Persediaan Untuk Bernikah

Ujian Saringan HIV Adalah Wajib

Terpanggil aku untuk menulis benda ni memandangkan aku dah melalui step-step yang berkaitan. Terasa terpanggil kerana terlalu banyak pendapat bercanggah ataupun lebih layak aku kata “ranjau kelentong” yang aku rasa amat menyusahkan kepada orang-orang yang nak bernikah macam aku.

Kelentong-kelentong yang terlibat adalah seperti proses-proses dan interview dengan Tok Kadi yang terlalu digembar-gemburkan!

Aku ringkaskan step-step wajib untuk persediaan akad nikah: (tak termasuk majlis kenduri)

  • Kursus Pra-Perkahwinan
  • Isi Borang Kebenaran Kahwin (lelaki dan perempuan)
  • Ujian Saringan HIV
  • Temuduga di Pejabat Agama Daerah (atau rumah tok kadi sendiri – Pegawai Yang Ditauliahkan)
  • Set-up tarikh dan tempat akad nikah dengan Tok Kadi.



Kursus Pra-Perkahwinan

Untuk kursus ni, macam aku kena satu kepala RM80.00. Jadi aku dan Nurul RM160.00. Kursus selama 2 hari (Modul dari JAKIM). Kalau bernasib baik, dapat la tempat yang offer kursus dalam masa sehari. Tapi, 2 hari pun sebenarnya tak cukup memandangkan kalau korang jenis malas mendengar kursus, memang tak guna seduit la.. Kadang-kadang sampai dah jatuh talak pun tak sedar 20 tahun hidup dalam zina sebab dah jatuh talak. Jadi, pi kursus, dengarla elok-elok.

Ujian Saringan HIV

Macam aku dan Nurul, aku pilih untuk pi buat dulu ujian saringan ni. Ujian hanya sah di Hospital/Klinik Kerajaan Sahaja. Bayaran pun murah, RM1.00 saja seorang. Caranya mudah:

  1. Register kat kaunter klinik, cakap nak buat saringan HIV. Kalau rajin, buat sekali Talassemia Test (malangnya diaorang malas buat untuk aku)
  2. Isi form yang disediakan
  3. Amik sampel darah.
  4. Tunggu dalam 10-15 minit
  5. Dapat result
  6. Total proses ni, macam aku kena dalam sejam setengah. Kalau klinik kerajaan yang korang pi tu pantas gila, memang bernasib baik.
  7. Simpan salinan yang diberikan…. Dan untuk makluman, korang postif atau tak memang takdak dalam salinan tu.. Kalau korang memang positif HIV, memang akan terus diberi kaunseling on the spot.
  8. Ujian ni SAH untuk tempoh 6 bulan sahaja.

 


Borang Kebenaran Kahwin

RM2.00 untuk lelaki dan perempuan. Borang ni sila ambil di Pejabat Agama Daerah masing-masing. Isi apa yang patut. Kepada yang malas ke masjid tu, rajin-rajinkanlah diri ke masjid. At least Pak Imam atau AJK Masjid kenal muka korang. Kalau tak macam mana dia nak sahkan yang korang tu anak qaryah masjid tempat korang tu duduk? Come on guys, mengaku Islam, tapi takkan la sampai masjid pun tak pernah jejak. Teringat pulak khatib UIA kata haritu; “If you are Jumaat Muslim, surely you go to hell“.

 

Temuduga di Pejabat Agama Daerah

Benda yang paling ditakuti oleh setiap umat. Hahahahahhahaha~

Macam aku, aku kena dengan penolong kadi;

  • suruh baca istigfar
  • suruh baca al-Fatihah
  • suruh baca selawat
  • kena tanya rukun iman ada berapa (6)
  • kena tanya rukun Islam ada berapa (5)
  • kena tanya rukun kahwin ada berapa (5)
  • aku kantoi bila dia tanya hadas besar tak boleh buat apa
  • lafaz niat mandi hadas besar apa dia



Ok, pasal hadas besar tu, memula aku dah jawab dah bila hadas besar tak boleh sembahyang dan masuk masjid, Tetiba aku aku boleh cakap… “Saya lupa la ustazzzz..”
Kantoi betul.. Tetiba aja blank! Padahal jawapan mestilah tinggal dua aja lagi iaitu tak boleh baca Quran dan puasa. (Jawapan umum)

Ok, untuk sessi temuduga ni, aku rasa tak sampai 10 minit. Yang dok mai cerita kat aku ni interview sampai sejam la, 2 jam la… Penipu betul! (melainkan kalau dia tak boleh jawab langsung masa interview tu dan ustaz/kadi tu nak sekolahkan dia balik, confirm la sampai sejam!)

List-list topik yang akan ditemuduga jangan risau. Semua dah tertulis kat belakang form temuduga tu. Lepas ustaz dah berpuas hati dan sign. Korang kena ke kaunter balik dan bayar RM5.00 untuk pemprosesan borang. Macam di Butterworth, seminggu diperlukan untuk proses borang tersebut. Jadi, seelok-eloknya, ikutlah saranan yang telah ditetapkan iaitu, selesaikan semua hal ni dalam tempoh 3 bulan sebelum tarikh akad nikah. Jangan buat last minute, nanti jadi kelam kabut.

Lepas borang di sebelah lelaki siap, serahkan borang tersebut kepada pihak perempuan pulak. Dan proses yang sama akan berulang di sebelah pihak perempuan.

 

Set-up tarikh dan tempat akad nikah dengan Tok Kadi

Okes, yang ni last sekali lepas temuduga di sebelah perempuan dah habis. Upah jurunikah aku tak pasti kat negeri lain macam mana. Untuk Penang, RM150.00.

 

Okay, itu ajalah kot…. simple dan senang. Kepada yang nak bernikah tu, selamat bernikah. Kepada Zan, cepat sikit!

facebook comments:

9 thoughts on “Persediaan Untuk Bernikah

  1. prosedur amat menyusahkan.dari isi borang nikah sampailah ke ujian HIV pra perkahwinan amat2 menyusahkan. dan saya tak bersetuju kalau krusus perkahwinan tu dijalankan 2 hari.apa relevennya? masyarakat melayu yang paling tinggi bercerai.apa keberkesanan krusus ni ya? isi borang tak diberi penerangan yang betul.saya ini bukanlah kaki ponteng kerja boleh ambik cuti sesuka hati. 2 kali pergi 2 kali kena reject,ujian Hiv kat hosppital saya ambil masa SATU <<<< hari untuk siap kerana ketidakcekapan dan system yang amat2 teruk sekali dari HOSPITAL KERAJAAN SUNGAI PETANI.

    maaf saya katakan. bukan nak menuduh. kenapa banyak zina sekarang? kenapa banyak orang melayu memilih zina dari berkahwin? kerana prosedur perkahwinan ini amat menyusahkan orang. bagi orang yang tak percaya cakap saya, mungkin anda tidak melalui apa saya dan rakan2 lalui.jabatan agama islam kena fikir balik logikkah borang banyak2 ni? nak ditambah lagi dengan borang lain dimasa hadapan? RM 80 kena kasi kat tok imam. itu ini, blablabla.

    • Salam, saya jawap dari pengalaman saya

      1. Relevan
      sangat relevan. Kalau diikutkan, 2 hari tu pun sebenarnya tak cukup. Terus terang ckp, majoriti yang beranggapan tak relevan adalah geng2 kerusi belakang yang tak ambil pusing pun apa yang panel penceramah cakap. Sebab tu ada yang silap isi borang, dan tak reti handle masalah rumahtangga. Semua masalah rumahtangga dibincangkan dalam kursus. Terpulang pada kita samada nak ambil sebagai ilmu atau tidak

      2. HIV test.
      Memang agak menyusahkan, tapi kita jangan bersungut. Dulu tak wajib, tapi kita kena tahu kenapa byk negeri mewajibkan ujian ni sekarang. Sebab utamj adalah untuk melindungi hak pasangan yang sihat. Ini berdasarkan kes couple yang kawin atas dasar cinta, padahal suami dia tu dulu taik betina siam, dadah dan sebaliknya pada perempuan tu. Jadi, bila berkahwin dan infected, ini adalah satu penganiayaan pada pasangan yang sihat. Rakan2 berlainan agama turut memuji ujian ni dijalankan – sebab nak elak jangkitan. Dalam kursus akan dijelaskan panjang lebar, bertanyalah.

      3. Prosedur
      masa berkursus tak ambil perhatian, atau buat-buat tak tahu memang akan mengalami masalah prosedur. Masa ambil borang, ringan2kan mulut untuk bertanya. Saya berurusan di pejabat agama butterworth dan kepala batas tanpa sebarang masalah. Untuk makluman, pasangan bukan islam punya prosedur untuk daftar perkahwinan di JPN boleh tahan rumitnya. Boleh tanya diaorang. 🙂

      4. Bayaran
      biasalah tu. Ada masalah ke dgn bayaran. Nak pi menikah kat siam pun kena duit. Ada yang kawin free ka? Hahaha
      Yang menikahkan ialah Tok kadi (bukan pak imam semestinya), bapak kita la yang paling afdhal, selaku wali kuat. Duit byrn tu nanti tok kadi akan bahagikan pada saksi pulak.
      Ingat saksi2 suka2 sign? Kalau apa-apa berlaku masalah pada perkahwinan kita, merekalah yang akan dipanggil nanti.

      Orang yang memilih zina ialah mereka yang kurang imannya. Kalau bercinta sanggup merenang lautan api, takkanlah kursus 2 hari pun nak sangap kan? Hehehe

      hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih. Saya sekadar berkongsi pengalaman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge