Penangan Briyani Hameediyah

Paling Marbeles!

Aku tak tahu kenapa artikel asal tentang ‘penyembelihan harga‘ seperti yang dilaporkan oleh Penang Tua Pui ditarik balik daripada blog diaorang. Tapi, kalau sesiapa yang pernah dapat emel tentang penyembelihan tersebut ataupun yang dah lupa, ada blog yang dah copy paste balik artikel tu di sini: My Confession.

Tetapi menurut aku, sepatutnya penyembelihan harga tersebut tidak berlaku sekiranya mereka menggunakan kuasa pengguna seperti yang telah termaktub. Sebenarnya, aku pun bertindak apabila kena tipu dengan supermarket GIANT dulu. Cuma dua saja, tebalkan muka dan stand for your right.

Pada aku, senarai harga yang jelas terpampang boleh dijadikan satu perkiraan awal untuk mengambil setiap lauk yang ada. Dan seperti biasa, aku tahu, ramai yang tak ambil peduli pada bendalah ni.

Nasi Briyani + Gulai Kambing

Nasi Kandar Biasa

Berkenaan Hamediyah ni, aku jarang ke Kedai Utama dia di Campbell Street. Tetapi memandangkan Hameediyah ada membuka cawangannya di Relau, berdekatan saja dengan tempat kerja aku…. Apa lagi.. memang syoor lah!


View Hameediyah Restaurant in a larger map

Selalunya, aku kalau ke Hameediyah, memang akan ambil Briyani dia. Untuk Briyani Ayam (set), harganya dalam RM7.50 kalau tak silap aku. Set ni ada bezanya.. Ada ayam, daging dan kambing. Apa bezanya?  Untuk hidangan set, lauk tadi ditanak sekali dengan nasi, jadi, ia bukan ayam/daging/kambing goreng lah… Jadi, rasanya memang dalam kelas tersendiri.


Untuk save budget, selalunya aku akan amik nasik briyani saja. Tapi lauknya, round-the-world aku taruh. Nasi briyani sepinggan cuma RM1.50-2.00. Jadi, pandai-pandailah ikut suka pilih lauk untuk tak nak bagi lebih daripada RM5.00 sepinggan.

Sesetengah orang memang tak boleh blah makan rempah-rempah ni terutamanya nasik kandar. Tapi kalau dah datang Penang, apa salahnya mencuba kan?

P/S: Dah masuk Johor, tapi tak pernah pekena Nasi Briyani Gam dan Laksa Johor.

facebook comments:

5 thoughts on “Penangan Briyani Hameediyah

  1. ..gua baru baca pasal ‘penyembelihan harga’ tu, ini semua awareness kita sebagai consumer, setiap restaurant mesti pamer tanda harga…

    bro, beriani gam dgn beriani dam adalah dua hidangan berlainan, beriani dam lebih popular di singapura dgn periuk nasi ditanak dgn dua belah api (atas dan bawah) dan lebih kepada hidangan popular Asia Selatan.

    beriani gam adalah kombinasi nasi dan daging sekali masak dlm sartu periuk dan mengikut tradisi Asia Tengah (arab laa… arab – kata P. Ramlee)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge