Ride Gegar Terengganu – Day 3 (Finale)

Dalam Siri Ini:

Ride Gegar Terengganu – Day 1

Ride Gegar Terengganu – Day 2

Ride Gegar Terengganu – Rock/Punk Scene

——————————————–||——————————————–

Akhirnya pada 1 Ogos 2010, hari terakhir kami tiba jua akhirnya di Kuala Terengganu. Setelah bersarapan, berkemas dan sebagainya. kami memulakan perjalanan pulang ke Utara tepat pada pukul 8.45 pagi selepas doa ringkas untuk memulakan perjalanan.

Homestay Kami

Aku bab-bab nak balik ni, macam-macam perasaan yang datang. Pendek kata, CACAMERBA lah. Seronok sebab nak balik, sedih sebab nak nak balik. Aku akan cuba lobi Dewan Bahasa untuk masukkan quote aku tu sebagai peribahasa yang terbaru dalam dunia sastera Melayu Tak Indie.

Macam Bangla Possing

Untuk perjalanan balik, kami melalui dulu Batu Enam sebab kami nak singgah beli Keropok lekor di Batu Rakit. Perjalanan biasa ini sebenarnya dikuasai oleh lori-lori. Oleh sebab itu kami semua memilih Jalan Pantai untuk pergi dan pulang dari Kuala Terengganu.

Model Tak Berbayar

Kenapa kami tak beli Keropok Losong atau Seberang Takir? Sebabnya mudah… Kami naik motor, dan kedai ni terletak dalam route kami untuk balik tanpa perlu masuk ke Bandar. Boleh kata, walaupun bukan personal favourite aku, aku borong RM10.00 keropok lekor kat sini. Dapat la 20 batang untuk diagihkan kepada adik-beradik kat kampung nanti. Oleh kerana beg-beg aku dah penuh, aku sumbat saja kat mana yang boleh. Galol, Abang Raji tersengih sebab diaorang ada luggage/pannier box. Atau aku lebih suka sebut Tong Ikan Galol. Itu kelebihannya untuk long distance ride – space!

Memang aku akui, indah sungguh ciptaan Allah. Di sepanjang laluan pantai, sejuk mata memandang. Bukan macam Penang, laut dah kotor. nak mandi pun aku tak berapa nak lalu, tapi manceng tetap manceng. Hahahah…

Aku tak pasti adakah tempat yang kami berenti amik gambar ni masih Penarek ataupun sudah ke daerah lain? Tak kisahlah, janji sempat jugak snap 2-3 keping gambar kat sini.

Tapi, sepanjang perjalanan ni jugak, aku ditakdirkan berjumpa dengan 2-3 orang pemandu kereta yang tidak ada akal.

Ya betul, Marshall tidak ada kuasa seperti Polis Trafik untuk menahan trafik atau yang seumpama dengannya untuk membolehkan konvoi bergerak. Tetapi, adalah diangatkan kepada mereka-mereka yang masih jahil tentang perkara ini; MARSHALL bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan ahli-ahli konvoi dengan cara memimpin barisan konvoi dalam satu atau pelbagai formasi.

Dengan isyarat-isyarat daripada Marshall, marker dan sweeper; barisan konvoi akan cuba bergerak dengan jarak yang selamat. Dan biasanya, sekiranya terdapat kenderaan (contohnya kereta) yang ingin memotong barisan konvoi, Marshall akan memimpin barisan konvoi untuk membolehkan kereta tadi memotong dengan selamat. Win-win situation la kiranya. Isyarat marshall kepada si pemandu kereta cukup mudah, Finger pointed, dan Marshall akan clear-kan jalan untuk kereta tu memotong. Simple as 1-2-3. You potong, we all safe. Tapi kalau dah 2-3 kali pancung masuk ke dalam group konvoi, dan Marshall dah berusaha untuk membawa kereta itu memotong terus barisan konvoi dan si pemandu tidak ikut. Itu Limau Purut Tiga Serangkai, Buta Perut Takdak Akai namanya. Anda pemandu kereta yang terasa? Owh, tahniah kerana menjadi insan yang buta perut. Hahaha….

Apa La Yang Dimenungkan

Selepas melepasi Penarek dan sampai di Kuala Besut. Kami semua tak melepaskan peluang untuk betul-betul pekena Sata dan Otak-Otak.  Gerai yang kami pilih betul-betul selepas jambatan Kuala Besut. Apa yang pasti, Otak-Otak di sini berlainan dengan style Otak-Otak dari selatan. Hirisan isi Ikan Selayang cukup jelas bersama isi nyior. Mantap! Pak Tam tak berani pekena banyak-banyak, takut sakit perut.

Makan Sampai Termonyeh-Monyeh!

Kami yang lain-lain pulak belasah semuanya semahu mungkin. Susah nak dapat Sata dan Otak-Otak asli macam ni di utara. Kami makan sampai tercekik-cekik kat sini.. Bukan kerana apa, semua dah habis bekalan air. Paham-paham sajalah.. Hahahaha.. Kesian makcik yang jual tu terpaksa pergi belikan kami 3 botol mineral water dan bawak satu bekas air basuh tangan. Ya lah, biasanya orang beli bungkus, tapi kami berenti makan on the spot. Fresh panas-panas daripada atas tempat panggang. Semua sekali, RM20.00. Makan sampai terduduk.

Ahlul Konvoi Final Bergambar Di Jeti Kuala Besut

Kepada sesiapa yang nak cuba, gerai makcik ni betul-betul dekat dengan Jambatan dan simpang masuk ke Jeti untuk ke Pulau Perhentian (Kuala Besut).

R&R Titiwangsa

Kami meneruskan perjalanan dan makan tengah hari di Kedai Kak Pah Nasi Kerabu di Jeli. Tempat yang sama kami makan tengah hari ketika hari kami sampai. Hari ni, menu bertukar dan kebanyakan ahli konvoi makan Nasi Putih dengan Sup Tulang. Perjalanan diteruskan sehinggalah kami berehat sebentar di R&R Banjaran Titiwangsa. Semasa dalam perjalanan naik tu, ada kemalangan serius yang melibatkan sebuah BMW 3 series dan lori ayam. Keadaan nampak serius jugak.

Dalam perjalanan naik ke R&R tu jugak, kami terserempak dengan Konvoi SYM, Tak pasti pulak dari group mana, Hebat sungguh crew dia clearkan jalan. Jalan bukit yang sememangnya dah clear pun dia nak clearkan lagi. Zig-zag formation sampai penuh jalan. Kalau seorang tergolek, mau semua sekali tergolek!

Terjun Tiruk Di Sungai

Stesen BHP berhampiran Simpang Grik – Pengkalan Hulu menjadi perhentian terakhir untuk kami bersama Pak Tam dan Pak Mushni yang bertolak terus pulang. Azra berada sekali, tapi tak mandi pun dengan kami. Dia balik jugak lepas tu.. Dah sampai, tapi tak mandi. Aku, Galol, Abang Raji, Amirul dan Galol tak melepaskan peluang untuk menyegarkan badan sikit di Lata Celak. (yang takutnya, dua hari lepas tu, dalam berita ada kes leptospirosis di Lata Bayu). Mintak dijauhkan Allah. Di sini ialah meeting point kami yang terakhir sebelum kami berpisah dan pulang ke rumah masing-masing.

Syukur Alhamdulillah, sekali lagi aku diberi peluang oleh-Nya untuk bertemu dengan rakan-rakan konvoi yang hebat. Galol, Abang Raji, Amirul, Min, Pak Tam, Pak Mushni dan Azra sememangya antara ahli-ahli konvoi (small group) terbaik pernah aku ride bersama. Tiada istilah “jalan dulu” atau “lambat tinggal”. Kerjasama amat baik, Alhamdulillah. Syukur Alhamdulillah cuaca baik di sepanjang perjalanan dan kami semua selamat pergi dan balik.

Dari segi perbelanjaan yang aku rekod. Minyak, makan minum, lodging dan shopping; aku membelanjakan RM254.00 secara keseluruhannya bermula daripada RV point di Sungai Petani sehinggalah isian terakhir aku di Kulim, Kedah. Masih dalam budget yang dirancang iaitu RM300.00.

Semoga aku berpeluang lagi untuk ride bersama hangpa semua.. dan Insya-Allah….. KRABI pulak kotttttttttt? Ngeh ngeh ngehhhhhhhhhhhhhhhhhhhh…..

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge