Speedrider Networks

    sebuah blog yang hampir-hampir terlebih laju
    | More

    Semalam, jatuh pada Tahun Baru Cina, aku ucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada semua pembaca dan juga sahabat-sahabatku yang berbangsa Cina. Bersempena tahun Harimau ni, walaupun tak ada kena mengena, aku sendiri yang menamakan motor aku ni sebagai Pak Belang, mengambil sempena gelaran Harimau Belang.

    Dengan pertambahan 2 lagi ahli baru dalam keluarga pemilik Suzuki Belang R 150, kami mengalu-alukan perhimpunan warga pemilik Suzuki Belang di Pulau Pinang agar dapat bersama-sama dalam setiap aktiviti yang kami jalankan. Buat masa ini, sessi TTS dijalankan setiap minggu di sekitar Butterworth dan Bukit Mertajam.

    Biasanya perjumpaan diadakan untuk membincangkan aktiviti dan masalah-masalah yang dihadapi oleh owner la, memandangkan masih banyak kedai yang tidak mengetahui wujudnya jentera ni di bahagian Utara Malaysia. Amat menyedihkan apabila negeri yang terletaknya Service Center Suzuki sendiri, tetapi owner Suzuki Belang teramat kurang. Jadi, di mana silapnya?

    Sehingga ke hari ini, perbincangan yang diadakan dari minggu ke minggu, sekiranya diambil peduli oleh bakal-bakal pengguna baru Belang R adalah amat menakutkan. Kos spare-parts, kerosakan chain tensioner, harga camshaft dan lain-lain sekiranya diambil kira, boleh dianggap terlalu tinggi. Bayangkan, intake cam dan exhaust cam original dari Suzuki berharga hampir RM1000.00 sedangkan barang yang sama, sekiranya dibeli terus di Surabaya adalah lebih kurang RM400++. Margin harga yang amat tidak masuk akal. Kami bernasib baik kerana mengenali rakan-rakan peniaga yang dapat memberikan info-info ini dan seterusnya dapat membeli barangan tersebut sekiranya keadaan mendesak.

    Kenapa spefisifikasi asal Belang R 150 menyatakan main jet size ialah 112.5 sedangkan apabila diperiksa, ia bersaiz 110? Masalah spark plug kelabu/putih pada belang standard adalah bukti betapa Belang R 150 standard yang dipasarkan mengalami masalah ‘tak cukup minyak’.

    Maka dengan itu, satu kelas mengenali enjin jentera ini telah dianjurkan oleh mereka yang arif dan disertai secara beramai-ramai oleh pemilik-pemik Suzuki Belang R 150. Berdikari lebih baik daripada mengharap buah yang tak gugur-gugur, betul tak?

    Semoga tahun Harimau akan membuat semua pemilik Belang lebih berdedikasi dalam mengenali jentera masing-masing.

    Popularity: 13% [?]

    | More

    Bunyinya memang tak masuk akal dan merepek. Tapi sebenarnya, group ni adalah suka-suka saja yang telah dibuat di Facebook. Ada spoof-nya di sini. Sesiapa yang dok rajin belek Facebook, dah tentu perasan dengan benda-benda yang aku akan cakap ni:

    • Ada group “HATERS” – Kalau lu benci ngan orang tu atau orang ni, lu buat ini group.
    • Ada group “LOVERS” – Vice-versa dengan yang atas.
    • Ada group “HOAX” – Macam-macam yang ni, ada yang pasal fesbuk nak kena charge la, dapat item free la, dan sebagainya….
    • Ada group XXX – Pepaham ajalah, nama pun Social Networking Site.
    • Ada group Ntahapapapa – Macam group kelab Hantu Nasik Kandaq Nasional. Hahaha….



    Tapi, dalam saja-saja nak test market dengan group tu, tak sangka pulak dalam ramai-ramai member-member “pernah jumpak” dan “tak pernah jumpak” aku tu, rupanya memang ada yang betul-betul Hantu Nasik Kandaq dan fanatik. Malah pasal ejaan pun jadi isu. Hahaha, at least benda ni betul-betul just for fun.

    Yang sporting pun ada, tolong post ‘port-port’ rare Nasik Kandag seluruh Malaya pun ada (termasuk Ijau yang berkongsi pengalamannya sepanjang dia duduk kat Penang dulu). Sekurang-kurangnya, semua pencinta Nasik Kandaq dapat berkongsi pengalaman dan  apa-apa sajalah berkaitan dengan Nasik Kandaq. Senang saja, masuk Facebook dan search Kelab Nasik Kandaq Nasional untuk join dan sama-sama menyengalkan diri kat situ.

    Popularity: 6% [?]

    | More

    Tengah hari ni, aku ngan officemate semua dah tak keluar lunch sebab dah sekali harung makan berat terus pagi tadi. Apa lagi kalau bukan di Nasi Kandar Kampung Melayu.

    Berlemoih macam biasa, tapi sedap pun macam selalu jugak. Hehehehe…


    View Nasi Kandar Kampung Melayu in a larger map

    Popularity: 5% [?]

    | More

    Memandangkan Ijau telah memberikan statement berikut di dalam ruangan komen Wings – Orang Asing, maka gua terpaksa mengeluarkan khazanah lama gambar-gambar yang gua pernah ambik dulu.

    Komen Ijau berbunyi:

    1. Hahaha… mana ada org beli/pasang/guna EMG humbucks utk main clean tone. sbb tu aku suka default/stock pickups yg kdg2 lg ‘nyaman’ dan versatile drp branded aftermarket pickups. Jgn salahkan mesin, salahkan org yg guna mesin hehehe.

    2. RGR321EX comes with ibanez INF1/INF2 pickups bkn EMG, blh rujuk web ibanez ni. Yg guna EMG tu model RGT6EXFX

    Ya, betul RGR321EX datang dengan INF pickups, tapi itu untuk the latest productions. Hehehhehe.

    Aku tak peduli semua tu sebab aku dapat yang antara 1st batch punya RGR321EX. Walaupun Designed by EMG, tapi…….. Janji ada perkataan EMG. =p

    Owh, dan Pickups switching aku cuma 3-way saja, bukan 5-way seperti model baru sekarang.

    Semoga Encik Ijau dapat menerima kenyataan walaupun pickup guitar saya yang cap ayam ni bukan EMG 81/85 yang lebih metal, pickup saya tetap Designed by EMG jugak….. (walaupun cap ayam punya EMG, janji ada perkataan EMG)

    P/S: Zan, gambar arwah Ijan yang amik gambar dengan gitar ni lepas abang Joe sign tu, hang ada simpan tak? Kalau tak silap aku malam tu arwah pakai kamera dia.

    Popularity: 5% [?]

    | More

    Berikut ialah unreleased videos yang aku tak pernah upload pun semasa RSSM haritu.

    Masa ni di Senawang. Dah pukul berapa pagi pun entahlah… Cakap pun dah lalok sangat. 1 Januari 2010 di rumah Firuz. Sugar Glider ni best, tapi mahal giler.

    Ni masa aku tersangkut di Senawang sebab letih haritu. Last-last sambut New Year 2010 dekat kedai mamak ajer. Hahahaha…..

    Ni masa kat JB. Commentator ialah Amin. Entah apa-apa la yang dia dok merepek. TQ Amin!

    Video yang paling aku suka sebab aku nampak macho jugak pakai full face ni. Wakakaka.. Masa kat Mersing, time ni, memang meroket habis-habisan sebab nak mengelakkan malam sebelum sampai JB.

    Related Posts with Thumbnails

    Popularity: 2% [?]

    Powered by WordPress Web Design by SRS Solutions © 2010 Speedrider Networks Design by SRS Solutions