Opera Hidup Rockestra

Dem!!! Bersawang blog aku! Punya la lama tak hapdet. Artikel ni pun sebenarnya terperap dalam draft blog, terlupa nak publish! Semua ni sebab aku sibuk gila lepas balik tengok konsert tu, tak sempat nak publish. Harap-harap enjoylah membacanya! Rock terus!

Kita Mampu Merancang

Hanya Tuhan Menentukan

Tak Perlu Dikisahkan

——-

Panggung Sari, 8.30 Malam, 30 April 2011, Istana Budaya

Tarikh tersebut menyaksikan aku berpeluang bersama-sama menjadi sebahagian daripada sejarah. Ya sejarah. Wings merupakan kumpulan rock ke-3 di dunia yang telah mengadakan persembahan diiringi dengan orkestra selepas Metallica dan Scorpions. Mesti ramai yang mempertikaikan statement ni, sebab kalau search kat youtube memang banyak rockestra, tu belum tambah band-band yang berasaskan orchestra macam Apocalyptica (cello), symphonic metal lah dan lain-lain lagi, tapi kena faham betul-betul, Wings membuat persembahan dalam dewan teater!

tiket asal Istana Budaya

Wings merupakan kumpulan rock pertama di benua asia yang melakukan persembahan dengan sebuah kumpulan orkestra. – sumber Berita Harian

Ketua Pengarah IB, Muhamad Juhari Shaarani juga mengesahkan Wings adalah kumpulan rock ketiga di dunia selepas Metallica dan Scorpions yang mengadakan konsert dalam dewan teater, manakala susunan muzik mereka digubah dan disesuaikan dengan iringan orkestra sepenuhnya.

“Mereka (Wings) kumpulan ketiga dan menjadi yang pertama di Asia dan sudah tentu di Malaysia sebagai kumpulan rock yang membuat persembahan dengan iringan orkestra,” – katanya.

Jadi, itu adalah sebab utama aku betul-betul all out untuk konsert ni. Bukan all out tolong concert ini berlangsung, tapi all out duit poket untuk beli tiket! Hahahahaha… From fun-fair concert, full concert, open concert, gig… Nak masuk concert harga ratus-ratus rasa macam nak demam jugak lah…. Oh ya, aku tak pernah tengok konsert berskala besar macam Iron Maiden… 4 Minute, apatah lagi Justin Biebier. lollllllll……. Aku ke KL dalam keadaan aku baru recover dari MC akibat sakit belakang. Tongkat siap bawak ke KL. Gila beb tiket Ratus-ratus sanggup tak makan, takkan tak datang. Wajib datang!!

Kedatangan aku disambut oleh sahabat-sahabat Sayap-Sayap Wings yang tengah sibuk gila menguruskan official merchandise di tingkat 1 Istana Budaya. Zul, Zan, Madi sepeti biasa akan ada. Zan sekampung pulak sekejap ada sekejap takdak sebab sibuk dok pi ambil gambar. Sampai-sampai aja dan bertanya khabar, terus aku sambar merchandise apa yang ada terutamanya official booklet Konsert Opera Hidup. Dalam booklet tu, baghu hangpa tau ayah Black Wings orang Bagan Dalam!! Amek hangpa!!!!! Boleh pekena Aboo Nasik Kandaq selalu la! Sekaligus, info ni memadamkan info yang pernah tercatit dalam temuramah dengan wartawan yang mengatakan ayah Black adalah orang Batu Gajah, Perak.

Tshirt 4 helai, official tag, buku dan apa lagi ntah aku sambar habis melainkan kemeja crew sebab sen tak cukup. Hahahaha…

Jumpak Lan, Junior Sekolah Rendah

Istana Budaya menyaksikan aku bertemu Lan, junior sekolah rendah aku, merangkap orang suruhan aku waktu dalam team scout dulu bertemu semula setelah hampir 16 tahun lost contact (the power of fesbuk!). Dulu masa sekolah rendah, dia ni kira balaci aku yang paling dipercayai, dah tua-tua ni rambut dah panjang dari aku. Menyampah betul lawan tokey ni. Aku ingatkan dia ni peminat Justin Biebier dan K-Pop, rupa-rupanya dia minat rock jugak rupanya. Aku notice minat dia ni masa konsert Double Trouble haritu, tapi malas tegur, ego kena jaga. Bagus, anda tidak memalukan bekas Presiden Pengakap Sekolah Rendah Kebangsaan St. Mark Butterworth, Akela, buat sehabis baik, tabik 3 jari 3 kali.

Macam Nak Masuk Stadium Tengok Bola!

Turut ikut bersama dalam “Rombongan Cik Mus Ke Istana Budaya” adalah Cikgu Hanip. Aku paling tak percaya mamat ni, yang tetiba jump into wagon masa hari nak book tiket. Ya lah, dah tau dah dia ni minat Kris Dayanti, tetiba nak tengok Wings, ini satu tamparan hebat pada KD beb! Tapi alasannya ‘cekang’. – “Aku nak tengok dan dengar showmanship kumpulan Rcck terhebat Malaysia beraksi dengan Orkestra, ini peluang sekali seumur hidup”. Ok, terus aku setuju bagi dia ikut. Namun, sampai ke sudah aku tak tanya apa rumusannya tentang konsert. Hahahahaha… Biasalah, sebab dah tau dia tak minat sangat rock, jadi aku takmau tanya sangat, nanti aku yang sakit hati. Tapi nak kata tak minat, dia boleh sing-along semua lagu hits Wings. Misteri betul. Jadi, sampai hari ni, aku memang takmau tanya apa conclusion dia pasal show malam tu. Malas!

Nasib Baik IB Lepas Masuk Sebab Tinggi Sikit

Shahrul memang peneman aku dalam konsert-konsert rock yang ada setakat ni kecuali kat fun-fair. Kali ni dia memang off betul-betul DSLR dia. Katanya dia nak enjoy the show. Dia kata konsert ni best. Dia la yang kata. Bukan aku la yang kata okey? Sepanjang perjalanan dia diam. Macam aku gak, tengah sakit dan recover sakit.

1st Time Dalam Panggung Sari

Pertama kali di sini, perasaan teruja berada dalam panggung sari tu dapat dirasakan. Itu aku tak nafikan! Jadi aku faham betapa terujanya Awie, Joe, Eddie dan Black dan semua ex-Wings dan Superfriends apabila mendapat kepercayaan dan menjadi rock band pertama di Asia untuk membuat persembahan bersama kumpulan orkestra. Dan bukan calang-calang kumpulan orkestra, ia adalah Orkestra Simfoni Kebangsaan yang dipimpin oleh saudara Fauzer Nawi.

Setlist pada malam tersebut ialah:

1)      Watari

2)      Opera Hidup

3)      Hukum Karma

4)      Ranggi Metropolis

5)      Di Ambang Wati

6)      Inspirasi Taming Sari

7)      Romania

8)      Bernafas Dalam Lumpur

9)      Gelap Nan Terang

10)   Blues Ular Sawa

11)   Nasib Kita

12)   Lena Diulit Intan

13)   Biru Mata Hitamku

14)  Jerangkung dalam almari

15)  Semalam Yang Hangat

16)  RNR Lu Punya Suka

17)  Sejati

18)  Taman Rashidah Utama

19)  Belenggu Irama

20)  Peronda Jaket biru

Wings + Ex-Wings + Orchestra Team

Wings menampakkan kematangan melalui Awie, Joe, Eddie dan Black dalam berinteraksi bersama peminat. Berapa lama korang tak tengok Joe ‘gedik’ atas stage? Berapa lama dah kelibat liang lentok Joe seperti yang korang tengok kat Muzik-Muzik main gitar takdak kabel dan masa Live at Stadium Negara 1991?

What do you expect if Istana Budaya tak bagi amik gambar? Of course me lah!

Berapa lama dah korang tak tengok battle drum yang power? Berapa lama korang tak dengar suara Eddie atas stage? Ahhh.. itu semua priceless malam tu. Cuma aku frus Joe tak layan Lupakanlah malam tu, kalau tak lagilah priceless!

Boleh kata, kali ni punya show aku simpan kamera aku rapat-rapat. Tak rakam pun.

1) Tak mau rakam sebab nak concentrate concert

2) Tak boleh rakam sebab petugas Istana Budaya asyik tuju laser.

 

Tapi betul lah, kalau duduk dalam closed hall macam Istana Budaya ni, sebarang cahaya flash dan skrin kamera sememangnya amat annoying. Bayangkan, kalau orang tengah angkat call handphone pun boleh nampak cahayanya satu dewan, annoying! Jadi baik aku simpan aja kamera dan enjoy the show. Lagipun, tiket mahal sikit daripada biasa.

Awie yang sememangnya terkenal dengan kemahiran berkomunikasi dengan penonton berjaya membuat lawak pasal bab tiket ni. “Kami Wings menghadiahkan konsert ini kepada anda. Anggaplah ini sebagai satu penghargaan Wings kepada anda semua……………………. Walaupun anda kena bayar tiket yang mahal”. Sekali satu dewan gelak la…. Hahahaha…

Ini Bukan Priceless, ini ridikeles!

Apabila tiba di pertengahan persembahan, ex-Wings iaitu Jojet, Mus dan Mel muncul di pentas dan menghangatkan suasana. Tapi terus-terangnya, adakalanya gabungan 2-3 penyanyi berganding dengan persembahan orkestra membuatkan sesebuah lagu tu tenggelam!

Suara Mus yang metal habis combine Awie dan Mel, tarik high pitch, masuk orkestra, masuk Joe goreng, aku dengar macam bunyi lori tengah ada dalam traffic jem depan market. Bercampur aduk. Nasib baik tak jadi  kat semua lagu. Aku perasan benda ni jadi sewaktu lagu Blues Ular Sawa.

Drum Battle antara Jojet dan Black adalah antara moment yang dinantikan pada malam tu. Masing-masing ada kekuatan dan kelebihan tersendiri. Power!

Pakai baju batik tengok konsert rock dan lompat adalah priceless

Some pictures taken by Chaun Penang

Apa-apapun, ini adalah konsert artis tempatan terbaik yang pernah aku saksikan dalam hidup. Sound yang mantap adalah pasti, showmanship yang ditunjukkan di atas pentas adalah suatu yang priceless. Aku puas hati gila dapat tengok Wings perform kat Istana Budaya. Daripada fun fair, naik terus ke Istana Budaya memerlukan pengorbanan dan kesabaran, itulah yang telah ditunjukkan Wings, lagenda rock sepanjang zaman.

orang kita ada di mana-mana

facebook comments:

7 thoughts on “Opera Hidup Rockestra

  1. Pingback: 20 Tahun JDA | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge