Nissan Almera Test Drive

Nissan Almera E

Entry ni sebenarnya dah lama aku terlepas pandang. Gambar dah terperap lama sangat dalam kamera aku. Bila nak delete gambar-gambar lama, baru aku terperasan balik gambar-gambar ni. Berikut adalah pengalaman pertama aku menghadiri sessi “test drive”. Ya, masa beli Cik Elle dulu pun aku tak pernah test drive tau. Review aku biasa saja, kalau nak yang lebih terperinci, bolehlah ke blog Paul Tan.

 

Nissan Almera VL

Sewaktu Nissan Almera dilancarkan pada November 2012, aku antara ribuan manusia yang telah mendaftar untuk sessi pandu uji. Yelah, lepas kehilangan Cik Elle memang aku dan Nurul mencari-cari pengganti yang sesuai………….dengan poket.

Secara umumnya, Nissan Almera dibahagikan kepada tiga varian iaitu E, V dan VL. E ni habis basic, macam model baseline Proton (eg: Cik Elle) yang hadir dengan transmisi manual dan auto manakala model V dan VL lebih kepada model premium yang hanya dilengkapi dengan enjin transmisi auto. Pada waktu aku test drive tu, harganya lebih kurang begini:

Harga Nissan Almera

Harga 2012 dari kawan twitter merangkap dealer Nissan: @payid23

Tapi sekarang rasanya dah tak dapat harga ni. Mungkin dah up sikit dan sama level dengan Toyota Vios (boleh rujuk kat sini). Aha, kenapa aku pakai Toyota Vios? Sebab Almera ni satu kelas dengan Toyota Vios dan Honda City, iaitu kelas 1.5L.

Perbezaan ketara antara model E dan V/VL adalah seperti gambar di atas:

  • Panel Meter (Kecuali model VL saja yang ada Fine Vision Meter).
  • Transmisi (E ada transmisi manual).
  • E ni model basic, tiada aksesori langsung.
  • Model VL ada i-Key dan Start Engine Button.
  • Model E punya panel aircond biasa saja, model V/VL nampak cun sikit.

Tapi Nissan ada menawarkan aksesori upgrade (contohnya macam door step panel “Almera” macam gambar atas) untuk dipadankan. Aku tak ingat dah berapa, tapi mungkin dalam RM3500 untuk full aksesori seperti aerokit, side mirror signal, door step panel dan lain-lain. Boleh dapatkan brochure di showroom Nissan.

 

Nissan Almera VL IMPUL

 

Okay, untuk sessi test drive haritu.. errrr… 3 bulan lepas haritu, aku memilih untuk test Nissan Almera VL with IMPUL tunings. Maksudnya, Almera ni adalah dari varian VL (full spec) tetapi dengan sentuhan daripada IMPUL. Perbezaannya dari segi aksesori IMPUL, rim sukan IMPUL, Logo IMPUL, absorber IMPUL, ekzos IMPUL dan segala seginya daripada IMPUL. Kenapa aku pilih version IMPUL? Sebabnya mudah, nak beli tak mampu, kita test drive ajalah. Hahahahahahha!

Ni kesimpulan aku:

Driving View / Comfortability: Dibandingkan dengan Toyota VIOS, aku pilih Nissan Almera. Jika dibandingkan dengan Honda City 2012, aku ambil City. Untuk Almera, perasaan memandu amat bagus, tidak merasa terganggu dengan skrin di hadapan kerana nampak luas. Ruang pemandu juga selesa dan tidak sempit.

Ruang Dalaman: Untuk ruang bonet, keluasan 490 liter adalah amat besar. Memang macam-macam boleh masuk. Untuk kawasan kabin, luas; Sangat sangat luas. Antara Honda City 2012 dan Toyota Vios, Almera is the clear winner. Boleh tengok gambar di atas untuk passenger legroom. Spec Almera adalah 636mm. Claimed by Nissan adalah yang terpanjang dalam kelasnya. Jadi pada aku, memang betul, keadaan seat depan aku ketika itu dalah dalam keadaan “driving position”, bukan “mat kereta racing position”, lol….

Pemanduan: Pemanduan menggunakan Almera VL Impul sangat bagus kerana ianya dibantu dengan sistem suspensi yang ditala IMPUL. Spring dan absorber IMPUL tu kalau nak beli berasingan berharga RM2800.00. Jadi pemanduan dengan varian E, V dan VL yang tidak menggunakan suspensi IMPUL ni aku kurang pasti. Yang pasti, dengan suspensi IMPUL, setiap selekoh mudah sekali diratah tetapi untuk jalan yang berlopak, boleh diakatakan kekerasannya agak seperti spring sport. Ye lah, nama pun suspension tuned by IMPUL kan? Pada aku, rating yang aku bagi untuk suspension ini pada Nissan Almera adalah 8/10.

Dari segi enjin, pengalaman menggunakan Cik Elle yang berkapasiti 1.6 liter sedikit sebanyak mempengaruhi aku dalam memberi persepsi. Walaupun kurang 0.1 Liter saja tapi macam-macam persepsi yang timbul. Tapi rasanya disebabkan oleh weight ratio yang berbeza jika nak dibandingkan dengan Proton Persona, enjin 1,5L ini sangat sesuai dengan berat 1045KG kereta ni. (Kerb Weight Persona 1.6L = 1195KG)

Untuk braking system, semua varian Nissan Almera didatangkan dengan teknologi ABS + EBD. ABS ni mungkin semua orang tahu, EBD ni bermaksud Electronic Brake-Forced Distribution di mana ia berfungsi untuk memberi cengkaman yang lebih pada brek mengikut kapasiti penumpang. maksudnya jika hanya driver bawak, cengkaman adalah lebih pada cakera brek hadapan, namun jika ada penumpang (2 atau lebih), agihan brek akan dibuat ke empat-empat tayar. Maksudnya, kecekapan brek adalah bertambah berbanding dengan sistem brek yang tiada EBD. [baca lanjut]

Kesimpulan: Pada aku, kemasukan Nissan Almera adalah tepat dan sepatutnya lebih banyak varian 1.5 masuk ke Malaysia untuk memberikan kita semua lebih banyak pilihan untuk memiliki kereta. Jujurnya, design Almera pada aku amat buruk (hahaha) macam ikan dugong pun ada, tapi kalau dah letak full aerokit baru nampak cun sikit. Rekabentuk dalaman pun lain daripada biasa. Papan pemuka yang bulat-bulat (macam aku) memang mengundang banyak kritikan daripada kawan-kawan aku. Ada juga yang panggil Nissan lmera ni sebagai “kereta tak siap” terutamanya pada model E tanpa aksesori kerana didapati clearance lantainya agak tinggi. Tapi pada aku, ini semua cuma persepsi pandangan mata. Toyota VIOS juga pernah dkritik hebat selepas mengalami facelift, tetapi lihat saja sekarang berapa banyak VIOS yang berada di atas jalan dengan makeup yang cantik-cantik. Keseluruhannya, aku bagi 3.5/5 pada Nissan Almera dan sekiranya harganya dpat diberi lebih rendah (hahahahahahaha) pasti aku bagi 4.5/5 (kikikikikiki).

facebook comments:

6 thoughts on “Nissan Almera Test Drive

  1. Pingback: Proton Preve: A Simple Review | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge