Pemuda Melayu Dan Teknologi


Malam ni, aku tak ada mood sangat sebab pening macam nak demam. Cuma, sempatla berziarah rumah jiran aku yang merayakan Deepavali hari ni, tu pun aku p rumah diaorang pukul 9 malam, sama ngan tayangan Sivaji The Boss. (Best tu!)Aku perhatikan, pemuda Melayu sekarang ni masih ketinggalan dalam teknologi terutamanya yang berusia 27 tahun ke bawah. Kebanyakan yang pakai komputer pun sebab kat opis kena buat dokumen. Yang pakai notebook + wireless device untuk broadband pun… Maafla aku cakap, semata-mata nak menunjuk aja, kalau kantoi apa-apa program dalam notebook tu, mula lah menggelabah biawak!

Sepatutnya, sekiranya mampu untuk beli semua tu, sepatutnya dada tu isilah sikit dengan apa-apa ilmu yang patut sebagai asas. Tak jadi pakar pun tak apa, asalkan TAHU. Untuk pemuda yang tak mampu pula, jangan risau. Dengan pembacaan bahan ilmiah ataupun majalah teknologi, sedikit sebanyak ia akan membantu terutamanya dalam bidang pekerjaan.

Kalau bercakap bab ‘handphone’, pemuda Melayu tak kalah. Handphone baru masuk pasaran Malaysia pun, dia dah ada. Hebat! Tapi, tak hebat lah kalau dalam phone tu penuh dengan video orang tak ada duit beli baju…

Ayuh pemuda, bangun dari tidur dan kejarlah ilmu dunia dan akhirat!

facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge