Samad Lefthanded – Sentuhan Terakhir

Dengan keadaan ekonomi aku yang amat kritikal, aku gagahkan diri untuk membeli juga 2 set ekslusif ni kerana cetakan dan penghasilannya mungkin terhad.

Oleh kerana aku telah pun memiliki volume 1, 2 set ini telah melengkapkan segala-galanya. Takkan sama dengan VCD ciplak dan yang berlambak di Youtube. Sekurang-kurangnya hasil royalti album ni insya-Allah akan sampai ke tangan waris Allayarham Samad yang memerlukan untuk menempuh hidup.

Untuk Volume 2, ia menampilkan:

1. Debunga Wangi – Lefthanded.
2. Sampai Hati – Spring
3. Nur Kasih – Slam
4. Musibah – Sweet Charity
5. Mahligai Syahdu – Hattan
6. Ku Di Halaman Rindu (jamming – bonus track)

Untuk Volume 3:

1. Sejuta Wajah – Sweet Charity
2. Ku Di Halaman Rindu – Lefthanded
3. Suci – May
4. Dunia Perlumbaan – Sweet Charity
5. Usang – Rahim Maarof
6. Dunia Perlumbaan – (jamming – bonus track)

Sebenarnya, dengan kesibukan aku sekarang, memang aku tak ada masa nak berlatih gitar. Tapi sekurang-kurangnya aku puas, ‘air tangan’ gitaris lagenda negara sekarang berada dalam gedung ilmu aku.

al-Fatihah untuk Allahyarham Abdul Samad Mian.

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge