Riwayat Telefon Lama


Dengan terbitnya blog entry kali ni, dengan rasminya aku mengumumkan kepada semua rakan-rakan, aku akan menggunakan talian 019-4544507 sebagai talian utama aku. Walaupun aku tahu, ramai orang yang tahu talian-talian aku yang lain, no inilah yang aku akan selalu pakai mulai minggu lepas. Kalau sms kepada talian aku yang lain, mungkin aku akan lambat balas.

Inilah telefon aku yang kelima. Telefon ni secara rasminya menggantikan Nokia 3650 aku yang telah banyak berjasa pada aku sejak tahun 2003. Inilah discman bergerak aku sekarang (discman betul aku tu, tak tahulah, nak jual ke tidak)

Adik aku kata, lagu dalam hp aku ni semua lagu ‘highway’. Kalau dalam family aku, maksudnya lagu evergreen la mcm radio lite.fm, channel favourite bapak aku. Smua lagu mengantuk! Cuma aku sorang aja yang tak mengantuk sebab ada lagu Wings, Search, Medicine, Tropika, Jinbara, Gamma, Lela, UG-14, Crossfire, SYJ, Sofea, Bloodshed, Dayana, Terra Rossa, Data, Nazareth, Loudness, System Of Down, Nirvana, XPDC, Lobo, Rosiah Chik (????!!), Fahrenheit dan lain-lain. Semuanya version ‘highway’, faham kan?

4 bijik henfon aku sebelum ni semuanya selamat dalam simpanan tanpa trade in. Nokia 3650, 8250, 1112 dan 1200. Beralih terus aku ke Sony Ericsson, dah boring aku ngan Nokia, benda yang sama aja, asyik ubah kosmetik je pun, harga pulak gedabak punya mahal.

Dengan henfon barulah aku akan semangat sikit nak blogging dan carik bahan-bahan muzik lama atas sebab-sebab tertentu.

Adios

facebook comments:

One thought on “Riwayat Telefon Lama

  1. Pingback: Why I Should Have Samsung Galaxy Tab « Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge