Restoran Ikan Bawal Padang Temusu

Melalui jalan lama Sungai Petani-Tikam Batu-Butterworth, pasti korang akan ternampak kelibat restoran ni di sebelah kiri jalan menghala ke Butterworth. Dibuka setiap hari sehingga pukul 11 malam kecuali pada hari Jumaat, insya-Allah aku beri jaminan, Gulai kat sini boleh tahan sedapnya.

Tak Clear Langsung Signboard Ni


View Restoran Ikan Bawal in a larger map

Biasa-Biasa Saja Mural

Specialties Tanpa Prejudis

Aku yang dah berapa puluh kali lalu jalan ni, taktau la pulak kewujudan kedai ni sehinggalah TTS Raya Bersama Geng Gagak Hitam baru-baru ni. Bila masuk saja, dah tau yang kedai ni, kepakarannya adalah dalam penyediaan masakan claypot. Cakap aja nak claypot ada, semua ada (seperti yang diiklanlah ler…)

Harga Minuman (Klik Untuk Lebih Jelas)

Harga Makanan (Klik Untuk Lebih Jelas)

Pasal harga, jangan risau. Ia terpampang dengan jelas di papan tanda, dan dalam menu yang disediakan pun ada harganya. Jadi, tengok pulak apa yang kami test rasa malam tu. 3 orang datang dan 2 orang termasuk aku adalah yang pertama kali menjejakkan kaki ke dalam restoran ini.

Ikan Bawal Goreng

Ulam Sambal Belacan (Datang bersama set bawal goreng)

Set Ikan Bawal Goreng + Sayur Goreng

Datang 3 Orang, Minum Macam Satu Kapal

Daripada mulut Cikgu Hanif, Claypot Gulai Ayam Kampung sedap. Aku yang turut ‘paw’ gulai tu pun rasa sedap. Cuma gulai yang diberikan bersama Set Ikan Bawal Goreng (Nasi Putih, Ikan Bawal Goreng, Ulam & Belacan, Gulai) sedikit ceroi sebab ia bukan gulai claypot dan rasanya berbeza dengan gulai claypot. Mungkin gulai yang telah dimasak siap dalam jumlah kuantiti yang banyak.

Daripada mulut aku, Claypot Ikan Bawal agak masin (seperti biasa Kari Kepala Ikan), tetapi bila dimakan dengan nasi, semua tu jadi neutral. Rasa masin dan masam agak balance. Dan semestinya, kalau cicah gulai claypot ni dengan roti Benggali, Perghhhhhh!!!! Heaven siot gua cakap sama lu.

Geram Betul Aku Tengok Gulai Ni!!!! Sakit Gigi!

Piedoih yang tengah ada ulser mulut pun dengan gigihnya makan sampai licin apa yang ada atas meja. Tengok mukanya yang penuh bersemangat nak makan tu pun kita boleh tau dah. Nak dijadikan cerita, kami semua makan sehinggakan semua kucing-kucing di Padang Temusu menangis kerana tiada sisa yang berjaya ditinggalkan di atas meja. – Jadi, paham-pahamlah apa maksud aku yerk?

Claypot Gulai Ayam Kampung

Claypot Gulai Ikan Bawal (Bawal Hitam)

Cuma satu peringatan kepada mereka yang memesan Gulai Claypot. Kena tunggu la sikit sebab gulai dimasak atas pesanan individu. Jadi kalau restoran tengah ramai orang dan korang order, masakkkkkk jugaklah nak menunggu. Tapi penantian kami bertiga amat berbaloi pada malam tersebut.

Alih Bahasa: Ceroi = Kurang Pekat / Gulai Air Hujan

facebook comments:

1 thought on “Restoran Ikan Bawal Padang Temusu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge