Semakin berjaya dan makan pun semakin lalu…..
Popularity: 5% [?]

Setelah ura-ura kemunculan Suzuki 2010 yang lalu, dengan ini Indonesia telahpun melancarkan Suzuki Titan 115 yang hampir sama dengan Suzuki Smash Revo 110.
Berdasarkan laporan di Kompas Otomotif, Suzuki Indonesia mensasarkan penjualan model ini sebanyak 105,000 buah motosikal sehingga hujung tahun 2010 (sumber). Satu target yang amat berani dari Suzuki Indonesia.

Suzuki Titan 115
| DIMENSI | ||
| Panjang Keseluruhan | mm | 1.930 |
| Lebar Keseluruhan | mm | 655 |
| Tinggi Keseluruhan | mm | 1.050 |
| Jarak Antara As Roda | mm | 1.240 |
| Jarak Mesin ke Tanah | mm | 140 |
| Berat Motor | kg | 100 |
| Tinggi Tempat Duduk | mm | 755 |
| MESIN | ||
| Jenis Mesin | 4 tak, SOHC | |
| Sistem Pendinginan | Pendingin Udara | |
| Sistem Starter | Listrik dan Engkol | |
| Sistem Pelumasan | SALCS (Suzuki Advanced) | |
| Karburator | Mikuni VM 18SH | |
| Silinder x Langkah Piston | 51.0 x 55.2 | |
| Kapasitas mesin | cc | 113 |
| Daya Maksimum | ps/rpm | 8.4/8,000 |
| Torsi Maksimum | Nm/rpm | 8.9/5,000 |
| Perbandingan Kompresi | 9.5 : 1 | |
| RANGKA | ||
| Ukuran Ban Depan | 70/90-17M/C 38P | |
| Ukuran Ban Belakang | 80/90-17M/C 44P | |
| Velg | Jari-jari | |
| Rem Depan | Tromol | |
| Rem Belakang | Tromol | |
| Kapasitas Bagasi | L | 8 |
| SISTEM LISTRIK | ||
| Jenis Pengapian | Suzuki DC-CDI | |
| Busi | NGK C6 HSA/ ND U 20 FS-U | |
| Accu | 12 Volt / 5 Ah | |
| KAPASITI | ||
| Kapasitas Tangki Petrol | L | 4,3 |
| Minyak Enjin (Penggantian) | ml | 800 |
| Minyak Enjin – (Penukaran Filter) | ml | 1000 |
Kami menantikan model tersebut untuk berada di jalan raya Malaysia!!!
*gambar dan sumber berita daripada Kompas Otomotif, Indonesia.
*spesifikasi daripada Suzuki Indonesia.
Sebuah iklan menyakitkan hati (geram tengok, hahaha) line-up Special Edition, Suzuki Night Rider dari Indonesia.
Popularity: 7% [?]
Aku mengenali Roll (vox, guitar Nrocinu/Unicorn) sejak aku mula search video jamming lagu Kenangan Bersamamu (lefthanded). Aku pun tak kenal Roll masa tu sebab dia tak botak lagi. Hahahaha~
Review ni terperam lama sebab ada masalah teknikal yang tak dapat diselesaikan. Okeylah, CD album ni tersangkut dalam CD Changer kereta abang aku dan aku tak dapat keluarkan untuk satu tempoh yang aaaamat lama. Review tersangkut sebab aku tak dapat ambil gambar CD seperti gambar kat atas. Jadi, hari ni dah dapat keluarkan CD tu, mulalah aku nak menulis.
Terus terang, aku tak tengok pun Rock Unite. Jadi, aku tak tau dan kenal Nrocinu, dan jugak Unicorn. Aku cuma tau, nama Roll ni dalam Youtube ialah Kamarul dari Kuittho. Jamming bebudak U, macam biasa yang kita asyik search dalam Youtube.
Berikut ialah info yang aku ceduk dari Facebook Unicorn, 2010:
“UNICORN in 2010 has returned to its roots!
Starting as Unicorn in 1996, the band evolved to be known as Nrocinu in 2002 which during this watershed period, saw their entry into the mainstream music industry.
Nrocinu was crowned the winner of Rock Unite 2006 (the rock band reality television show), was signed up by independent record label, Rock Unite Music, and went on to release their debut album called ‘Keamanan’ in 2008 which was launched at the TM Merdeka Countdown 08 to an audience of 10,000 people.
In 2009, Nrocinu was judged as a finalist in the Anugerah Industri Muzik (AIM) 16 for their album ‘Keamanan’ which garnered a nomination in the Best Rock Album category.
In 2010, starting the year afresh, Nrocinu now returns to its root as UNICORN, fronted and headed by Roll, who has been the pivotal person in the band from the onset.
UNICORN’s genre of music remains in the realm of rock, ranging from their roots of metal rock to progressive rock. In their evolution as a band, UNICORN now has in its repertoire, songs and music in the style of indie and pop rock…as part of their appeal to a broader market of music lovers.
ROLL remains as the driving force for UNICORN – as vocalist, guitarist, composer, lyricist and arranger, and will be joined on stage by fellow musicians ZUL (guitarist/shredder), YUNUS (bassist) and ADDY BUANG (drummer). They continue to live up to their reputation as an interesting live stage band not to be missed.
Milestone:
Review Aku:
Album Keamanan ini mendapat sentuhan Mus May sebagai producer dan Shahrum Shah sebagai Executive Producer. Rakaman dibuat di Sinar Studio. Line-up Nrocinu untuk album ini ialah:
Lagu-lagu dalam album ini ialah:
Lagu pilihan aku semestinya Pengganas dan Pendekar Tangan Berapi. Dalam album ini, dan juga show-show yang Nrocinu perform, kerapkali disebut lagu Pengganas ditujukan kepada Israel. Lagu ini keras, mantap, laju dan menarik sebagai intro song dalam album. Sebab tu aku suka.
Aku rasa mungkin ramai bersetuju kenapa aku suka lagu Pendekar Tangan Berapi. Lagu yang melayakkan mereka diisytiharkan sebagai pemenang, Best Guitar Riff Category, VIMA 2008 (Voize Independent Music Awards, 17 Jan 09.
Album ini turut memuatkan beberapa lagu slow sikit rentaknya seperti Kenangan di KUiTTHO (aku tak suka langsung, hahaha… Roll saja tau kenapa aku tak suka), Keliru (dah nak macam pop rock sikit masa memula lagu.. lepas tu baru ada heavy distortion) dan sebuah lagu instrumental The Fandango Of Life.
Apa yang aku tak berkenan ialah dengan ‘selitan’ dua lagu dari band mana ntah dalam album ni. Aku faham dengan strategy syarikat rakaman yang taknak menanggung kerugian dengan menerbitkan album dengan lagu yang sedikit.. Tapi, ntah.. aku tak suka.
Dan bila tiba tahun 2010, aku dikejutkan dengan perubahan line-up besar-besaran dan nama Nrocinu kembali kepada Unicorn. Aku sedih. Nrocinu is a great band! Hanya Roll yang mampu menjawab semua itu kerana yang lain-lain diam saja. Mungkin komitmen masing-masing dah berubah, dan macam-macam lagilah. Setakat ni, susah aku nak tengok band terus hidup. Wallahualam….
Apa-apa pun, aku berharap UNICORN akan terus berjaya dan terus metal!
Popularity: 5% [?]
Dah lama aku tak rasa best bila baca buku. Buku hard-cover dengan intisari yang penuh gambar tentang cara-cara nak sembahyang, mandi mayat, tayammum dan segala-galanya tentang Fardhu Ain dilengkapkan dalam satu buku yang amat menarik sekali; aku suka. Buku Fardhu Ain yang terakhir aku baca secara jujurnya ialah buku PAFA, pada Tingkatan 5, 10 tahun yang lepas.
Aku ingat lagi, hujung tahun lepas, aku dah terkeliru hukum air sembahyang batal atau tidak bila terkena tahi cicak. Macam biasa, aku SMS ustaz aku; Ustaz Shuhaimi (Penang Free School) untuk mensahihkan pertanyaan aku; sekali kena pelangkung dalam SMS balasan; “Aik Musyrif, Rujuk balik PAFA kamu 10 tahun lepas!”
Adeh, kena aku se-das.
Demi masa, sesungguhnya aku memang dalam kerugian. Semoga buku ni dapat mengingatkan aku tentang perkara-perkara asas yang aku lupa.
Jam yang keberapa puluh untuk aku. Aku suka. Hehehehe… Jam ni mengiringi buku Indahnya Hidup Bersyariat tersebut. (Ustaz Ismail Kamus, Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid)
Terima kasih Nurul Izzah untuk hadiah-hadiah tersebut. (Ni hadiah ka, perli? Hehehehe)
Popularity: 5% [?]
Rata-rata aku rasa hampir kesemua bikers dah tahu tentang syarat yang SIRIM letak. Bukan syarat kelulusan yang aku nak ulas, tapi transparency SIRIM dalam mendedahkan sejauh mana keputusan ujian ke atas semua jenis helmet yang terlekat pelekat SIRIM.
Kebanyakan pembaca di Malaysian Bikers Community sudah tentu membaca laporan Lawatan Ke SIRIM pada hujung tahun 2009. Selain diberi satu pendedahan, lawatan ini turut mendapat liputan media (klik).
Aku tak minta semua orang pakai Arai Ram-III ataupun apa-apa lagi brand helmet yang tak masuk akal harganya. Aku jugak tak mintak semua rider beli helmet yang mengada-ngada design dia… Persoalan tentang helmet Apollo (SGV) dan MS-88 seperti yang dipakai oleh brader kat atas ni amat misteri. Seperti yang dipertikaikan oleh ramai pihak tentang pelepasan yang diberikan kepada helmet-helmet yang nipis macam telur ayam ini, ramai yang masih mengharapkan SIRIM dapat memberi satu senarai penuh, bagaimana helmet ini boleh lulus.
Bayangkan, helmet ini boleh terkeluar dengan mudahnya dari kepala kerana padding sponge yang digunakan paling minimum.. Bayangkan pulak, bagaimana kebanyakan pengguna helmet ini lebih suka tidak mengikat tali keledarnya, walaupun talinya panjang berjela. Atas alasan style? Ini realiti, perhatikan pengguna helmet jenis ini, kebanyakannya memang tidak mengikat tali keledarnya.
Apa-apa pun, tepuk dada, tanyalah poket, nyawa, diri sendiri, orang yang anda sayang dan sebagainya…. Aku tak mintak apa-apa.
(Pipi, muka lu lagi rempit dari Farid Kamil, pesal lu tak dapat watak?) tak pasal-pasal aku kena letak watermark untuk pipi sebab pinjam gambar tak bayar royalti.
Alhamdulillah, cerita tentang RSSM: Round Solo Satu Malaya telahpun disiarkan di Majalah Permotoran Terulung di Malaysia; Roda-Roda. Terima kasih kepada Editor (Big Boss) Roda-Roda; Tuan MYB kerana sudi menyiarkan artikel tersebut. Dapat juga berkongsi pengalaman dengan rider-rider yang tak online.
Dan yang aku heran (dan terkejut jugak), Suzuki turut menyiarkan iklan Belang R 150 stripe terbaru di mukasurat kedua, dan review Superbike Suzuki untuk tahun 2010 dalam isu majalah yang sama. Dan yang paling menarik kebetulannya, Artikel RSSM disiarkan di mukasurat 46; no Valentino Rossi tu. Huhuhuuuuu….. Kebetulan yang tak disangka. (hensem jugak aku masuk majalah yerk, walaupun botak… ngeh ngeh ngehhhh)
Dan aku tak minta, yang paling manis…. Artikel tersebut disiarkan untuk bulan Jun, dekat saja dengan tarikh aku menjadi setahun lebih tua; 29 May 2010 .
Ya Allah, aku bersyukur dengan nikmat, pengalaman, rezeki dan pemberian yang telah engkau berikan pada aku selama ini. Alhamdulillah.
Terima Kasih.
Popularity: 7% [?]