RAOK

Dah melepak depan wad ni, meraban sikit le. Tetiba lapaq nasik la pulak. Nak keluar satgi dah tak boleh naik atas dah. Dah pukul 12 dah ni, nak minta kawan-kawan beli nasik pun, bukan macam time bujang 10 tahun lepas. Dulu semua kawan available, sekarang semua banyak dah kahwin, not available la majoritinya.

Ok share sikit.

#RAOK

Aku start kenal perkataan ni dalam group HHM (Hotwheels Hunter Malaysia). Lama jugak aku dok nampak tapi tak paham.

Sampai la bila aku beli barang dalam tu, seller open slot RAOK dan aku dapat 2-3 kali (sebab orang lain tak paham rules, nasib baik aku jenis suka baca rules dan T&C).

Dah lama sikit, fahamla aku, RAOK tu bermaksud Random Act Of Kindness, selalu disebut RAOK dan kadang-kadang ada macam encore pulak dalam komen section. Biasanya seller atau individu akan RAOK ikut suka dia. Kadang-kadang dia bagi free barang tu beserta belian Hot Wheels tu dalam postage atau kadang-kadang dia open topik RAOK dengan syarat-syarat yang biasanya mudah.

Selalunya syarat tu menggelikan hati dan ‘pedajal’ member lain contohnya “sila tag si anu dan kata tolong RAOK sama’. Bayangkan kalau ada 1000 komen dalam group tu tagging mamat tu. Tak ke jenuh. Hahahaha.

Harini, 10 Disember 2017 entah apa mimpi Beattle, Pyan dan Sam Bentara (admin group Vinyl Passion di Facebook) lantik aku dan Azam jadi admin baru.

Dan aku terfikir pasal RAOK ni. Tak pernah lagi orang RAOK LP dalam group. Lets make it happen, shall I?

Aku putuskan untuk RAOK single 12″ Duran-Duran – The Reflex. Walaupun Single ni murah, yang pasti ia memang 1st press dan single rekod ni biasanya sound memang tip-top (ye lah, dulu single macam ni geng dj radio selalu mainkan kat radio). Dan lagu diskang ni memang best untuk test speaker setup. (pada aku lah).

Sebenarnya rekod ni juga aku dapat secara RAOK oleh abang Mahasir dulu waktu aku repair amp aku kat kedai dia. Aku juga pernah dapat RAOK Kembara dari Saudagar Mimpi. Jadi, kalau aku boleh dapat, kenapa aku tak boleh memberi?

Long Live Vinyl!

facebook comments:

3 thoughts on “RAOK

  1. terbelit lidah mula2 nak sebut RAOK dan nak tahu maknanya. OIC, bagus ye RAOK ni. Happening ye FB.
    Anyway, all the best ye untuk semua urusan berkenaan ” wad” juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge