Pedalcase Sold!

Pedalboard with HD500 and Boss stomboxes

Akhirnya, Custom Pedalcase yang boleh transform jadi pedalboard yang bersaiz Panjang x Lebar x Tinggi (bahagian dalam) 68cm x 42cm x 8cm ini akhirnya terjual pagi tadi dengan harga RM230.00 (aku iklankan dengan harga RM280.00). Memula selepas potential buyer berbalas sms dengan aku malam semalam, aku ingatkan dia dah cancel niat memandangkan pedalcase ini bersaiz ‘bagak’, sekali aku terlepas 3 sms pagi ni minta berjumpa untuk COD. Jadi, aku bawak sekali pedalcase ni dalam Cik Elle untuk ke pejabat (ya, aku kena kerja hari ni, ada breakdown). Jadi, sementara nak sampai opis, aku singgah bagi pedalcase ni kejap.

Pedalcase ini disambar oleh Bro Arman, tauke Signature Studio (tingkat 3, sebaris dengan Kopitan Cafe, depan gate Sungai Dua USM). Tujuan utama adalah untuk carry Line 6 Pod HD500 beliau. Cuma beliau pun berpendapat, satu bonus features bila beberapa biji stompbox lepas masuk dalam pedalcase ni. Untuk bro Arman, (kalau terbaca entry ini), boleh terus contact Tolyn Dayana (yang dok buat waterslide decal tu) untuk tempah custom Insignia (kalau tak berkenan insignia Ibanez tu). No telefon boleh sms saya kalau nak.

Dan seperti yang dijangka, soalan “biar betul hang dah retired” keluar dari mulut Arman. Dan sememangnya memang aku retired dari jamming kat studio. Sebab utama adalah aku tak terer main dan sebab kedua kena merujuk kembali sebab pertama. Hahahaha…

Semoga pedalboard+case tersebut dapat berbakti secara total kepada Arman.

facebook comments:

2 thoughts on “Pedalcase Sold!

  1. Pingback: Jamming Set Untuk Dijual | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge