Proton Preve: A Simple Review

Proton Preve CVT 1

Akhirnya, syukur alhamdulillah urusan tuntutan insurans Cik Elle dan segala proses penamatan ansuran bulanan oleh pihak bank telahpun selesai. Setelah “tersiksa” menantikan urusan tuntutan insurans yang mencapai 6 bulan, akhirnya pada Januari 2013, kami telahpun menerima surat penamatan pembayaran daripada pihak bank. Dalam ertikata lain, surat inilah pemberitahuan “hitam putih” secara rasmi yang menandakan segala urusan berkaitan tuntutan insurans selesai. Jika insurans dah selesai sekalipun, jika surat ni belum sampai, boleh dianggap belum selesai.

 

Proton Preve CVT 2

Selesai segalanya berkaitan insurans dan bank, dengan duit lebihan insurans itulah yang digunakan untuk menempah kenderaan keluarga kami untuk menggantikan Cik Elle. Kami memilih Proton Preve CVT 1.6 Executive setelah banyak berbincang antara kami berdua (Mrs Speedrider). Walaupun aku telah menguji pandu Nissan Almera sebelum ini, setelah berfikir panjang kos yang perlu dikeluarkan untuk downpayment, bayaran ansuran bulanan dan akhir sekali nilai susut kenderaan (setelah mendapat nasihat beberapa pakar rujuk), mahu tidak mahu Proton Preve CVT adalah yang paling sesuai.

Spesifikasi penuh Proton Preve, sumber asal dari laman Proton Preve, diubahsuai sebagai satu file gambar.

Spec Proton Preve

Betul, mesti ramai yang tertanya-tanya (memang ramai) kenapa aku tidak labur lebih sedikit untuk ambil model CFE? Berikut adalah alasan aku.

  1. Proton Preve Executive berharga RM 62K-63K manakala Proton Preve Premium berharga RM72K-73K. Beza RM10K di situ. Menjadikan bayaran ansuran bulanan untuk downpayment 10% harga kenderaan adalah +/- RM660 untuk model Executive dan +/-RM760 untuk model Premium.
  2. Perbezaan ketara model Executive dan Premium adalah enjin Campro IAFM+ dan Campro CFE. This is the real deal. Sesiapa nak performance aku rasa boleh pilih Campro CFE. Macam aku, dah takut nak bawak laju-laju lepas ada anak ni, dan lagi satu….. Memandangkan speedtrap pun boleh tahan berlambak lepas AES kalau nak jalan ni, apa la guna kalau pasang turbo sebesar kepala keretapi dan Nos 8 tabung sekalipun kan? kan? kan? (Hahahahaha!)
  3. Keseluruhannya, Preve merupakan satu peningkatan yang amat ketara berbanding Cik Elle (base line). Model ini didatangkan standard dengan 2 unit airbag (Premium 4 unit, tambahan side airbags), ABS + EBD untuk system braking, brake disc belakang (ya, Persona Baseline dan Medium Line takdak), follow me home light (macam Exora, aku suka ciri ni).
  4. Perbezaan antara model Executive dan Premium lebih banyak kepada aksesori dan tambahan komponen elektronik seperti Paddle Shifter (shiftronic), Start Button, traction control and brake assist, auto cruise, auto wiper, side mirror lipat automatik, auto headlamp, Electronic Stability Control (ESC), tinted siap dari kilang dan beberapa benda lain yang aku rasa aku tak perlukan sangat untuk tambahan RM10K dari model executive ataupun lebih tepat lagi, tambahan RM100+ untuk bayaran ansuran bulanan.
  5. Senang cerita, model premium ni, boleh dapat segala aksesori dalam line-up kereta Honda City dan Kia Forte full accessories dengan harga +/-RM72K. Jika taknak, ambil ke model Executive, habis cerita.

 


Siapa yang nak ambil Premium Line (CFE), boleh rujuk video di atas oleh Alexlovesmac.

 

Proton Preve CVT 3

Pandangan Sisi Buruk:

Sebelum aku cerita benda lain, baik aku cerita kelemahan dulu. Aku tau, Proton basher ni ramai, ataupun yang anti-proton ni usah dikata lah, memang ramai.

  1. Hood Insulator – Part No : PW931919 (RM176.67) didapati tiada pada model kereta aku, Executive line. Setelah consult dengan salesman aku merangkap kawan aku, katanya insulator ni sebenarnya hanya untuk model premium. Persoalan aku adalah, kenapa 1st batch owner Preve Executive dapat? Gambar atas adalah perbandingan antara kereta aku dengan kereta member opis. Sama model, cuma beza warna saja. Daripada forum dan ruang facebook group Prevec, didapati memang ada yang bercampur baur. Rata-rata pemilik “bertuah” daripada Executive Line memiliki insulator tersebut adalah daripada pemilik kereta first batch.
  2. Memandangkan bonet yang agak tinggi, aktiviti reverse amat menakutkan (hahaha). Sesapa yang dah biasa dengan Persona pasti tahu, jadi, untuk Preve ni aku rasa susah lagi viewfinder bila nak reverse. Jadi, rasanya kalau ada duit lebih, reverse camera disyorkan untuk dipasang (pada pendapat aku).
  3. Bunyi enjin – Ini yang paling tension. Memandangkan aku pakai model CVT, memang bunyinya jelas kedengaran dalam kabin kereta sewaktu nak accelerate pada permulaan gear. Tapi ketika cruising mode atas highway, tiada lagi bunyi tersebut. Bunyi yang aku maksudkan adalah bunyi mengerang. Pada teori aku, ini adalah kerana kedudukan enjin Preve yang sedikit ke dalam kabin berbanding Persona yang berada hampir tepat di bahagian hood. Teori kedua ialah tiada tebatan bunyi yang baik (ataupun difikirkan oleh engineer Proton!) antara ruang enjin dan kabin. Masalah ni adalah yang paling kerap diperkatakan dalam forum Preve, tapi pada aku, kira halal lah sebab nanti nak pasang audio tahulah aku nak buat apa. pakai Prosche Panamera harga RM1.2 juta pun bunyi mengerang jugak kan? kan? kan?
  4. Masalah brake judder biasanya dilaporkan oleh pengguna Preve yang dah pakai buat beberapa ketika. Tapi untuk kes aku, hari keluar showroom pun aku dah perasan dengan problem ni. Ada pengguna yang komplem brek problem sampai bergegar dashboard, tapi aku tak seteruk tu. Cuma bila brek pada kelajuan >60KM/h memang ada dengar bunyi dub dub dub dub macam tengah jalan atas lintasan zebra tu. Tapi aku dah call service center dan beritahu masalah aku, appointment untuk tukar brake disc ni akan dibuat pada 1st 1000KM service nanti. Aku juga dimaklumkan yang Proton akan terus menukar parts yang berkenaan sekiranya ada aduan daripada pengguna. So, aku rasa ok la tu.
  5. Aku tak suka gear knob dan handbrake bar. Rasa murah sangat-sangat, Persona punya rasa steady lagi.
  6. Tiada side skirt stock disediakan seperti Persona. Persona B-Line didatangkan dengan skirt stock, jadi kalau terlanggar apa-apa [macam kes Cik Elle], ia tak la effect dengan body kereta. Preve punya style sama macam kereta lain, tiada stock skirt. Bahaya sikit kalau terlanggar apa-apa, jawabnya kemek la body pintu (sakit mata la jawabnya). Jadi, memang aku tengah tunggu pembuat skirt keluarkan senarai skirt dengan material PU.

 

Proton Preve CVT 4

Pandangan sisi baik:

  1. Keseluruhannya, memiliki Preve bagaikan meniti satu pengalaman yang lebih baik berbanding Persona. Senang cerita, apa yang tak ada pada Persona B-Line aku dulu dah ada pada Preve. Brake disc belakang, ABS + EBD (best sebab sama dengan Almera), airbags, fog light depan belakang, LED lights (AutoGuide, Electronics Weekly), Rim 16″ dan beberapa perkara lain yang aku tak ingat, yang dulunya kena ditambah manual (kalau nak pasang) dah tersedia kat Preve!
  2. Dari segi pandangan pemanduan, kokpit pemandu nampak jelas dan selesa kerana seat pemandu boleh dilaras ke atas dan ke bawah (secara manual). Walaupun pelarasnya nampak dan terasa murah, tetapi sekurangnya  pemandu boleh melaras kedudukan mengikut keselesaannya.
  3. Dari segi keluasan ruang dalaman, memang terasa besar sikit. Dan sebagai penambah perisa, power outlet DC 12V turut disediakan untuk bahagian belakang. jadi, tiada lagi masalah nak berebut charger henpon jika bergerak beramai-ramai.
  4. Bonet belakang aku tak pasti samada lebih besar ataupun sama besar dengan Persona. Yang slack sikit cuma ia dibina menggunakan bar. Kalau dibuat stopper tu menggunakan damper seperti Persona kan lebih bagus. Keseluruhannya, tiada masalah aku nak masukkan stroller anak. Luas.
  5. Preve didatangkan dengan pengawal audio di stereng. Dan yang lebih best, sistem audio yang diberikan menyokong sistem bluetooth dan mempunyai USB dock di bawah; tidak seperti Persona (betul-betul di HU). Cuma aku dah test bluetooth streaming audio untuk main lagu, jangan harap la kualiti bunyinya macam audio cd.
  6. Sistem suspensi stock Preve aku rasa lebih bagus daripada Persona. Sedikit keras, pemanduan diarasakan lebih stabil dan kurang berayun berbanding Persona. Sistem suspensi yang sedikit keras juga membantu ketika mengambil selekoh, terasa sedikit “sedap” jika dibandingkan dengan Persona.
  7. Stereng Preve kecil sedikit jika dibandingkan dengan Persona. Jadi terasa lebih sporty.
  8.  Walaupun kereta aku menghadapi masalah brake judder, tapi keseluruhannya aku rasa sangat berpuas hati dengan sistem brake yang dibekalkan.
  9. Walaupun kereta yang aku pilih adalah Executive line dan HU yang diberikan adalah jenis standard, kereta aku juga didatangkan khas dengan GPS Portable Lokatoo a903(i) dan Yes 4G Huddle. Oh ya, Lokatoo aku dah pun dimasukkan dengan sistem GPS Papago, jadi memang terus jadi best lah kalau nak dibandingkan dengan Lokatoo, heheheh. Yes 4G Huddle aku tak sempat test lagi sebab poket masih kata NO untuk bayaran bulanan. Hahahahahaha….
  10. Preve transmisi auto (Executive/Premium Lines) didatangkan dengan teknologi CVT. Jadi, aku pernah bawak Persona auto tanpa CVT, apa bezanya? Sudah tentulah penukaran gear tidak terasa sangat. Tapi kalau gatal tangan jugak nak rasa terhentak tu, tekan aja butang SAT (Stepped Auto Transmission) kat sebelah gear knob tu, terus rasa macam kereta auto lama yang tak ada CVT. [Review SAT oleh Hermit]

 

Proton Preve CVT 6

Dari segi Fuel Consumption, aku rasa masih terlalu awal untuk dibandingkan dengan Persona. memandangkan asas enjinnya dengan Persona adalah lebih kurang sama, aku rasa tak banyak bezanya jika nak dibandingkan. Namun, tangki keringnya lebih besar berbanding Persona iaitu 50 liter. Pertama kali aku isi minyak haritu pun sebanyak 45 liter, RM87.00 jugakla kan? Untuk 50KM pertama run-in haritu, aku rasa FC Preve lebih munasabah daripada Persona (Hahhahaha) Untuk ikut update FC preve aku, boleh connect dengan aku di Fuelly.com [klik sini].

 

Proton Preve CVT 5

Hanya Preve Premium Line (CFE) saja yang diatangkan terus dengan tinted (Eco Tint). Jadi, untuk mengelakkan kereta aku yang tak ada tinted ni berterusan menjadi akuarium bergerak, terpaksa la keluarkan ongkos sikit. Gambar kat atas tu gambar sebelum tinted, selepas tinted dan gambar tinted aku dengan tinted standard untuk Executive Line (keta member opis). Aku rasa Cik Elle punya tinted gelap lagi sebab dulu aku pakai titanium series, sekarang pakai colour natural sikit. Spec JPJ masih lepas, rasanya tinted Eco Tint tu lagi gelap daripada tinted aku.

 

Proton Preve CVT 7

Rasanya itu sajalah review aku untuk Proton Preve. Pada pendapat aku, kocek yang nak menanggung kos saraan kereta tu lebih penting daripada kehendak nak kereta yang yang lebih baik. Aku dan wife dah sama-sama setuju, jadikan kereta ni sebagai keperluan, bukan sebagai kehendak. Jadi, 2-3 model lain yang dalam senarai “wishlist” terus kami tolak mentah-mentah termasuk Almera, X-Gear dan Lamborghini Murcielago setelah mengambil kira kos bulanan yang akan kami tanggung selama 9 tahun akan datang.

Betul, kalau dengar, memang ada banyak masalah Proton. Tapi pada aku pulak, jaminan 5 tahun yang diberikan pada Proton Preve adalah sangat berbaloi. Nak cakap pasal problem kereta yang dikatakan teruk tu, kenapa BMW 3 series tersadai tepi jalan tak ada orang bising? Pada aku, matematiknya mudah:

  • Berapa % rakyat Malaysia pakai Proton (berapa banyak komplen kita dengar?)
  • Berapa % rakyat Malaysia pakai Honda (berapa banyak komplen kita dengar?)

Try tukar jumlah pengguna tu, katakan Honda dominan di Malaysia.. Agak2 berapa banyak % problem Honda kita akan dengar? Just my 2 cents. Yang peliknya rakyat Malaysia ni, kadang-kadang tu dah kata Proton ni problem macam-macam, kutuk macam-macam, tapi yang hairannya ambik jugak Proton ni lepas tu…. Meroyan dalam forum dan FB. Sabar la sikit bro. Ada warranty, kita claim saja, jangan buat teruk-teruk sangat. Kalau tak tahan sangat-sangat, jual aja Proton tu, minggu depan pergi sambar Volkswagon Scirocco takpun habis lekeh, Mercedes AMG, baru masyuk.

Apa-apapun, sebenarnya aku nak amik Preve Silver, tapi stock 2012 (Diskaun RM4000 wei) kaler tu dah habis dan tinggal kaler putih ja, aku pun amik putih la. Meneruskan legasi dan tradisi, memandangkan Preve ni kaler putih dan nampak seksi sikit berbanding Cik Elle, aku namakan Preve kami ni sebagai Cik Preity (Zinta). Hahahahah!

facebook comments:

23 thoughts on “Proton Preve: A Simple Review

  1. bro… yes 4G Huddle tu free bulanan selama 1 tahun.. d auto reload setiap bulan bermula dari tarikh kita dapat yes 4G huddle tu…

  2. Nice review!!…sy nak beli kete,tgah pilih antara preve n persona..so,web ni mmg sesuai la..so bro,lepas pakai preve n persona,mana best?..FC cmne?..

  3. yap aku dah pakai proton preve sgt bagus berbaloi bro .. tapi rugi sbb x amik yg turbo punye.. sbb termakan cakap dgn pendengki proton .. ckp proton x baguslah.. disbbkaN itu aku amik exe punya .. tahniah proton

  4. memang best review bro.. sebab saya pun rasanya akan ambil preve exec..macam bro.. duit tak berapa nak ada.. hehe.. review yang best.. terima kasih bebanyak.. hehe..

  5. Very good review. Suka dengan nada selamba bersahaja serta berterus-terang dalam artikel ni. Selain teratur, kemas dan ada unsur2 lucu.
    Keep it up 🙂

  6. baru terbaca blog ni.. Nice.. Bunyi mengerang tu sgt setuju… Mcm lmbt sket pick up..huhu

    #aritu bli nk puth, tp dpt silver..mls nk tggu stok.. Hood insulator ada..preve exec jgk

  7. Saya baru 2 bulan pki preve exec..memang terbaik…pasal fc sy rasa memang kuat sket..tp baru2 ni sy guna SAT penggunaan minyak amat menjimatkan..RM20 boleh bergerak sejauh 120km..klu menggunakn CVT RM20 dalam 80km je..

  8. Assalalam. Sejak saya pakai focus model 2012.. FC lebih jimat dari honda city… Kajang ke KB hanya 60. hinggit je.. minyak 1 liter-2.10. Kalau overtake satu row kete habis dipotong… power kira okay leee… pernah rentap preve turbo kat bukit tinggi karak… preve makan asap jee… saya tak nak rempit tapi preve turbu tu asyik mengacah acah je… lelama saya rimas lee…ade ke preve nak rentap dgn BMW dan focus..nak acah tengok tengok laaa skit…. preve naik bukit genting cam siput kalau gear rendah… Service..WOW..3 tahun free semua termasuk minyak, brakes dan semua parts…

  9. Saya pun pakai Preve Exec model 2015. Dh 7bln pakai xde pape masalah. bagi saya FC itu normal je. mengaum tu sbb body die besar tp enjin die normal. sy pernah drive turbo spec, xde masalah pon naik bukit kt hiway karak. tekan lah selagi mana mahu. hihi. btw nk crita psl colour lak, dsbbkan sy jenis tak boleh TIDAK. sy tunggu lebih sebulan untuk warna merah. yg ade stock masa tu cuma soft lilac dan silver je tp sy degil jgk tunggu utk merah. Nahh skrg sy puas hati

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge