Projek Pistol: Mini Album atau EP?

Projek Pistol

 

Ingat tak entry aku pasal Super Band dulu? Rupanya-rupanya aku pun tak sedar yang sebenarnya aku dah pernah “ter”beli mini album yang memuatkan 3 singles Projek Pistol iaitu Animositi, Hingga Hujung Nyawa dan Turun Dari Langit. Aku rasa mungkin ia patut digelar EP? Entahlah aku tak pasti. Mini album atau EP?

 

Bermula dengan Animositi, lantunan vox dengan suara “lain macam” Boy Clifford telah menceritakan segala-galanya tentang band ini.

Dengan pengaruh Search, Lefthanded, Bumiputra Rockers, Sweet Charity, Kembara, Wings, XPDC, Queen, Led Zeppelin, AC/DC, Metallica, The Rolling Stones, Foo Fighters, Stone Temple Pilots, Alice In Chains, U2, Mr. Big, The Black Crowes, Extreme, Van Halen, Red Hot Chilli Peppers, Korn, White Zombie, Steve Vai, Terence Trent D’arby, Joe Satriani (dari laman rasmi Projek Pistol),  aku lebih suka lagu kedua dalam EP ni iaitu Hingga Hujung Nyawa berbanding Animositi dan Turun Dari Langit.

Kelemahan mini album dan EP ni ialah satu saja (pada aku). Lepas dapat EP ni (aku beli la!) terus tak ada feel nak beli full album (Stereo Andromeda). Sebab tu aku prefer band terus jual full album. Kenapa? Sebab untuk EP ni, aku rasa halwa telinga aku cuma 30/100. Edrie Hashim dan band members boleh claim they are the best sebab boleh dikatakan line-up power, tapi apakan daya…. Power-power pun masih tak dapat buat aku minat at least 80% pada Projek Pistol. Mungkin Projek Pistol punya target audience cuma minah rock. Sorry to say.

 

Projek Pistol

Sehingga artikel ini ditulis, line up rasmi Projek Pistol ialah Edrie Hashim (Guitar), Zham Lucan (Bass), Pae (Drummer) dan Boy Clifford (Vox). Ikut gambar pada awal 2010 dulu, line up asal ada Moq dan Lola.

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge