Restoran Nasi Lemak Ayam Kampung

Kedai Di Jalan Ali Pitchay

Akhirnya, setelah asyik membaca entry Orang Kecil Orang Besar, aku akhirnya dapat merasa sendiri nasi lemak ayam kampung seperti dalam entry Abang Lukman.

Dinner dengan Cikgu Epoi dan Isteri

Aku dapat singgah kedai di Jalan Ali Pitchay ni pun, pada masa aku mewakilkan Cikgu Epoi untuk memanggil kawan-kawan di Ipoh untuk kenduri aku haritu. Masa ni, aku dalam perjalan pulang dari Kuala Lumpur, jadi singgah di Ipoh, sambil memanggil kenduri, sambil makan. Sambil menyelam sambil minum air, sambil drive sambil makan.

Nasi Lemak Ayam Kampung

Dalam lapar tu, bukannya boleh sangat nak memilih. Jadi aku ambil sajalah signature dish restoran ni iaitu Nasi Lemak Ayam Kampung. Habis cerita. Oleh sebab ayam goreng dia panas-panas, selera tu jangan dicakap la, rasa pedas semuanya cukup rasa. Sesiapa yang datang Ipoh tu, bolehla cuba! Tak rugi.

Nah, aku snap menu, senang la kot-kot korang berminat nak try restoran ni.






facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge