Ride Gegar Terengganu – Day 1

Ride Gegar Terengganu – Day 2

Ride Gegar Terengganu – Rock/Punk Scene

Ride Gegar Terengganu – Day 3 (Finale)

——————————————–||——————————————–

Cacamerba, untuk sesiapa yang tidak biasa dengan bahasa utara bermaksud; macam-macam, campur-campur dan haru-biru. Selain daripada forum yang lebih assabiyah (hahahah) iaitu forum yang menumpukan jenis motosikal itu sendiri, Kumpulan Rider Utara telah menubuhkan satu kumpulan kongsi gelap bermotosikal yang terdiri daripada pelbagai jenis jenama motosikal. Itu ialah asas penubuhan Cacamerba Bikers Northern Region mengikut kata dan pung-pang Encik Galol, selaku admin.

Alhamdulillah, Cacamerba Bikers Northern Region telah selamat mengadakan trip pertama dalam sejarah penubuhannya. Pertama adalah dalam ertikata sejak penubuhan forum, dan pertama sejak forum bersifat “free to all bikes”. Galol, betul ka ayat aku ni? Belasah ajalah, report ni aku yang buat.. Hahaha…

L-R: Min. Galol, Amirul, Cikgu Hanif, Abang Raji

Ahli konvoi telah berkumpul di Restoran Nasi Kandar Pelita caw. Sungai Petani (Jam Besar) pada pukul 7.30 pagi. Aku ingat, aku dan Galol yang lambat, tapi orang Sungai Petani lagilah lambat. Abang Raji dan Amirul menyusul kemudian, dan disertai oleh Cikgu Hanif. Tapi Cikgu Hanif datang teman kami breakfast saja. Kesyahduan jelas terpampang di wajah Cikgu Hanif yang tak dapat join konvoi. Katanya, belum recover daripada kecederaan kemalangan haritu. Tapi, gossip dan kutukan berhemah jelas terpung-pang daripada mulut kami semua bahawa bini Cikgu Hanif tak bagi ikut kami. Hahah… Min adalah ahli yang paling lambat sampai. Nampak sangat muka baru bangun tidur. Cis, dah tau haritu ride, malam sebelum tu tidur la awal sikit.

Peserta Dari Sungai Petani

Amik Azra Kat Baling, Bertindak Sebagai Marshall

Maka, tolak nama-nama KIV konvoi, mereka yang tinggal ialah 6 orang saja. Pak Tam dan Pak Mushni tak dapat join di saat-saat akhir. Oleh kerana ride ini telah lama dirancang, ia diteruskan juga! Orang ke-6 ialah Azra yang akan berjumpa di Baling, Kedah.


Konvoi berhenti minum di Tasik Banding, atau lebih tepat untuk disebut sebagai Pulau Banding. TTS dengan Saiful Nyetok. Selesai sessi bergambar di sini, konvoi meneruskan perjalanan dan singgah makan tengah hari di Restoran Nasi Kerabu Kak Pah, Jeli. Lebur Sembahyang Jumaat. Digantikan dengan Jamak Takhir saja. Murah jugak makan kat sini, lauk pun sedap-sedap. Tapi lauknya semua cepat habis.

Konvoi meneruskan perjalanan dan bergabung dengan rider FZ dari Machang, Kelantan seramai 3 orang. Nabil mengetuai konvoi mengikut laluan Tok Bali. Di Tok Bali, rider Kelantan bertambah lagi seorang dan menjadikan keseluruhan ahli trip seramai 10 orang.

Meneruskan perjalanan ke Penarek, Rider FZ Terengganu yang diketuai oleh Mewa telah menjemput kami semua dan menjadikan keseluruhan ahli konvoi berjumlah 14 biji Yamaha FZ 150  dan 2 biji Suzuki Belang R 150. Kehadiran Pak Belang aku dan Min benar-benar telah menduga kesabaran geng-geng FZ ni. Yelah, Belang ni cepat sangat dahaganya.. Biasalah, nama pun pak Belang kan, ganas… pantang jumpak stesen minyak dalam lingkungan 130KM, dah nak kena minum air. Hahhaaha….

Di Merang, kami singgah minum lagi. Bersesuaian dengan tangki Yamaha FZ yang besar, tuan-tuan FZ pun berperut besar jugak. Asyik berhenti minum dan kencing. Kah kah kah……… Belang ngan FZ 2×5 ja perangai owner. Yang sekor berenti isi minyak, yang seko lagi berenti minum ngan makan. Yang bestnya, ride tak rushing dan santai. Rasa nak berhenti, kami berhenti.

Baru Sampai

Akhirnya, konvoi selamat sampai di Kuala Terengganu lebih kurang pada pukul 6.30 petang. Setelah berenti rilek-rilek, menegangkan apa yang kendur dan mengendurkan apa yang tegang sambil-sambil hisap rokok dan baring-baring di wakaf yang ada, sempat la kami berkenal-kenalan dengan ahli-ahli konvoi dari dari Kelantan dan Terengganu.

Oleh kerana Pak Mushni dan Pak Tam tak jadi hadir last minute, maka susunan untuk tidur menjadi sedikit kelam kabut. Sambil berhenti, rata-rata pakat calling sana-sini untuk cari penginapan.

Kamen Rider Hilang Power

Aku dan Min pulak, dah ready untuk tidur kat masjid. Hahahaha.. Jadi letih terus apabila round punya round, rata-rata service apartment yang menyediakan kawasan berpagar untuk simpan motor dah full-house! Letih beb, letih! Tetapi, alhamdulillah… Ada satu homestay di belakang Permai Inn, Batu Buruk yang masih kosong. Dengan bayaran RM150.00 semalam (diskaun RM50.00), RM25.00 dikutip dari 6 orang. Rumah? Berbaloi dan besar yang amat! 3 bilik, setiap bilik ada 3 katil, 2 bilik air, peti ais, water heater, pinggan, gelas, tilam spare semua siap! Boleh kata, kalau family datang, rumah ni boleh memuatkan seramai 25 orang pada sesuatu masa dengan selesa. Setiap bilik ada air-cond.

Mencekik Mencekik Mencekik

Pada malamnya, kami dibawa makan di Esplanade Pantai Kelulut, Marang. Status yang aku post di Facebook membawa perdebatan yang hangat disebabkan harganya. Tapi secara jujurnya, harganya dah overprice. Tapi oleh kerana terpaksa dan lapar punya pasal, aku amik jugaklah Nasik Goreng Daging Merah tu.

Kerang Bakar, Kerang Rebus semua takdak. Jenuh nak kena berjalan ke kedai sebelah amik order asing. Jadi, makan sajalah apa yang ada. Dan Boleh tahan jauhnya Pantai Kelulut ni daripada homestay kami. 18KM. Jauh sebab kami plan nak makan sekitar area homestay saja, tapi sekali terberjalan jauh sikit dengan tak pakai jacket, sejuk beb! Brrrrrr!!!!!

Jauh punya pasal, masa balik, semua tapau megi beli kat 7E bawa balik homestay. Malam tu, semua tidur tak ingat dunia……

facebook comments:

One thought on “Ride Gegar Terengganu – Day 1

  1. aku tak pernah pgi kat kedai mahey tu. …sbb tak best…jauh tu kelulut..padahal ko bley lepak kat chendering aje ( dekat ngan masjid terapung tu :P)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge