Puding Caramel

Dalam bentuk hiasan sedia dimakan

Tahun lepas aku pernah cerita sikit saja pasal caramel ni kan? Memandangkan tahun ni aku tak buat atau join mana-mana entry hardcore hari-hari buat entry baru, jadi banyak cerita pasal benda-benda makan yang aku terlepas untuk dimasukkan dalam blog pada tahun ni.

 

Tekstur caramel tak mudah hancur. Tegap
Selalunya aku makan terus dalam bekas ni, atas tu sebab nak tunjuk saja
Harap-harap tahun depan Ahady Network Enterprise ni bolehla sponsor aku sikit. Hahaha

Tak perlu nama glamer-glamer, sekadar diberi nama Puding Caramel, sememangnya pun ia puding caramel! Aku dah tanya brader yang jual ni, diaorang cuma buat pada Ramadhan saja, tahun ni adalah tahun ketiga aku berpuasa dengan membeli puding ni dengan harga RM10.00 untuk 3 bekas. Kalau beli satu, RM4.00 sebekas.

Seriusnya, mulut aku memang suka dengan caramel ni. Jika diikutkan harganya, memang premium. Tapi bila mulut aku dah rasa sedap, aku tak peduli sangat dengan harganya. Tahun ni, boleh dikatakan seminggu sekali aku beli 3 bekas buat stok kat rumah untuk seminggu. Bukannya aku sorang makan 3 bekas, kadang-kadang bagi kat adik beradik lain untuk sama-sama merasa.

Eh, aku bagi promosi free rupanya tahun ni!

 

P/S: Sebenarnya petang tadi ada kejadian yang sangat menyedihkan berlaku. Cover up aku letak entry ni dulu. Nanti aku story lain apa yang sebenarnya jadi harini.

facebook comments:

One Reply to “Puding Caramel”

  1. Mahal juga harganya. tapi kalu makanan tu sedap, kita tak ambik pusing lagi
    Juadah recently posted..Minuman Sihat di Boost Juice Bar

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers