Pineng PN-912 16800mAh Powerbank

Pineng PN-912 PowerbankDalam era penggunaan smartphone, aku rasa sekarang ni semuanya sedang berlumba-lumba mencari satu backup source yang lebih baik berbanding cara manual; battery spare.

Semenjak aku menggunakan smartphone pertama, aku dah mula tertanya-tanya tentang powerbank. Cuma, sewaktu zaman Samsung G5 tu kebanyakan powerbank direka untuk kegunaan iPhone. Susah la nak mencari powerbank berbentuk bar waktu tu. Ingat lagi, aku dan kawan motor siap pakai solar charger waktu tu sebab G5 cepat drain battery bila pakai GPS.

 

Pineng Charging Berapa KaliAku mendapatkan Pineng PN-912 berkapasiti 16800mAh ni melalui The Faiz Ibrahim. Model yang aku gunakan ni adalah model baru kerana skrin LCD menunjukkan angka peratusan berbanding yang lama menunjukkan progress bar. Kalau nak order, aku rekemen korang beli kat dia kerana powerbank yang dibekalkan adalah yang original dan The Faiz Ibrahim memberikan jaminan one-to-one warranty ke atas powerbank yang bermasalah. Cuma, cara pembelian tu korang kena baca betul-betul langkah-langkah dia tu sebab Faiz menggunakan order by batch yang akan dibuka seminggu sekali (sesuatu yang aku tak suka sebab nak kena standby depan laptop) dan percayalah, setiap kali batch baru dibuka, sekejap saja dah sold out. Jadi, kalau nak beli tu kena rajin-rajin tengok Facebook The Faiz Ibrahim sama untuk dia buat pengumuman.

Ok, untuk penggunaan pertama aku ni, aku berjaya pakai sebanyak 4 setengah kali full charge ke atas Ninetology Insight yang barkapasiti 1800mAh baterinya (3 setengah kali off henpon dan 1 kali charge waktu on) dan 1 kali full charge ke atas Ninetology Black Pearl II yang berkapasiti 1600mAh baterinya (off henpon). Sempoi dan puas hati kan? Aku rasa, lebih baik charge waktu henpon off. Macam drain lebih pulak waktu on henpon sambil charge. Cuma aku rasa, tujuan perlu ada powerbank ni adalah ketika time emergency waktu travel dan tak sempat charge di wall plug, jadi abaikan charge sambil on tu.

 

Mamat ni yang tolong standby depan laptop sebab aku malas tunggu

On the other notes, aku respek budak Faiz ni. Aku dok kacau dia kat Facebook pun dia cool ja. Aku tau, seller lain pasti melenting dah. Hehehe, sorry ya Faiz, saja je nak nyakat lu brader. Semoga berjaya menjadi seller powerbank terunggul kat Malaysia ni. (Yes, Nora Danish is one of his customer too)

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge