Penang Free: Cari Pasal


Aku adalah seorang Old Free.

Old Frees merujuk kepada sesiapa yang pernah bersekolah di Penang Free School (klik). Sebuah sekolah Inggeris tertua di Asia Tenggara yang diasaskan pada tahun 1816 dan sebenarnya lebih lama dari Victoria Institution yang media gembar-gemburkan sekolah tertua di Malaysia. Jadi, kepada wartawan-wartawan yang landing atas page ni… Study dulu la history betul-betul sebelum masuk artikel surat khabar. Apa da…. – (aku tujukan kepada wartawan yang tulis kata VI adalah sekolah tertua di Malaysia tu!)

Sebenarnya, aku tak hingin nak buat entry-entry berkaitan dengan politik dalam blog aku ni. Tapi, nampak gayanya aku memang dah tak boleh bersabar.

Kes tulisan jawi yang terpampang besar di hadapan sekolah telah dimuatkan di blog Lim Kit Siang tak lama dulu. Ya.. Memang dah lama pun. Malangnya, tiada satupun blog Old Frees yang defend benda ni. jadi, setelah aku buat web OFMA. Benda ni aku ulas. (klik untuk baca). Di blog-blog lain yang aku pernah ulas, mungkin aku terpaksa menapis perkataan atau lenggok gaya percakapan dah nak macam ahli politik bercakap, tapi di blog aku yang bebas ni, skop penulisan aku lebih bebas. Jadi, suka hati aku la nak tulis macam mana pun.


klik untuk membaca dengan jelas

Sebenarnya, isu ni sejuk di blog Lim Kit Siang. Tapi baru-baru ni yang tak best betul bila Putera MIC (ditandatangani oleh junior aku, dengar cerita masa kat sekolah dulu selalu act macam hero) masuk campur ala-ala macam style Padaiyappa. Tu yang buat aku betul-betul tak puas hati. Tulisan berbaur ugutan tu betul-betul buat aku panas.

  1. Tuan Mahaguru58 membidas kenyataan Putera MIC tersebut dengan satu artikel keras yang aku sokong. Klik sini untuk membaca.
  2. Dr. Novandri pula membidas surat ugutan Putera MIC tu di gelanggang politik beliau. Terima Kasih Dr. (bila kita nak pi makan nasik kandag beratog lagi?) – Klik sini untuk membaca.

Kenyataan Tuan Mahaguru58 tu sebenarnya telah dijawab oleh ‘superior’ atau yang lebih senior daripada Putera MIC yang gatal tulis surat tu sendiri di facebook notes beliau (klik untuk baca) dan ruangan komen Mahaguru58.

Tapi di facebook, beliau silap besar. Akulah Melayu pertama mencelah di puluhan komen di situ untuk beri statement aku. Peduli apa aku. Memang aku suka cari pasal kalau benda tu dah confirm aku menang. Tapi aku kecewa jugak dengan Old Frees Melayu yang lain (aku rasa mereka lebih berjaya dari aku, super duper berjaya) dan atas sebab itulah aku rasa mereka tak amik port pun benda-benda jawi ni. Tapi pada aku… No way I’ll let others to step down Jawi’s dignity.

Aku snap komen-komen aku sampai situ saja. Kalau ada komen-komen lain yang mencelah masuk lepas ni, aku malas amik port. Kenapa?

Mereka semua yang komen kat situ:

  • Tak reti beza BAHASA JAWI dan TULISAN JAWI
  • Tak baca sejarah (gua suspek, depa semua fail sejarah SPM. Takpun menipu)
  • Tak hormat perlembagaan malaysia
  • Tak reti bahasa
  • Tak paham bahasa
  • Tak baca perlembagaan negara. Dah terang-terang tulis: BAHASA MELAYU ditulis samada menggunakan TULISAN JAWI ATAU RUMI. Sebab tu aku kata depa semua ni tak paham bahasa.
  • Refer: sini untuk Bahasa Melayu (world recognition) writing system

Jadi, sila study habis-habis Artikel 152 Perlembagaan Malaysia sebelum nak pertikaikan tulisan jawi di pintu pagar sekolah aku! Eh, bekas sekolah aku. Kalau sekolah aku, dah lama aku jual. Baru padan dengan muka semua!

“Artikel 152 Perlembagaan Malaysia menyatakan bahawa bahasa kebangsaan merupakan bahasa Melayu. Walau bagimanapun, perlembagaan menjamin kebebasan pembelajaran dan penggunaan bahasa-bahasa lain, kecuali di atas tujuan-tujuan rasmi. Tujuan-tujuan Rasmi di sini bermakna apa-apa tujuan kerajaan, samada negara atau negeri, dan termasuklah apa-apa tujuan penguasaan awam. Untuk penguatkuasaan ini, semua prosiding mahkamah dan dokumen-dokumen parlimen dan mesyuarat-mesyuarat mesti dilakukan di dalam bahasa Melayu.

Tulisan rasmi bagi bahasa Melayu juga dinyatakan di dalam Artikel 152 sebagai rumi atau tulisan Latin. Walau bagaimanapun, penggunaan Jawi tidak dilarang.” – wikipedia

Bottomline:

Nampak kan aku komen apa kat bawah sekali tadi tu. Isu ni telah dipolitikkan. Gua tak kira dipolitikkan dari side mana. Itu gua tak peduli, yang penting…. Bila benda ni telah dipolitikkan untuk kepentingan diri sendiri… Atau dengan lebih tepat lagi semata-mata nak raih populariti diri sendiri dengan menggunakan platform politik…. melibatkan bekas sekolah gua pulak… Memang boleh membuatkan gua bagi penendang……… kat dinding.

Kalau lu tak puas hati dengan statement gua, lu sound la kat komen section! Lepas tu boleh gua cari pasal lagi.

p/s: Gua rasa bangga la pulak gambar school gate tu terpampang kat merata cerok sekarang. Tapi sikit pun orang tak kredit gambar tu diaorang cilok dari web OFMA. Lu tau ka, penat gua tunggu tengah-tengah divider Greenlane tunggu jalan clear dari traffic jam semata-mata nak snap gambar school gate tu. Bagila kredit sikit kat blog OFMA. Kat gua pun takpa… Owh, lupa.. Gua cilok kamera Canon EOS 40D Shahrul untuk amik gambar tu.

Fortis Atque Fidelis

Free School For The Brave and For The True!!!!!

————————————————
1 Hari 1 Entry Blog Marathon
entry #20/30
Abang Ben, gua post awal sehari sebab esok sibuk sikit
————————————————

facebook comments:

8 thoughts on “Penang Free: Cari Pasal

  1. Kutuk BTN statement racist? Yup. Yang itu aku setuju. Aku dah pernah pergi BTN tahun 2005 dan memang ketara semangat perkaumannya.

    Aku sendiri yang berketurunan melayu banjar + bugis ni rasa malu dengan cara penceramah BTN (bukan fasilitator atau komander, dorang profesional) ketika memberi ceramah.

  2. @nenek
    BTN – Biro Tata Negara

    @hans
    dah lama dah pun dengan adanya SMK dan SRK. Masalahnya, kenapa bangsa lain masih nak SJKC, SKJT dan seangkatan dengannya? Aku pun pelik. Orang Melayu takder masalah pun duduk kat SMK dna seangkatan.. Boleh berjaya jugak.

  3. Hello there Old Free Muslim,

    saya nie asai kat Tepen, Perak.. dan memang mengakui PFS adalah sekolah yang terawai kat asia tenggara nie.

    saya dari King Edward VII School, Taiping yang diasaskan pada 1883 dengan nama Central School dan pada 1905 nama ditukaq kepada King Edward VII School.

    salam persahabatan dari Taiping.

    Magni Nominis Umbra

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge