PC Gaming

Suramnya side panel aku, dulu meriah dengan lampu neon dan UV lightings

Walaupun aku katakan zaman video game pc di Malaysia ni hampir mati (aku rasa dah mati), Aku tetap dengan keinginan aku untuk memperbetulkan setup rig atau personal dekstop aku. Walaupun PC aku dah tak semeriah dulu, aku tetap ‘hidup’kan PC aku dengan benda-benda baru agar ia tak mati begitu saja, walaupun ramai kawan-kawan aku yang dah slow dengan benda-benda PC ni atas sebab dah tua, memberi perhatian kepada hobi baru seperti jamming, main mountain bike, hiking, memancing ataupun masuk rancangan kilauan emas.

 

Tak mampu beli Xbox 360, aku beli gamepad yang mangkag punya ajalah

Gamepad cap ayam

Gamepad. Sebenarnya aku dah ada gamepad, Logitech Dual Action Gamepad yang sebenarnya aku hilangkan sendiri (terima kasih kepada Mrs Speedrider kerana tolong carikan, ha ha ha!!!). Bila aku beli gamepad baru ni, jumpa pula gamepad lama, dah jadi 2 bijik gamepad yang ada kat desktop aku. Best kalau main PES 2012 2 orang, malangnya Mrs. Speedrider tak minat main game. Jadi, aku simpan 1 player lagi bila Muhammad Qayyum dah besar sikit, boleh lawan PES ataupun FIFA dengan aku nanti..

Walaupun gamepad baru dan lama ni dua-dua ada vibration, aku tak pasti kenapa game-game baru tak bagi respon untuk bergetar. Contohnya, untuk game SBK X, Logitech Dual Action tu bagi respon untuk vibrate, tapi untuk SBK Generations, langsung tak bergetar. Jenuh la aku nak cari di mana silapnya. Masalah kedua, bila dah ada 2 gamepad dalam 1 PC, walaupun driver dan aplikasi untuk run gamepad ni berlainan, macam ada konflik la pulak. Dalam SBK Generations misalnya, kalau aku set Controller 2 sebagai main controller, sekali aku nak kena tekan Button 1 di Controller 1 (gamepad baru cap ayam) untuk fungsi accept (ENTER). Kan dah bercelaru!

 

Cooler Master Xtra Flo

Untuk exhaust fan, selalunya aku suka tengok nilai CFM yang besar

Cucuk kat mobo atau PSU terus

Ada vibration damper!

Buruknya CPU Fan Intel i5… Ish……

CM Xtra Flo in action

Cooling System. Selepas bosan dengan set watercooling, aku kembali menggunakan sistem penyejukan konvesional – fan cooling. ada 2 brand yang tak berapa mahal tapi stylo untuk aku pilih iaitu Cooler Master dan Thermaltake. Untuk peringkat awal dulu, kebanyakan cooling system aku prefer Thermaltake. Selepas kejatuhan zaman PC ni, di kebanyakan kedai biasanya cuma ada brand Cooler Master (habis cool la ni) dan beberapa brand cap ayam lain. Tengok harga yang aku beli tu – RM39.90. Kalau aku beli kat Trade Zone Lowyat.net, boleh dapat dalam harga RM30.00-33.00. Dulu masa zaman modding PC ni berkembang pesat, harga semua brand memang kompetitif. Jadi, pada masa zaman kejatuhan ni, aku rasakan Cooler Master dah mula mendominasi kedai-kedai komputer tahap Ah Beng ni dengan harga-harga yang kembali mahal.

Biasala konsep perdagangan (penawaran dan permintaan). Ikutkan teori, semakin banyak permintaan akan semakin banyak pengeluaran dan harga akan stabil, tapi di Malaysia ni (Only In Malaysia!) terbalik, benda yang laku itu lah mahal dan benda yang tak laku itulah murah. Ha ha ha oh Malaysia……

So, siapa lagi yang masih menjaga PC nya sebaik dan masih cool ala-ala Gaming Rig?

facebook comments:

One thought on “PC Gaming

  1. Pingback: Sapphire ATI-Radeon HD5450 | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge