Nokia C3-00

Package

Nokia terakhir yang aku pakai sebelum jump ke Sony Ericsson dan Samsung adalah Nokia 8250 aka The Butterfly. Sebelum itu, aku pakai Nokia 3650, henpon nokia generasi kedua yang boleh mengambil video dan gambar, atau lebih dikenali sebagai henpon baling kat kepala anjing pun boleh mati. Sebenarnya, aku dah teringin henpon ni sejak Sham Hardy berkempen untuk jadi Socialista King dulu.. So, terimalah review basi dari aku tentang henpon ni.

Simple packaging

Apa yang ada dalam kotak dan selalunya tak dibaca pun!

Packing biasa-biasa saja. Nokia pun dah start pakai recycle papers untuk kotak henpon ni. Jadi, tiada lagi kotak-kotak design power macam zaman-zaman dulu, mungkin model-model premium saja yang masih dibekalkan kotak-kotak yang cantik. Pada aku, kotak macam ni boleh diterima lagi, tak macam kotak henpon Nokia 1110, betul-betul besar henpon tu saja untuk save cost, mentang-mentang la yang tu basic phone.

Setelah 2 hari!

Sync Contact yang paling penting

Ini pun penting!

Yang paling aku bengang dengan Nokia C3 ni adalah apabila Nokia Suite gagal mengesan device. Waktu ini membuat aku berasa tersangat-sangat facepalm wtfbbq! Entah tiba-tiba selepas 2 hari, baru la boleh connect. Tujuan utama aku nak sambungkan ke Nokia Suite (zaman Nokia 3650 dulu nama PC Suite) adalah untuk menyegerakkan (synchronise la, LOL!) semua contact list yang sentiasa aku update dalam Outlook Contact. Memang aku tak harap sangat dengan SIM Contacts, too old school dan tak boleh diharap (untuk aku).

Cari shotcut wifi!

Ready To Go!

Benda first yang aku cari bila on henpon ni dah tentulah keupayaan untuk menggunakan Wifi. Selain ciri QWERTY keypad, ini adalah telefon basic dari Nokia yang support Wifi. So, boleh enjoy pakai wifi free kalau tak ada duit untuk data package unlimited.

Kerap crash Ovi Store ni, benci betul aku

Communities adalah untuk Facebook dan Twitter

Loading welcome screen

Dalam memberi persaingan kepada pasaran Android dan IOS, nokia terpaksa membangunkan OVI atau Nokia Store untuk membolehkan pengguna memuat turun aplikasi-aplikasi yang dibangunkan untuk telefon bimbit Nokia ni. Ovi bermaksud “pintu” dalam bahasa Finland.

Sempat la aku test twitter dan facebook pakai C3 ni. bila dah terbiasa dengan Android, memang takdak feel langsung pakai Social Site dalam nokia C3 ni. Aku rasa macam Back To The Future pun ada sebab FB dan Twitter berasaskan mobile web.

Tweet-Tweet! via Ovi

Verdict aku: Ovi Sucks. Apa pun tak boleh…..

Shortcut Bar di Homescreen

Shortcut bar yang ada di bawah tu aku masih terkial-kial nak pakai. Paling kerap buka cuma Wifi dan Browser. Nak setup custom shortcut tengah dok memikirkan lagi macam mana nak buat. Hahahaha henpon baru, tak sempat test habis lagi pun!

Normal Shot, Kedai makan... yum! yum!

Close-up shot

Available light, malam, fluoroscent lamp

Gambar kat atas cuma 2 editing yang dibuat:

1. Resize jadi 640×480 pixel
2. Letak Watermark

Kamera 2 Mega Pixel beraksi cemerlang pada zaman tahun 2005 (sebab tahun 1999-2002 banyak pakai VGA aja!). boleh la sekadar nak ambil gambar. Alah, pakai Blackberry pun bukan clear sangat pun gambar kan? Video pun dalam format *.3gp, format yang femes dulu-dulu tu… Zaman tok kadok betul la…. Hahahhaa

Sound Check!

Untuk sessi soundcheck, kalau pakai speaker yang dibekalkan, memang tak puas. Kena cucuk masuk external speaker atau headphone jugak baru puas. Aku yang dah terbiasa dengan bunyi bass Walkman dari SE K850i terus rasa tak best dengan sound Nokia C3 ni. Tapi, at least boleh la dengar.

Cookie Monster Rules!

Bila bermain-main dengan theme setting dan lain-lain, teringat zaman-zaman nokia 3650 dulu. So symbian. Hahahaha. Nokia yang dah terlalu selesa dengan Symbian OS nampaknya terpaksa menerima hakikat yang pada waktu sekarang, Android OS, IOS dan BlackBerry OS dah kasi pancung habis dengan Symbian nih, too old school. Nokia mungkin tengah mencuba dengan Windows Phone pada Lumia (waktu entry ini ditulis), tapi aku masih errrrr….. dengan Nokia yang pada dulu sangat wow! Ironik kan?

Mungkin sampai sini saja

Sebenarnya, Nokia C3-00 ini merupakan hadiah dari isteri aku yang tersayang pada 21 Disember 2011. Dia dah mention 2-3 minggu dah dengan keadaan SE k850i aku yang teruk dan nazak sampai tercabut keypad, dia kata suruh tukar. Bila aku taknak tukar, dia tolong tukarkan. Walaupun henfon ni basic sangat untuk orang yang dah biasa dengan Android OS macam aku, pemberian ini amat mengujakan  (sebab aku nampak C3 ni macam sempoi sejak hari launching dulu) dan seriously, aku amat terharu dengan wife aku yang selalu marah aku melekat dengan Android, dah tahap obses! Tapi masih hadiahkan handphone kat aku.. Hehehhee….. Dan yang paling penting….

 

Nokia C3 ni nampak lebih ohsem dari BlackBerry. Hahahahhahahahaha!!!!!

facebook comments:

2 thoughts on “Nokia C3-00

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge