Ninetology Insight i9430 Review

Ninetology Insight i9430

Akhirnya aku tewas jugak dengan Pakej Komunikasi Belia dan mengambil keputusan untuk upgrade smartphone aku yang paling cikai; Samsung G5 kepada brand yang tak berapa nak femes tetapi menjadi femes disebabkan Pakej Komunikasi Belia ni: Ninetology. Jika sebelum ni aku buat review ke atas phone Mrs Speedrider; Ninetology Black Pearl II, kali ni aku akan buat review ke atas phone aku pulak, Ninetology Insight i9430. Aku beli telefon ni pada 2 Februari 2013, dan setelah hampir 18 hari pakai, baru aku sempat nak buat full review.

Malang sekali, ini bukan review unit, sponsored entry ataupun phone free. Jadi review aku adalah ikhlas dan tidak bias. Kalau nak sedapkan hati, boleh ke blog yang dapat review unit untuk ulasan yang sangat bagus dengan pujian yang melambung. Untuk yang masih tertanya-tanya, Ninetology Insight i9430 adalah versi rebadge Konka w960 [baca] atau boleh ke laman Konka kalau boleh membaca tulisan bahasa mereka.

 

Ninetology Insight i9430 2

Ninetology Insight hadir dengan Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich dan aku antara pengguna yang mendapat version 108. Owh, aku rasa aku adalah pengguna gelombang kedua (Pakej Komunikasi Belia) dan batch ini tidak lagi mendapat kad SIM percuma daripada Digi. Malah sticker PKB turut dilekatkan di kotak telefon. Set telefon ini hadir dengan barang-barang standard seperti charger dan handfree earphone (stereo), tetapi pakej ini hadir bersama casing cover jenama Code dan dua screen protector secara percuma. Tapi entah macam mana kedai tu bagi kat aku extra screen protector, jadi kasarnya aku dapat 3 screen protector. Ha ha haaa…

Spesifikasi Ninetology Insight adalah seperti berikut:

Dimension: 126.9 mm x 66.5mm x 10.8mm
Weight: 160g (with battery)
CPU: Dual Core 1.0 GHz
Operating System: Android 4.0

Memory
Internal: 4GB ROM / 512MB RAM
External Storage: MicroSD, up to 32GB

Display Size: 4.3”
Resolution: 480 x 800 (240 ppi pixel density)
Technology: IPS, One Glass Solution, Capacitive, 16.7M colors
Connectivity: Network GSM 900/1800 MHz,WCDMA 2100MHz
SIM 1GSM / WCDMA
SIM 2GSM / WCDMA
DataHSDPA , HSUPA, EDGE & GPRS
Wifi: Yes ( 802.11n, 802.11g, 802.11b)
Bluetooth: BT 3.0
GPS/ AGPS: Yes / Yes
Camera: Rear Camera 8.0 MP, Front Camera 2.0 MP
Features: Face Detection, Auto Focus, LED Flash, HDR

Sensor: Proximity Sensor, Accelerometer Sensor (3D)
Connectors: USB 2.0
SD Slots: Yes
Audio Output: 3.5mm Audio Jack

Power & Battery: CapacityLi-lon 1800mAh

Multimedia:
PlayerMP3 / MP4 Player
Audio FormatMP3 / MIDI / AAC / AMR / WAV
Voice RecordingAMR / 3GPP / OGG
Video Format3GP / MP4 / AVI
Video Recording3GP (max 1280x720p@29fps)

Features: 3G Video Call

Apps:
Social Network: Facebook
Productivity & Utilities: Gmail, Google Maps, Go Launcher EX,M-Warranty
Gaming-
Entertainment: Youtube, Radio FM
Appstore: Google Playstore, Apps Center
Browser: Android Native Browser, QQ Browser

Accesories: Charger, USB Cable, Battery, Earpiece, Screen Protector, User Manual, Warranty Card

Packaging: Matt Paper Box

————————

Ninetology Insight i9430 Benchmark

Benchmark: Aku menggunakan apps AnTuTu Benchmark untuk membuat benchmark asal. Score yang dapat adalah di antara 6485-6663. Ianya berubah mengikut apps apa yang tengah run di belakang. Jujurnya, benchmark yang dapat adalah separa sahaja dengan Ninetology Black Pearl II. Aku rasa jawapannya adalah kerana paparan screen yang digunakan ialah 4.3″ berbanding BPII yang menggunakan skrin 4.0″. Jadi paham-pahamlah penggunaanya banyak di bahagian mana, disebabkan itu jugalah bateri untuk Ninetology berkapasiti 1800mAh berbanding BPII iaitu 1600mAh sahaja.

 

Ninetology Insight i9430 GPS

GPS: Prestasi GPS pada Insight agak cemerlang berbanding pada BPII. Tetapi pihak Ninetology telahpun merilis firmware V17 yang memfokuskan pada GPS BPII. Percubaan untuk lock GPS pada kali pertama mengambil masa antara 1-3 minit. Tetapi setelah penggunaan kerap, GPS lock dapat dicapai pada jangkamasa 3-17 saat. Antara apps yang aku gunakan untuk GPS adalah GPS Test, Waze, Papago M9, Instagram, Tweetcaster dan Foursquare. Namun yang paling kerap digunakan sudah pastilah Waze dan Papago kerana ia aku gunakan sebagai alat pemandu arah. Nak pakai untuk apps lain agak tak berbaloi kerana penggunaan GPS akan menyebabkan bateri cepat habis. Jadi kalau pakai henpon 2-3 ribu pun tak guna la kan nak on GPS 24 jam? Hahahaha….
Malang sekali, compass tidak dapat digunakan pada Insight. Itupun aku perasan selepas gagal menggunakan kompas My Solat. My Solat adalah satu-satunya apps yang menunjukkan mesej ralat “No Orientation Sensor”. Jawapan daripada pihak @NinetologyMy menyebut “This is not a core feature for smartphones in the market” membuatkan aku tergelak besar. Macam mana Black Pearl II boleh pakai kompas tetapi Insight dengan harga yang mahal sikit dari BP2 takleh pakai? Jangankan itu, Samsung Galaxy 5 aku yang cap ayam habis tu pun boleh pakai kompas!

Insight sensor: Proximity Sensor, Accelerometer Sensor (3D)
Black Pearl II sensor: Proximity Sensor, Motion Sensor

Aku tak pasti apa bezanya. Samada betul Insight tak boleh support compass ataupun ROM firmware yang membuatkan compass gagal berfungsi. Jawapan admin di facebook Ninetology pasal driver pun banyak yang tidak membantu. Contohnya soalan pasal driver phone bila nak disambungkan ke PC:

snap721

Aku rasa kalau admin yang jawap tu bukan technical key person sekalipun, dia sepatutnya rujuk dulu sebelum memberikan sebarang jawapan teknikal. Namun kalau anda mencari driver untuk Ninetology Insight, memang kena cari di 3rd party web seperti Xda Developer [download Mt65xx driver]. Oh terlupa, pakej smartphone ni tak didatangkan pun dengan cd driver ataupun PC Suite.

 

Ninetology Insight i9430 Camera

Kamera: Main camera berkemampuan 8 megapixels dan front camera berkemampuan 2 megapixels.

Gambar 1 dan 2 menunjukkan setting asal camera di settings> hue/saturation/brightness/contrast yang berada di setting LOW. Memula aku pun heran kenapa jadi macam tu. Bila pakai HDR mode baru ok. Pelik bin ajaib. Lepas pakai 2-3 hari baru aku perasan, stock settings memang semuanya setting low, gambar 3 dan 4 menunjukkan perbezaannya bila aku set hue/saturation/brightness/contrast kepada medium. Baru nampak ok sikit.

 

Mak Tok dan Muhammad Qayyum

Original picture, no filter.

Bila dah set habis, dan dah biasa nak pakai flash atau tak, tangan dah steady, tambah sikit dengan 3rd party apps macam instagram/camera 360/Camera HDR, baru nampak cun sikit. Biasalah filter. Nak no filter gambar cun bolehla pakai iPhone 5 macam Hazrey. Keindahan itu subjektif. Kadang-kadang pakai henpon 3 ribu pun amik gambar makanan ja penuh letak dalam instagram baik jadi macam aku, pakai henpon cap ayam je kan? Fungsi HDR dalam stock apps henpon ni aku tak pastikan bagaimana sebenarnya ia berfungsi. Memang ia akan mengambil 2 keping gambar (satu high exposure dan satu low exposure) tetapi ia tak digabungkan pun. Dah tanya pihak Ninetology di twitter, tapi tiada jawapan. Mungkin admin yang jaga twitter tu naik flight ke China dan jumpa expert techinian Konka untuk tanya la kot dan belum balik Malaysia kan?

 

Ninetology Insight i9430 GAMES

 Game: Aku rasa ini satu perkara yang sangat subjektif. Berikut adalah senarai game yang aku tengah install dan tengah main kat Ninetology Insight:

  • Temple Run / Temple Run 2 (Run, Action)
  • Need for Speed Most Wanted (Car Racing)
  • Jetpack Joyride (Action)
  • Zombie Smash (touch)
  • Talking Tom 2 (untuk anak aku)
  • Subway Surf (Run, Action)
  • Shadow Gun: Dead Zone (FPS)
  • Dead Trigger (FPS)
  • Contract Killer 2
  • Dam Haji
  • Rail Rush (Run, Action)
  • NFL Pro 2013 (Simulation, Touch)
  • Grabatron (Action, Touch)
  • Abyss (RPG)
  • Tapped Out (ala-ala The Sim, yang bestnya, edisi The Simpsons)

Semuanya nampak ok kecuali sound pada NFS Most Wanted dan Tapped Out macam bergema sikit. Aku ada terbaca dari user lain yang turut mengadu perkara yang sama di Black Pearl II. Mungkin hardware untuk sound processing yang membuatkan sound jadi bergema. Pada aku, kepuasan bermain game di Ninetology Insight ialah 4/5. Puas hati. Kalau tak puas hati pi beli console, tak pun pasang desktop sambung ke LCD HDTV 50″.

Kalau dengar muzik, sesiapa yang dah biasa dengan sound Sony Walkman/Xperia mungkin takkan berapa puas dengan bunyi bass. Macam aku pun, terpaksa set equalizer kepada FX Booster untuk tahap yang aku boleh terima, overall okaylah.

 

Ninetology Insight media

Kesimpulan: Keseluruhannya, dengan harga RM499.00 (tolak Manufacturer rebate RM100 + PKB RM200), Ninetology Insight i9430 adalah berbaloi untuk dimiliki. Namun jika ada duit lebih, boleh pilih model yang lebih premium seperti Motorola Atrix 2 yang memiliki skrin HD dan beberapa ciri tambahan lain. Kepada yang hardcore user, bateri memang tak tahan. Kena siap bawak powerbank la ke mana-mana. Namun dengan medium usage, bolehla mencapai 10-15 jam rasanya. Macam aku? 7-8 jam dah nak kiok bateri.

Pros: Murah, berbaloi untuk dibeli.
Cons: Skrin tidak HD, tiada Amoled (hahahah beri betis nak peha), apps yang tak perlu seperti QQ Browser, M-Warranty dijadikan system apps dan tak boleh dibuang, lantas menyemak dan memenuhkan 512mb RAM yang berharga dan support service yang mengecewakan dari pihak Ninetology di official FB page.
Saranan: Bagus untuk user yang pertama kali teringin nak pakai smartphone, bagus untuk Nokiafags yang tak mahu phone Lumia Windows-based tapi nak pakai smartphone dan sangat bagus untuk user Blackberry yang ingin kembali ke pangkal jalan. iFags boleh duduk jauh-jauh untuk mengelakkan rasa sakit hati.

facebook comments:

21 thoughts on “Ninetology Insight i9430 Review

  1. Sy pun baru beli. Baru 2 minggu dh ada scratch sbb jatuh menegak atas jln raya haha. Tp ok je. Masa sy beli casing dh habis tpaksa beli on9. Dh la satu pesen je hrga rm48. Nak kena byr pos lagi. Btw sy first time pakai android jadi agak puas hati la sbb hndphone ni kira middle-range smartphone kan. M-warranty tu makan bateri. Kalau root hilang x eh? Kalau go launcher mmg hilang kalau uninstall. Wpun kamera dia 8mp tp x berapa sharp jd xyah expect sangat la kan. Tp wpun skrin x sharp sangat, video hd dia boleh main. Apa2pun hndphone ni ok. Review yg agak bagus . *thumbs up

  2. bro, tumpang tanya bro…
    aku dah install need for speed most wanted. tapi apsal bila aku bukak je dia crash. byk game yg aku try crash lepas bukak. mostly yg crash tu saiz lebih drpd 500MB. tolong ye bro…
    😀

  3. salam..awk pakai 2 sim ke, camane? tak kelam kabut ke? bole tak terangkan pasal penggunaan 2 sim tu..cmane dia bfungsi..

    tq..kalo best esok sy beli..

  4. nak tanya. kenape ye hp insight nie bile kite main games, tengah charge and tengah call. dye jadi panas? panas nye kat atas je, kat bhgian bawah x panas pun.

  5. Nine i9430 model 2 teras( dual core).. umpama 1 kereta 1 engine.. kalau 1 engine pn boleh panas, apatah lagi kalau memiliki 2 engine.. WARNING!!! When to hot, it will restart by it self.. that why ninetology install qqDoctor

  6. 1st-bateri:elakkan dari guna GO launcher. gune launcher google pn dh cukup..install estaskmanager utk kill task y dok running. lg byk task y running, lg cepat panas n bateri kong..live wallpaper pn akan “makan” batery.. insight ni mcm engine je laju n besar, padahal kancil je..

  7. launcher y paling mahal dlm play store.. Nova Launcher.. lg best n dasyat dari Next Launcher,Apex Launcher, SPB Shell, Go Launcher, n sume la launcher y kne beli.. size Nova Launcher x sampai 10mb.. safe and 5STAR..

  8. lupe plak.. Teslacoils ade 2 apps Nova.. Nova Launcher (NL) and NL Prime.. Nova Launcher bleh gi tengok n download free off kt playstore, tp NL Prime kne beli utk unlock more option,gesture, and slide type..

    p/s:Blackmarket also available

  9. selepas 3 bulan i guna insight ada jatuhdan tak boleh touch skrin.no respond.warranty dia macam mana ye sebab M-warranty i tu i tak aktifkan pun dulu….

  10. sy pengguna ninethology… nak tanya.. msg yg tak dpt antar auto akan pg pd draf.. tp sy cari folder draf tu tak jumpa… boleh bantu tak?

  11. Pingback: Pineng PN-912 16800mAh Powerbank | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge