Proton Preve Door Check Strap Replacement

Merata aku cari nama bendalah ni. Selama ni aku ingatkan benda ni ‘latch’ tapi bukan nama yang betul. Sembang-sembang dengan Drex Chan di Facebook, baru aku tau nama benda ni Door Check Strap.

Setelah 5 tahun, bahagian pintu pemandu kereta aku tu dah berbunyi teruk. Tiap kali buka pintu, bunyi macam nak luruh pintu disebabkan benda ni. Silap sendiri juga sebab tak jaga dengan letakkan gris atau minyak. Aku syak, benda ni karat sebab terkena air waktu aku basuh kereta.

Tanya dekat kedai, lebih kurang RM70-80 harga barang sekali pasang. Tapi dengan keadaan kewangan aku yang tak beberapa mengizinkan, aku kena cari cara jugak macam mana nak jimat sikit.

Tak lain dan tak bukan, buat sendiri!

Memandangkan belum ada tutorial, aku buat la. Semoga semua mendapat manfaat. Kereta lain pun lebih kurang saja ni, cuma harga parts saja berbeza.

Part number PW931843. Harga sehingga 17/9/2018: RM26.05 di Proton Shoppe

Tools yang diperlukan: Ratchet wrench dan socket nut saiz 12mm dan 10mm

Umpil penutup dalam ruang menyimpan (bahagian driver dan passenger) dan kemudian buka skru

Ada 2 lagi skru di bahagian bawah pintu

Buka cover door handle dengan berhati-hati. Kalau kasar sangat, takut patah. Dalam tu ada 2 skru. Perhatikan gambar, ini satu-satunya skru yang panjang. Lagi 3 skru sama saiz.

Buka power window panel dari belakang.

Cabut kabel. Jangan risau, dia ada slot sendiri, takkan terbalik

Hati-hati dengan benda ni. Senang tercabut nanti hilang. Yang ni thread skru yang langkah No 2 tadi.

Lepas buka semua skru, cuba rengangkan panel dari pintu (ada pin slot lekat) kemudian angkat door inside panel ke atas (dia sangkut atas frame pintu sebenarnya)

Buka cover plastik

Buka 3 skru ni. 2 saiz 10mm (pintu) dan 1 saiz 12mm (body)

Pandai-pandai la nak pakai tools mana satu. Nak pakai T12 pun boleh

Lepas buka skru, cuba jolok keluar dari lubang dengan berhati-hati. Silap langkah, jatuh benda ni ke bawah, jadi kerja nak buka speaker pulak nanti.

Cuci la apa yang patut. Kawasan ni paling kita jarang tengok

Dah suci murni

Masukkan balik door check strap dengan hati-hati, jangan sampai terlepas.

Lepas tu pasang balik ikut step 11 ke 2

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge