Pasar Karat Ipoh – Loken Rules!

Memory lane Ipoh Ini pertama kali aku menjejakkan kaki ke pasar karat paling terkenal di Perak. Aku rasa, semua peminat barang lama dan terpakai mengatahui kewujudan Loken Ipoh. Ada yang panggil Lokin. Tak kisahlah mana-mana sat pun korang nak panggil asalkan ia bermaksud benda yang sama. Memandangkan selama ni aku ni macam katak di bawah tempurung, aku cuma tahu pasar karat kat Penang saja iaitu Ropewalk atau pelat tempatan panggil Roadwalk. Tak tahulah Loken ni apa maksudnya. Ada yang kata pasal nama jalan tu Jalan Loken. Ada yang kata pasal dulu ada supermarket nama Pasaraya Lok Ing. Apa-apa sajalah!   Buskers Loken Ada jugak buskers dekat area kaki lima Loken ni. Boleh la layan-layan sikit. Ada can nak mendengar suara geng-geng reject dari Akademi Fantasia takpun Kilauan Emas. Hahahahaha.   Ais Kepal LokenAntara yang menarik di Loken ni, ada gerai jual Ais Kepal. Kat sini panggil Ais Bulat. Harga boleh tahan jugak la dah nak sama dengan harga ais kacang aka Air Batu Campur.   Kaset LokenLego Minifig LokenLP Piring Hitam Rock Loken Antara sebab utama aku kalut sangat nak ke Loken adalah disebabkan LP dan kaset ni lah. Tapi rasanya semua seller dah tahu benda ni mendapat permintaan tinggi. LP Meditasi condition nak barai pun harga dah RM250-RM300. Aku dengar pun dah sendawa. Kaset pun lebih kurang, kaset ciplak pun harga RM25.00 ke atas. Last-last tengok sajalah….   Pasar karat Loken Keluasan Loken ni, memang aku tak jangka la kan. Ingatkan dalam besar-besar Ropewalk Penang saja, sekali amik kau, berpeluh ketiak jugaklah nak berjalan. Besar nak mammmmm tempat ni.   Seterika Arang LokenAntara barang yang dikategorikan antik seperti seterika arang ni pun ada jual. Aku nak tanya harga pun tak berani sebab kebanyakannya tembaga dan berkemungkinan besar, harganya konpem mahal. Ok dah tahu dah tempat ni, lepas ni konpem kena bawak duit lebih sikit kalau ada yang aku berkenan nak beli. Kali ni, pergi ronda-ronda jamu mata sajalah.

facebook comments:

3 thoughts on “Pasar Karat Ipoh – Loken Rules!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge