Potret Hidup

Minggu ni, aku sakit kepala dengan macam-macam masalah. Daripada secikai-cikai sampailah ntahapapantah punya masalah lain.

Akhirnya, VCD Wings Live in Stadium Negara 1991 aku dah khatam 2 kali hari ni, termasuk dengan sessi tayangan umum di warung paper. Hahahaha, gorengan ikan bawal Joe Wings dalam tv tadi berjaya menarik semua otai-otai lama tengok sekali VCD tu beramai-ramai dalam warung paper yang kecik tu. Aku puas.

Dengar ceritanya, semalam happening gila di Johor Bharu, ‘kampung’ SEARCH. Cis, kat sana ada encore!! Argh….. Tensen-tensen, aku neh.

Letih aku keja malam semalam. Dah lama tak keja malam.
sibuk aku, akan menjadi lebih sibuk bulan 6 nanti dan ke atas. Aku pun tak dapat bayangkan nanti nak jadi macam mana keadaan hidup aku yang caca-marba neh.

(thanks Shahrul, aku suka gambag ni. Henpon keramat yang amik video soundcheck SEARCH di Seberang Jaya. Lengoh hang tau ka 2 jam dok pegang henpon macam tu. Macam nak patah tengkok)

facebook comments:

3 Replies to “Potret Hidup”

  1. apa lagi.. lepah keje mlm tu singgah kena teh kat sg2 belah pulau lak… 🙂 – poundcake

  2. mmg happening bro konsert kat jb…berbaloi-baloi..hehe

  3. kacak lu brader!

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers