Pulau Aman Yang Mengecewakan


Aku dan Halim (baju merah tu) bertolak ke Pulau Aman untuk memancing hari ni, sehari suntuk. Aku tak nak cerita tentang hasil tangkapan sebab hari ni memang mengecewakan. Umpan isi kembong, udang dan sotong banyak yang tak terusik, selain perambut yang putus akibat tersangkut batu. Teknik popping hampir sejam pun hampir memengsankan aku sebab panas terik.Pulau Aman ni terkenal dengan belacan. Lupa pulak aku beli untuk mak aku, semua gara-gara asyik teringat ikan yang tak makan umpan. Di samping itu, chalet dan homestay turut disediakan.

Sedikit mengecewakan apabila melihat keadaan pulau yang sedikit tidak terurus. Jungle trekking terhalang dek kerana pokok tumbang yang tidak dialihkan. Keadaan sanctuary rusa juga menyedihkan. Telaga Emasnya pun tidak dijaga dengan baik. Apatah lagi tandas awamnya. Pihak-pihak bertanggungjawab harus membaikpulih segala kecacatan ini dan Persatuan Nelayan Pulau Aman harus bergerak lebih aktif dalam pembangunan Pulau Aman.

Status Pulau Aman sebagai syurga pemancing harus dikembalikan. Sampah sarap di sekitar perairan Pulau Pinang, tidak harus ditambah lagi dengan kekotoran dan kecacatan kecil di atas Pulau Aman yang semestinya merencatkan kehadiran pelancong di Pulau Aman.

Gambar-gambar lain akan dipindah naik (upload le tu..) di laman multiply aku.

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge