Review: The Greatest Rock Album (compilation)

Front and Back Cover

Aku rasa, dah lama gila aku tak beli album mat saleh selepas last sekali aku beli Santana – Supernatural (aku tak sempat buat review!)

Dengan tagline “92 Rock Anthems To Rock Your Lungs Out To!” berjaya membuatkan aku menyambar album ni di rack Speedy Video dengan harga RM59.90 kalau tak silap aku.

Inner Album

Dengan 6 keping CD, sememangnya jenuh nak dengar la. Tapi apa yang aku best, inner cover menunjukkan sebuah gitar yang sinonim dengan muzik rock, apa lagi kalau bukan Fender Stratocaster di bahagian hadapan dan di bahagian belakang, yang aku heran, kenapa BC Rich Warlock yang dipilih? Konpiussssss…. Rock beb, bukan Metal. Aku rasa lebih sesuai kalau letak Gibson Les Paul kat bahagian belakang tu sebagai imej. 2 gitar lagenda yang mengangkat muzik rock sebagai halwa telinga mat-mat rock tegar lagu Mat Salleh.

Album ni turut disertakan dengan pamphlet kecil yang tertulis lirik lagu kesemua 92 track yang dimuatkan dalam album ni.

Massive Evergreen Tracklist!

Ok, tengok tracklist tu. Setuju tak kalau aku kata hampir 95% daripada semua lagu tu adalah evergreen dan radio friendly? Why not? CD-CD ni dah pun berada dalam Cik Elle untuk aku layan dengan MTX aku tu. Nice combination for rock. Tak sia-sia aku angkut MTX Component set. Hahahahaha.

Kepada mereka yang malas membeli individual cd, aku cadangkan korang carik album ni. Berbaloi untuk dimiliki dan dipasang dalam kereta. Layan beb!!!!!!

facebook comments:

3 thoughts on “Review: The Greatest Rock Album (compilation)

  1. biasa la…org kat sykt rakaman tu pun bukannya tau sangat pasal muzik…rock ker black metal ker pada dorang sama jer…hahaha…

    banyak lagu2 80’s yang best tu…Dennis Deyoung Desert Moon, Cutting Crew I just died, Night Ranger Sister Christian,Mr Mister Broken Wing….tu semua favourite aku tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge