Pengasuh Anak

Testing Letak

Ok aja duduk atas Mak teh

Mak Tok serah Muhammad Qayyum kat Mak Teh

Pada 17 may 2012, aku cuti sakit kerana pening kepala. Mungkin samada kolestrol ataupun pasal BP naik. Bila dah cuti sakit, Mrs. Speedrider mengesyorkan agar Muhammad Qayyum dihantar kepada pengasuh yang kami panggil Mak Teh.

Mak Teh sebelum ni pernah mengasuh anak saudara Nurul, jadi dah dalam top list senarai pengasuh yang kami akan hantar. Walaupun kalau diikutkan hati aku, aku lebih senang kalau Muhammad Qayyum dihantar untuk dijaga oleh saudara terdekat. Tapi dah tiada pilihan, akhirnya kami hantar Muhammad Qayyum kepada Mak Teh.

Jadi, Muhammad Qayyum dihantar awal 2 hari sebelum Mrs. Speedrider mula bekerja. Saja nak tengok keserasian antara anak aku dan Mak Teh ada atau tak. Lagipun, Nurul boleh test schedule pagi-pagi untuk hantar anak sebelum ke tempat kerja. Hari pertama dan kedua tu, memang teringat habis la kat anak. Tak dinafikan air mata ibu tu terkeluar jugak dari Mrs. Speedrider bila terkenangkan Muhammad Qayyum.

Sekarang pun, aku dah mula asyik nak balik awal time habis kerja. Kalau tak ada masalah apa-apa, menag nak balik awal aja, jenguk anak. Korang pun sama tak?

Related Posts / Artikel Berkaitan

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge