Qasar Hadramawt Part 2

2nd troop with bigger army

Pada 19 Disember 2011, sekali lagi kami beramai-ramai, kali ni lebih ramai daripada lawatan kali pertama minggu lepas! Kali ni, kami bawak sekali Kak An mai, kakak ipar aku yang dah biasa dengan masakan dari Oman untuk buat perbandingan.

Special Zowrbian - RM18.00

Chicken Kabsa - RM12.00

Jangan tamak! Sepinggan 3 orang makan tau!

Chicken Kabsa boleh dikatakan okey. Dengan 1/4 ayam ditengah-tengah nasi beryani, aku bagi rating, average la rasanya.

Untuk Zowrbian, Beryani ni adalah beryani kambing. Dan untuk menentukan yang mana lebih sedap antara Zowrbian dan Haneeth, aku bagi seri. Bezanya, Zowrbian ni daging kambing berada di dalam nasi, manakala untuk Haneeth, daging kambing dimasak berasingan di dalam foil aluminium. Dua-dua sedap.

Set Fahsa Chicken datang dengan roti pita

Fahsa Chicken - RM12.00

Arabic Salad - RM3.00 (ye ke? Aku tak ingat sebenarnya ni)

Untuk Fahsa Chicken, majority semuanya memberi kata putus tawar! Tapi menurut Kak An, apa nak buat, gulai-gulai Pak Arab masa dia makan kat Oman pun semuanya average makan macam tu. Kak Muna pun dah cakap, sememangnya makanan Arab ni banyak yang tawar. Mulut kita orang Malaysia ni dah terbiasa dengan gulai kedai Nasi Kandar, sekali ke kedai Arab confirm rasa tawar. Memandangkan kami semua ni hantu nasi kandar, maka sessi mencicah roti pita dengan kuahnya agak slow….

Arabic Salad (aku tak ingat sebenarnya menu apa ni, hentam ajalah) kami dah perabih awal-awal masa menunggu main dishes yang lain sampai. Salad biasa saja, cuma berbeza sikit dengan camouran salad yang biasa kita makan.

Oqda Chicken - RM8.00

Oqda ni sampai lambat! Lepas habis makan nasi semua baru sampai. Bahasa Melayunya “Ayam Masak Kunyit dengan Bawang”. Hahahaha.. Sama macam Fahsa, makan dengan roti, cuma last-last kami ratah saja ayam tu sebab……… tawar macam gulai Arab.

Cocktail Qasar Hadramawt - RM7.00

Lapisan bawah adalah hirisan epal hijau, ditabur dengan Nata De Coco, ada letak cream sikit, ada rasa yogurt sikit, ada anggur sebiji (letak la 2-3 biji) dan hirisan strawberry. last sekali yang masyukkkk tu, ditabur buah delima. Seriously, cocktail ni aku rekemen habis kalau ada sesiapa singgah. Cuma….. Gambaran dalam menu tak sama langsung dengan apa yang sebetulnya sampai. Tak kisahlah, janji sedap.

Kopi Arab yang nampak macam air ketum. hahahaha

Sesiapa yang order kopi atau teh, jangan over confident sangat tau macam kami. Rupanya Kopi Arab ni pahit betullllllll…. Yang pecah perutnya bila biras aku sebut, “Awat ayag kopi ni nampak macam ayag ketum aja nihhhhh??”

Aisehman, lampu blow belum tukar lah! Ana pun frust lah!

Yang lain-lain tu tak ada apa sangat. Apa yang pasti kami terperasan pada Mix Grilled Hadramawt, kekurangan satu item iaitu Granular Cheese yang sepatutnya ditabur di atas salad. Mungkin terlupa ataupun habis. Dan lagi satu, menu yang dah nak hancur tu pihak restoran kena tukar cepat-cepat.

Kesimpulannya, buat masa entry ini ditulis, aku rekemen sesiapa yang nak try Arabic Cuisine, singgahlah ke sini. Kepada Restoran, jagalah reputasi anda, dah banyak restoran di Pulau Pinang jatuh apabila terlalu selesa dengan jumlah pelanggan yang ramai dan stabil. Jika terus dikekalkan momentum, insya-Allah Qasar Hadramawt akan dipromosi oleh pelanggan sedia ada kepada pelanggan baru tanpa banyak masalah.

facebook comments:

3 thoughts on “Qasar Hadramawt Part 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge