menunggu kad itu siap dibaiki, aku beli kad ni untuk membolehkan personal desktop aku berfungsi dengan baik.

Oleh kerana GFX card ni adalah versi low end, resolusi maksimumnya walaupun menyokong resolusi 1920×1080 HD, tersekat-sekat jugakla waktu main SBK Generations dan PES 2012. Aku kena bagi rendah sikit resolusi, baru game dapat berjalan dengan lancar di monitor Samsung 27′ aku tu. (Samsung P2770H).

Jadi, korang tak nak ucap selamat datang ke kat aku ke keluarga ATI? Hahahhaha!!!!

facebook comments:

One thought on “Sapphire ATI-Radeon HD5450

  1. Pingback: Batman: Arkham City | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge