Rock Raya

Rock raya bersama Wings!!!!! Yeargh!!!!

Penat mata aku balik dari abis sessi ni, sampailah dah dekat waktu sahur nak buat benda ni. Arsenal kalah sikit aja tadi tu, bagi can aja. Kesian kat Adebayor, nanti jatuh pulak air muka dia kan? So, bagi can jerlah…

Back to topic. Malam tadi, gua menerima pelawaan kumpulan Wings (huhuhu)… Dibetulkan… Band member gua, yang dikhabarkan nak practice lagu Wings. Jadi, dengan takder apa-apa aktiviti lain yang penting sangat, maka gua pun dengan senang hatinya memakai track suit (salah ka?) dan terus ke tempat yang dimaksudkan. Susah sikit nak cari studio ni sebab gua tak pernah datang jam kat sini.

Lama gila gua tak jamming dah. Jari pun dah berkarat.. TQ pada Lah yang sudi ajak.. Serius ja hangpa semua praktis neh, nak join mana-mana competition ka? Walaupun ‘Orang Kita’ mungkin tak habis, dan terpaksa digantikan dengan Fenomena, tapi takda masalah la tu. Biasa la.. Janji hangpa semua dan aku enjoy. Daripada duduk tengok saja, baik aku tolong rakamkan.



Lagi satu yang gua tak paham dengan malaun-malaun dalam youtube nih, kalau bab nak kutuk memang No. 1, tapi semata-mata bukak account nak kutuk orang buatpa? Langsung takdak makna kalau diri sendiri tak upload video apa-apa untuk dikongsi bersama. At least, bolehla sama-sama belajar kalau dia komen ada benda yang tak kena dengan sessi main guitar atau jamming tu. Betul-betul menyemak youtube je!

(ayat orang yang selalu kena kutuk dalam youtube)

Kadang-kadang, gua rasa nak pinjam Papan Katil Paiseh nak pelempang orang-orang macam tu. Amacam geng, boleh pinjam tak?

facebook comments:

12 thoughts on “Rock Raya

  1. Dorang praktis serius? Memang sepatutnya praktis kena serius beb. Baru ada disiplin main muzik..hahaha

    "Raya yang sempurna" sound gitar kuat lagi2 time solo. Hang rekod dekat ngan amp gitar ka?

  2. wow..kuat main wings set2 nih..hehe…best2….nk tarik fenomena tu cm ssh je..hahaha….bese la..amy je yg boleh ye tk?hehehe….

    dasat2!

  3. damn smart!!
    gile ah mamat tuh tarik anak tekak..
    hoho..tabik lu bro.sedap x sedap len cter.yg penting usaha n smgt kasi tarik tuh..

    hye abg yg main gitar…
    kimsalam kat yg main gitar tuh.
    sori lumut gle sket ngan org men gitar neh.hehe
    smart2!!

  4. layan beb, sementara tgu nak gi terawih sempat gak layan video ni…

    lagu harapan tu bass ada kantat sikit, maybe jarang main lagu ni eh?

    lagu lain best.

    soalan adik ipar gua:
    rakam pakai apa bro? clear ah sound sama gambar.

  5. Pingback: Rockshocks 2010 « Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge