Oh Hetty!

Penantian aku untuk netbook aku yang pertama telahpun berakhir. Ia sampai tepat pada pukul 6.50 petang di pagar rumah yang dihantar seorang ‘transporter’ yang bernama Tan dari Tiong Nam Ekspress. Friendly habis.

HP Mini 210 ini berspesifikasi seperti snapshot di atas. malas aku nak tulis semula. Tengah update pakai netbook la katakan…. Mana nak sama dengan Notebook. Netbook ni kecik. Terjojol mata nak baca kat screen.

Owh, lupa nak cakap. HP Mini 210 ni aku namakan Hetty. Rock tak?

 Aku malas nak buat bench mark test pakai 3rd party software. Aku rasa dah berlambak orang review HP Mini 210 ni, cuma aku snapshot sajalah berapa rating yang Windows 7 Starter ni bagi. Bolehla, bukan aku nak main FPS game pun kat netbook ni. Cun untuk web browsing, dan sekarang yang paling penting, untuk browse facebook, update blog (mungkin ekspress update macam entry ni) dan baca forum dan e-mail.

Itulah kegunaan utama of Netbook yang orang selalu salah anggap Netbook ni macam Notebook! – Surfing dan light use!

Dengan menggunkan DDR2-RAM, sedikit sebanyak melegakan aku untuk upgrade memory dia. Sekurang-kurangnya aku tak terbeban dengan harga melampau dari DDR3.

Windows 7 ni tak dinafikan memang cun siot, aku yang selama ni lebih suka menggunakan Win XP, dah tentu menggelabah sikit bila menggunakan Windows 7 ni.

Kepada mereka yang masih belum tahu, Windows 7 Satrter ni memang takleh tukar wallpaper. Jadi, kalau nak tukar jugak, pepandai lah hack system ni pakai apa-apa 3rd party software untuk ubah wallpaper atau pakai saja Windows 7 Home Premium. Pada aku pulak, benda tu tak penting, kerana yang penting, netbook ni boleh digunakan oleh aku untuk surf internet.

Netbook ni, aku rasa ada kelemahan sikit pada area touch pad. Kadang-kadang sampai terlalu sensitif, dan kepada mereka yang pertama kali jadi “font browser tetiba jadi kecik atau jadi besar” dah tentu lah menggelabah biawak. Tapi, aku rasa benda ni biasa. Jangan rosak sudah.

Begitu juga pada logon screen, masa nak start up, akan nampak macam ada screen watermark di bahagian atas. Tapi aku rasa benda ni bugs saja dari driver graphics dan bukan satu masalah besar kepada mereka yang dah tahu benda ni. Aku rasa solution kesan watermark tu hanyalah bila dah ada update driver nanti samada dari Microsoft sendiri atau dari HP.

Benda yang paling aku tak puas hati dah tentulah bab warranty. Aku baru jer terima Netbook ni pada 18 mac 2010, 6.50 petang, tapi tengok sendiri la warranty yang HP set tarikh bila. Tarikh order tu beb! This is the one HP should look for. Memang aku betul-betul tak puas hati dengan gap 6 hari tu.

Kesimpulannya, aku berpuas hati sajalah dengan netbook ni. Takdak apa yang super-special sangat pasal Netbook ni, cuma yang specialnya, aku cuma dapat dengan harga yang amat murah lah. Itu saja.

Kepada sesiapa yang belum tahu, TM berhad menawarkan netbook ni kepada student dengan pakej Cool Uni Pack yang berharga RM50.00 sebulan.

Setakat ni, pakej Cool Uni Pack ditawarkan dengan pakej berikut dan bolehla baca dengan lebih lanjut di laman promosi Streamyx:

Jadi, kepada student-student di luar sana, rebut sajalah peluang yang ada ni….. Kepada sesiapa yang malas nak register, e-mel aku particular dan aku tolong registerkan. (Kaki iklan yang nak iklan kat seksyen komen, rasa-rasa taknak aku edit komen, kena la bagi komisen sikit kat aku) Hahahahha….

facebook comments:

13 thoughts on “Oh Hetty!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge