Posto! CD, LP dan Kaset Minggu Ini

Kebanyakan belian kali ni lebih kepada mengimbau kenangan. Tapi entah macam mana boleh terbeli Spice Girls tu.

Cromok, XPDC antara album yang aku suka. Mendapat pelbagai reaksi dari peminat metal tegar, tapi aku tak kisah kerana selera masing-masing. Mungkin ada pendapat dari hangpa yang ingin dikongsikan? Boleh komen di sini atau terus komen di YouTube.

Zaman Hair/Glam Metal ni aku kurang follow. Tapi rasanya aku tak boleh tinggalkan Skid Row dan Mr. Big. Jadi, aku beli lah buat koleksi peribadi.

Begitu juga dengan Fenomena 30th Anniversary. Aku tak pernah ada first/old press. Jadi aku beli. Gila apa album lagu berhantu Isabella tak beli. Bonus kali ni adalah kaset 5 album terawal Search dikeluarkan dalam bentuk boxset kaset. Layan!

Paling seronok ialah bila Best Of Wings dikeluarkan semula. Walaupun bukan jewel case, jadilah. Digipack ni memang aku tak suka, cover cepat rosak. Memang kena berhati-hati habis bila handle. Kan best kalau reissue ni boleh kekalkan ‘kertas magik’ seperti 1st press dalam jewel case? Tapi ‘beggars can’t be choosy’. Aku terima reissue ni dengan senang hati.

Ok, setakat itu ajalah kot. Nanti kalau rajin aku buat unboxing boxset kaset Search tu. Subscribe la YouTube tu untuk lihat update terkini channel Mamuvinyl.

facebook comments:

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers