Ride To Nature: Lata Bayu

Dah lama gila aku tak ride kan? Ya betul, rasanya ride yang paling kerap aku buat tak kira samada secara solo ataupun berkumpulan lebih banyak sewaktu zaman bujang. Lepas kahwin ni, aku dah slow sikit (banyak). Bila Muhammad Qayyum ada, lagi jarang sebab aku rasa komitmen ke atas keluarga wajib didahulukan berbanding minat aku ni.

Pada 23 September 2012 iaitu pada hari Ahad, satu konvoi dianjurkan oleh Penang Underground Bikers ke Lata Bayu, Baling, Kedah. Aku yang tak dapat join konvoi pertama awal pada 8 September 2012 mengambil peluang untuk join bersama geng-geng PUB pada event kali ni.

 

Aku berkumpul di RV ke 2 seperti yang telah dirancang. Bila semuanya dah berkumpul, sedarlah aku bahawa aku adalah pemilik motorsikal yang paling kecik sekali. Adoi….

Satu taklimat ringkas dimulakan oleh Uncle Guan (Pemilik Guan Cycle) dan konvoi terus bermula menuju ke pekan Baling. Kami singgah brunch (sarapan dan makan tengah hari) di Medan Selera Baling di satu-satunya kedai yang bukak pada hari tu; kedai Azman Nasi Ayam Pinggan Besar. Betul la, pinggan besar, portion nasi dan ayam tetap sama. Hahahahahaha!

 

Pada event kali ni, sebenarnya PUB tak menjangka pun yang peserta akan jadi agak ramai. Shahrul mula-mula jangkakan yang member-member yang selalu join ride dalam 5-6 buah motorsikal saja yang akan join. Event kali ni disertai peserta yang membawa:

5 FZ 150i
2 Aprilia 125
2 ZZR 250
1 ZX9R
1 Aprilia RS250
2 Blade
1 Transalp
1 Belang
1 SYM200
1 Suzuki RF600
1 Ninja 250
1 Perdana (videoman/cameraman)

 

Aku, Shahrul, Adib dan beberapa orang lagi yang tak makan nasi ayam mengambil keputusan untuk makan saja di Lata Bayu. Tapi agak mengecewakan apabila makcik jual nasi tu mengambil kesempatan dengan menjual nasi berlauk dengan harga yang tak masuk akal!

 

Aku contohnya; nasi+ayam (potong biasa)+sambal tumis telur rebus+sayur kacang satu sudu dicaj sebanya RM9.50!!! Harga tersebut jauh lebih mahal daripada kedai nasi kandar yang paling mahal di Penang! Sempat aku bertanya kat makcik tu, berapa harga ayam? Tergagap-gagap dijawap harganya RM4.00. Jadi, takkan nasi putih, telur rebus dan sayur kacang RM5.50? Sendiri congaklah makcik….  Tak perlu beri alasan harga kat Pekan Baling mahal. Rasanya kami makan di bandar besar pun harga tak mahal macam tu.

 

Dari kemudahan infrastruktur, agak mengecewakan apabila surau yang disediakan berada dalam keadaan yang sangat daif. Ia memaksa kami untuk bersolat di masjid yang terdekat dalam perjalanan pulang. Aku tak pasti Lata Bayu berada di bawah seliaan siapa. Namun yang pasti Jabatan Perhutanan Kedah sepatutnya memantau segala segi kekurangan yang terdapat di Lata Bayu ini.

 

Begitu juga dengan maklumat tentang Leptospirosis, nampaknya staf-staf di Jabatan tidak mempunyai info tentang status wabak di Lata-Lata seliaan mereka di Kedah. Pada pendapat aku, mereka harus lebih proaktif tentang perkara ini dan memastikan kesemua staf mereka mampu menjawab dengan tepat sekiranya ditanya melalui telefon; bukannya asyik ‘pass’ telefon daripada satu unit ke unit yang lain dan jawapan terakhir yang aku dapat; “Maaflah encik, saya tak tahu statusnya, orang yang jaga keluar pi makan”. Takkan nak tunggu lebih banyak kematian akibat wabak tersebut? Perkara ini patut dipandang serius. Sekurang-kurangnya letaklah satu notis tentang wabak tersebut di website JPNK, samada lata-lata di Kedah bebas Leptospirosis ataupun tidak.

 

Selepas puas mandi dan membayar makanan dengan harga yang tak masuk akal, kami mengambil keputusan “otak seminit” untuk pulang melalui jalan Grik-Lawin-Ijok-Batu Kurau-Bukit Merah dan akhir sekali Juru. Walaupun terjadi perkara yang tidak diingini semasa perjalanan pulang, syukur alhamdulillah semuanya selamat kembali ke rumah masing-masing.

Semoga persahabatan “band of brothers” ini akan sentiasa kekal, insya-Allah.

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge