Racing Boy Oil Filter Cover

For Belang R 150

Akhirnya, aku dah terbeli penutup oil filter keluaran Racing Boy ni. Sebenarnya, ia tak ada sebarang keistimewaan pun. Ia adalah satu pilihan kosmetik untuk aksesori saja.

Tak dinafikan, CnC untuk membuat Alloy Oil Filter Cover ini harus dipuji. Dengan ketebalan yang lebih tebal berbanding penutup standard (asal kilang), ia dibina dengan cermin pandang telus (ayat mat salehnya – transparent) untuk membolehkan kita melihat keadaan minyak enjin. Samada dah hitam sangat atau pun mencapai tahap kekurangan yang kritikal. Masalah pemasangannya adalah di bahagian lubang nat. Nak mengetatkannya pula, kena pakai spanar manual biasa memandangkan dindingnya tebal dan o-ring spanar memang tak lepas masuk dah. Nak taknak, ketatkan cara manual sikit-sikitlah…

Pada watu mula-mula keluar dulu, harganya di sekitar RM80++, aku beli sebulan lepas dalam RM60++ (dah sebulan beli, baru pasang). Lepas ni berkemungkinan besar harganya akan turun lagi sekiranya semakin banyak ia dikeluarkan untuk Suzuki Belang R 150.

Memandangkan aku pun dah slow sikit pasal motor ni, mungkin aku patut bertukar jadi mat motor jambu pulak. Design motor dengan warna pink barangkali?

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge