Pertama Kali Ke Medan, Indonesia

Gayat? Semestinya. Ini adalah pengalaman kali pertama!

Trip ke medan, Indonesia ini telahpun dirancang sejak setahun lepas oleh kawan isteri aku, Mai dan Azizan. Asalnya kami dua keluarga saja, tetapi ditambah lagi satu keluarga menjadikan jumlah pelawat adalah 6 orang dewasa, 2 orang kanak-kanak dan 2 orang bayi. Trip ini hampir-hampir aku batalkan di saat akhir kerana keadaan kesihatan mak yang tidak mengizinkan beberapa hari sebelum aku berlepas. Selepas nampak okay sikit, dan berbincang dengan abang dan kakak, barulah aku pergi. Itu pun dalam keadaan hati yang tidak tenteram memikirkan mak.

Buat pertama kalinya dalam hidup, ini adalah kali pertama aku menaiki kapal terbang untuk sesuatu urusan.? Sangat gayat dan takut. Tak tahulah nak cakap macam mana!

 

Oh ya, memang nampak sangat aku tak biasa naik kapal terbang sebab tak biasa dengan VOA (Visa On Arrival) yang steward Air Asia tu bagi. Tak sempat nak tulis habis sebab perjalanan dari Penang (PEN) ke lapangan terbang Kualanamu-Medan (KNO) cuma dalam lingkungan 45 minit. Nak order makan nasi pun tak sempat.

Kami berlepas dari Penang International Airport pada jam lebih kurang 7.45 pagi dan sampai di Kualanamu lebih kurang pukul 8.30 pagi.

 

Ketibaan kami disambut oleh supir (chauffeur) kami, Pak Daniell yang terus membawa kami ke van beliau yang boleh memuatkan 11 orang sekali duduk. Sepanjang perjalanan, kebanyakan rumah-rumah sedang dibuat atau ditambahbaik sama seperti keadaan jalannya. Dan aku terkejut jugak sebab jalan punya emergency lane punyalah sikit, sekadar ada line sajalah.

Dan yang pasti, hon berbunyi tak henti-henti. Heheheh.

Restoran Simpang Tiga, Medan

Kami dikejutkan dengan hidangan yang banyak sekali di atas meja. Nasib baik Pak Daniel berpesan, hanya lauk yang diusik sahaja yang akan dikira. Tapi kalau dah tengok banyak-banyak lauk macam atas meja ni mana boleh tahan kan?

 

Gulai Telur

Sayuran

Begedel

Sayur Pucuk Ubi

Ayam Kampung

Pepes Daun Ubi (Pais Ikan)

Ayam Rendang

Sambal Hati Telur Puyuh

Ayam GulaiJengkolKari Kambing

Side Menu Restoran Siumpang TigaSayur dan PetaiMenu Restoran Simpang Tiga


View Larger Map

Memang sedap makan kat Restoran Simpang Tiga ni. Restoran ni terletak di KM16.5 Jalan Medan – Lubuk Pakan, Tanjung Morawa. Tak sia-sia aku buka puasa dari diet tak makan nasi selama 42 hari dah. Heheheh. Total kami semua makan kat sini ialah Rp 406,120 ataupun RM113.24. Kami bahagi kepada 3 keluarga, maka satu keluarga jatuh Rp 135,373 ataupun RM37.70. Main ratus-ratus ribu sekali makan. Hahahahaha.

 

PATEN Permatang SiantarPATEN

AK-AM, TENGTENG, TINGTING, TANGTANG, TONGTONG, TUNGTUNG, PINGPINGPANGPANG,


View Larger Map
Kami bergerak terus ke Permatang Siantar dan membeli beberapa ole-ole. Juadah bernama AK-AM, TENGTENG, TINGTING, TANGTANG, TONGTONG, TUNGTUNG, PINGPING dan PANGPANG agak popular dan kita di Malaysia biasanya panggilnya sebagai kacang tumbuk, dodol dan lain-lain. Rasanya, sedap dan power. Di sini kena pandai bahagi barang dengan geng rombongan. Takkan nak beli semua kan? Untuk family aku, wife beli lapan kotak kuih campur-campur dengan harga Rp 112,500 ataupun RM31.40. Dapatla 5 kotak untuk kami. (share beli 8 kotak sebab ada diskaun, Mai/Azizan ambil 3 kotak).

Daripada blogwalking, PATEN ni merupakan jenama terkenal di Permatang Siantar, Sumatera Utara yang menghasilkan snek tradisional seperti gambar yang aku letak di atas. Belilah, tak rugi mencuba.

 

Pandu Lakeside Hotel

Hampir 5 jam perjalanan daripada lapangan terbang, kami sampai di Pandu Lakeside Hotel, Parapat. Bilik hotel betul-betul menghadap tasik Danau Toba. Cuaca di Parapat agak dingin. Tapi takla sampai tahap sejuk betul. Di Pekan Parapat, kami singgah beli SIM Indonesia dari Telkomsel, simPATI dengan harga Rp 3000 untuk SIM kad sahaja dan Rp57,000 untuk topup. Entah macam mana kedai tu charge sampai Rp 65,000 atau bersamaan dengan RM18.12. Tak apalah, style topup di sini hampir pada keadaan kita pada waktu topup kad diperkenalkan di mana kedai akan charge RM2-5 per topup walaupun kad tu berharga RM10, kita kena bayar RM12 macam tu. Aku rekemen korang ambil simPATI ni sebab line sentiasa full dan data coverage sentiasa pada HSDPA atau HSDPA+. Agak power lah!

Tips: Lepas activate nombor, kalau nak call Malaysia, mulakan dengan 010176 XXX XXXXXXX di mana X merujuk kepada nombor kita di Malaysia.. Save nombor supir dulu agar senang nak berkomunikasi nanti.

 

Rumah makan Nikmat

Malam di Parapat agak lengang walaupun suasanya adalah seperti Night Market Batu Feringghi. Boleh dikatakan agak “mati” keadaanya di sini. Makan malam, sekali lagi kami makan di restoran Minang dan biasanya restoran dipanggul Rumah makan ataupun singkatannya RM. Memandangkan nama kedai pun nikmat, aku pun memang nikmat gila makan nasi goreng malam tu. 42 hari tak makan nasi katakan. Aku dan isteri habiskan Rp60,000 ataupun RM16.80 untuk Nasi goreng, ayam goreng, sambal telur rebus, milo kotak dan milo ais. Mahal sikit, tapi boleh diterima la sebab kawasan pelancongan.

Nak nombor supir? aku akan bagi pada siri akhir trip ni nanti.

facebook comments:

8 Replies to “Pertama Kali Ke Medan, Indonesia”

  1. Great report, nice photos.
    Aku cuma nak cakap, ko pandai ambik gambo makanan. Dari post dulu.

  2. pergh…penuh gambar makanan jer…terus lapar ni….heheh…
    berteromber recently posted..Hear ‘n Aid – Classic Rock Magazine

  3. Nampak Gunung Sinabung x, macam mana keadaan sana… Boleh tgok foto sikit, rasa klu kat perapat dah nampak gunung tu..

    1. Tak ambik pun gambar gunung sinabung

  4. […] iktibar ketika makan di Restoran Simpang Tiga, kami berkeras mahukan lauk yang kami hendak saja. Hasilnya di Rumah Makan Istana Minang, Parapat, […]

  5. FULL GROUND PACKAGE MEDAN INDONESIA 3 DAYS 2 NIGHT
    RM370 PER PERSON MIN 4 PERSON.

    DAY 1 KUALANAMU – PARAPAT – LAKE TOBA
    • Arrival at KualaNamu International Airport in Medan.
    • Breakfast at local restaurant.
    • Proceed to Parapat Lake Toba.
    • Lunch at local restaurant.
    • Enroute stop at Paten Shop.
    • Having dinner at local restaurant.
    • Then check in to hotel for accommodation.
    • Then free at own leisure and rest.

    DAY 2 PARAPAT- BRASTAGI – MEDAN
    • Breakfast at hotel
    • Took the local ferry to Samosir Island
    • Straight to Tomok is about 5km from Tuk Tuk on Samosir Island.
    • In Tomok you can see the grave of King Sidabutur.
    • Visit Batak village
    • Continue travel to Brastagi
    • Enroute stop at Simarjarunjung
    • Stop at SipisoPiso Waterfall
    • Visit Pasar Buah at Brastagi.
    • Having lunch at local restaurant.
    • Then proceed to Medan.
    • Check in hotel at medan.
    • Visit Maimoon Palace.
    • Prepared for dinner at local restaurant.
    • Visit Merdeka walk for relaxing.
    • Then free at your own until proceed back to hotel.

    DAY 3 MEDAN – KUALANAMU AIRPORT.
    • Having breakfast
    • Visit Masjid Raya.
    • Shopping at Toko Batik
    • Check out for souvenir or t-shirt at Pajak ikan.
    • Having lunch at local restaurant.
    • Go to shopping complex for souvenir and some local product.
    • Some tourist enjoy the cheapest massage and spa.
    • Transfer back to Kualanamu International Airport.

    Package Include :
    • Airport pick up and transfers
    • Hotel at Medan , Parapat
    • Meals : Breakfast , Lunch , Dinner
    • Transport : MPV or Van ( Driver include )

    • ITENERARY MAY CHANGE DEPENDING ON TIME , WEATHER CONDITION OR CUSTOMER DEMAND.
    • TOURIST ARE ADVISED TO HAVE THEIR OWN INSURANCE COVERAGE.
    • FOR 3 DAYS 4 NIGHT AND 4 DAYS 5 NIGHT ALSO AVAILABLE.

    For further Information and inquiry:
    0124156404 CALL MESSAGE WHATSAPP. ( IRWAN )

  6. melancong_murah_baloi says: Reply

    Salam alaik, pakej melancong ke Medan disediakan dengan harga yang sangat berbaloi lagi murah , berpengalaman mengendalikan beratus-ratus trip ke Medan-Danautoba-Berastagi, pakej Muslim , keseronokan anda kebahagiaan kami.

    Whatsapp : 017 5367426 (insyirah)
    Emel : melancongmurahbaloi@gmail.com
    instagram : melancong_murah_baloi

  7. hamzah saragih says: Reply

    4D3N MEDAN LAKE TOBA TOUR
    (1Nite Parapat, 1 Nite Berastagi, 1 Nite Medan
    ——————————————————————–
    DAY 01 : ARRIVAL MEDAN – TEBING TINGGI – PARAPAT (L,D)
    Arrival at Kuala Namu International Airport. After customs clearance, meet our representative and Tour Guide who will take you to start the tours by using tourist Coach or Van. Transfer to the local restaurant for lunch. Then, depart to Parapat-drive along the road which offers the endless view of Rubber and Oil Palms Plantations through the journey. Stop should be made at Pematang Siantar for shopping of local product such as Kacang Tumbuk “Ting Ting, Teng Teng”, Other snacks Etc. Arrived in Parapat then check in to hotel for overnight stay, the rest of the day is free on your own leisure. Dinner served at the local restaurant.

    DAY 02 : PARAPAT – SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI (B,L,D)
    After breakfast at hotel, ready for Samosir island excursion by Boat to visits
    Tomok village, to see the Tombs of The King Ompu Sidabutar & Shopping place. Ambarita village, to see the Traditional Batak village with ancient megalithic Furnitures. Return to Parapat for lunch at local restaurant. Afterwards proceed to Berastagi–a mountains resort with it’s refreshing weather and magnificent mountains scenery which has an abundance of Flowers, Vegetables and Fruits. En-route stops at Panorama Simarjarunjung hill (Sanitary stop),Sipiso-Piso waterfall. Arrived in Brastagi then to visit the Central Fruits Market (Shopping Place). Afternoon check in to hotel. The rest of the day is free on your own leisure. Dinner served at the hotel or local restaurant.

    DAY 03 : BERASTAGI – MEDAN (B,L,D)
    After breakfast, proceed on two hours down the hill to Medan. Visit Lumbini Park. Arrival in Medan then city sight seeing to visit a several points of interest such as the Maimoon Palace, Al-Matshun Grand mosque. After lunch at the local restaurant, and then proceed to the shopping areas as follow Danar Hadi Batik emperium and others whole Batik sellers in Medan, including to Pasar Ikan market and Malls. Afternoon check in to hotel for overnight stay. Dinner served at the local restaurant.

    DAY 04 : HOTEL – AIRPORT (B)
    After breakfast, free program before transfer to the airport for your flight home..END OF SERVICE

    Thanks /Regards

    HAMZAH SARAGIH Tour Guide Medan Sumatra Utara – IndonesiaTelp // WhatsApp : +6282160211106 Email : hamzahsaragih@ymail.com
    Web : http://hamzahsaragih.blogspot.com facebook : Hamzah Saragih Ym : Hamzah Saragih

Leave a Reply

CommentLuv badge

Follow

Get every new post delivered to your Inbox

Join other followers