Roy Dan Farouk

Farouk Si Pengecut

Aku mula membeli Roy, pada Oktober 2010. Seeekor ikan laga (Betta fish) yang aku dapat di kedai akuarium dengan harga RM5.00 kalau tak silap. Mula-mula nak letak sebagai peneman saja di meja opis. Idea nak bela ikan laga ni bukan apa, senang nak jaga. Tak perlu akuarium besar-besar, tak perlu filtered pump dan yang paling penting, air tak tukar sebulan pun tak apa!

Roy Yang Hensem Dan Bongkak

Selepas beli Roy, lebih kurang 2 minggu lepas tu, aku beli pulak Farouk. Maksudnya, aku tambah lagi sebijik akuarium atas meja. Yang kelakar pasal namanya tu, si Roy pulak gangster nak mampus dan si Farouk pulak pengecut.

Apa-apapun, diaorang ni lah peneman aku kat meja opis.

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge