Old Timer

Aku bukan seorang yang femes dulu. Aku juga bukan seorang yang top. Musuh aku tak banyak. Erk… Betul ker tak banyak?

Sekolah.
Aku masuk lewat seminggu sekolah ni atas sebab-sebab tertentu. Surat aku lambat dikeluarkan. Jadi, tahun 1 hingga 3, skema adalah perumpamaan terbaik untuk menyatakan sikap aku. Dan sampai hari ni, kes aku sorok satu tin biskut Khong Guan dalam locker selalu diungkit kalau ada reunion. Hampeh! Begitu juga kalau bab-bab kedekut benda makan kat hostel. Hehehehe. Kalau diingatkan balik, Tun Dr. Mahathir pernah keluarkan satu isu pasal pelajar-pelajar Melayu berkongsi 4 orang untuk sepinggan nasi ayam. Dengar mungkin macam tak logik saja kan? Tapi percayalah.. Benda tu betul-betul terjadi, malah, kami berkongsi sepinggan nasi ayam untuk satu dorm!!! Hebat betul kehidupan asrama.

Buli.
Aku tak pernah kena buli sebab aku bernasib baik. Kuikuikui…
Seorang senior yang merupakan anak hantu tahap dewa adalah penyelamat aku sebab aku sekampung dengan dia. Ingat lagi, malam suai-kenal, pukul berapa pagi ntah, disoalnya kami seorang demi seorang asal kampung kami, sampailah part aku…. Kampung Benggali Sungai Puyu bang!!!!
Apa!!!!!!!!!!!!?? – pekik salah sorang senior.
Maka rasmilah, aku tak disentuh langsung, waima untuk membasuh baju senior sekalipun selepas nama kampung keramat disebut. Har har har…. Jadi secara automatik juga, aku tak pernah sentuh budak-budak untuk dikendurikan, walaupun kadang-kadang ada jugak budak-budak yang mak bapak diaorang tak pernah ajar gamaknya. Tapi ada satu benda yang aku buat.. Dulu, bebudak mana yang tak pernah kena pow ngan aku? Setakat Nasik lemak, burger dan keropok tu jadi perkara biasa semasa aku Form 5. Jadi, sesiapa yang terbaca statement aku neh…. Aku minta maaf sepenuh hati, kalau nak aku belanja balik burger korang yang aku pow dulu tu, jom kita ke McD, aku belanja.

Sukan.
Aku kaki bangku kat sekolah. Tapi lepas sekolah, aku main Rugby untuk state. Gila.
Tapi aku pelik, petang-petang aku boleh main bola, satu permainan yang paling aku tak suka, tapi aku main. Gila jugak.

Disclaimer.
Mungkin aku jahat. Mungkin mulut aku busuk dan jahat. Mungkin perangai hati kering aku membuatkan aku sedikit dibenci. Mungkin perangai kasar aku membuatku susah dapat awek yang memahami. Mungkin Aku tak reti jaga hati awek aku sendiri atas sifat-sifat aku. Mungkin jugak kepada kawan-kawan aku. Mungkin mulut aku laser gila babi. Mungkin jugak semua tu atas sebab aku hidup dalam dunia lelaki 100% sebelum ni.
Jadi, bersempena hampirnya Ramadhan, aku menyusun sepuluh jari kepada semua.
Terutamanya pada Nurul. Dia paling banyak terluka atas sikap dan mulut aku. Aku mintak maaf.

facebook comments:

2 thoughts on “Old Timer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge