Ninetology Black Pearl II

Ninetology Black Pearl 2

Amaran: Ini bukan review biasa. Ini bukan review teknikal. Ini review biasa-biasa daripada seorang rakyat marhaen biasa yang tak mampu pakai phone mahal. Boleh ke Arib Ismail atau Amanz Network untuk details review.

Akhirnya, dengan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia yang ditawarkan ditambah dengan harga rebat pengeluar RM100, Mrs Speedrider telah menyambar satu set smartphone pertama beliau iaitu Ninetology Black Pearl II (model i9400) pada harga selepas rebat iaitu RM299.00 (RRP: RM599). Ninetology merupakan satu jenama Asean yang menawarkan beberapa model telefon yang boleh dikatakan sebagai “rebadge” (ye ke?).

 

Ninetology Black Pearl 2 casing

 

Bentuk yang ditawarkan agak besar untuk dipegang. Jadi sesiapa yang sudah biasa dengan Samsung Galaxy S ke atas mungkin tiada masalah. Namun kalau anda baru lompat wagon dan pertama kali pakai smartphone (macam Mrs Speedrider), ia adalah satu masalah sebab tak selesa pegang. Casing yang ditawarkan pun susah sikit nak dapat sekarang, nasib baik wife aku dapat free. Slot Micro-SD menyokong sehingga 32GB, namun aku cakap kat kedai phone tu, tak payahlah kalau nak beli sebab aku nak custom sendiri pembelian Micro-SD tu nanti. (Percayalah, mahal kalau beli memory card di kedai phone)

Telefon yang dikuasakan dengan paparan 4.0″ WGA (800×480 16M Colours) ini tidak mengecewakan. Walaupun tidak HD (padanla dengan harga kan?) Paparan agak jelas dan aku pun berpuas hati dengan apa yang ditawarkan. Sejam bersama BPII, sempat la aku belek-belek game seperti Temple Run (ketagih ni) dan beberapa fungsi Android 4.0.4 Ice Cream Sandwich yang mana Samsung G5 aku dah tak boleh support.

Bateri yang didatangkan berkapasiti 1600mAH. Aku tak sempat test habis kuasa sebenar bateri ni. Namun dari revire-review di blog lain, ramai yang menyatakan ia dapat bertahan >48 Jam atau 2 hari dengan kegunaan telefon dan internet yang sederhana. Aku rasa, untuk heavy user terutamanya mobile gamers dan surfers, kompem >24 jam atau silap-silap >18 jam bateri dah kong. Hahahaha.

Kamera utama berkeupayaan 5.0 mp dan front camera 0.3 MP adalah satu standard. Namun, aku rasa tak wajar jika kita nak bandingkan kelebihan kamera ini dengan Sony Experia punya lineups. Tak adil pulak la kan? Aku rasa kemungkinan besar boleh compare dengan Sony Experia Sola; sebab spesifikasi pun hampir-hampir sama. [Boleh tengok sample dari Ralph LYN]. Kalau setakat nak instagram makanan dan kata “sedapnyewwww” tak ada masalah lah. Ahah, cakap pasal instagram, aku pun dah ajar Mrs Speedrider cara-cara nak instagram; siap sedia lah server instagram tu nak blow atau “hang” dengan gambar makanan. Ha ha haaaaa… Kelemahan ketara ialah tiada butang tambahan untuk kamera di sisi telefon untuk mengambil gambar. Semuanya secara total touch screen kecuali button +/- untuk sound dan button sleep di atas.

 

Ninetology Black Pearl 2 benchmark

Bercakap tentang prestasi Black Pearl II, dikuasakan dengan CPU 1.0GHz dual core dan 4GB ROM/512MB RAM ni agak munasabah untuk di”perah” dan digunakan ke atas game-game popular masa kini dan beberapa aplikasi asas untuk pemprosesan kamera. Perlu diingat, berapa ramai daripada kita yang memerlukan kuasa quad core? Dan perlu juga diingat, kita nak pakai quad core CPU semata-mata untuk Facebook dan Instagram? Itu overkill pada pendapat aku. Mungkin boleh bagi alasan banyak duit untuk beli, itu hak individu. Tapi pada aku, kalau pakai smartphone tapi kedekut data line, itu “tak smart” namanya. Mengulas lebih lanjut, 90% kandungan untuk smartphone dibina untuk data, bukan semata-mata untuk call dan sms. Jadi, jika tujuan utama nak beli smartphone semata-mata untuk call dan sms, bukan phone yang bodoh atau tak smart (seperti kata Arib Ismail) tapi pada aku dan beberapa kawan aku, tuan punya handphone itu yang tak smart. Hahahaha.

Untuk benchmark Antutu yang aku buat dengan standard benchmarking, score yang dapat ialah 6826. Markah yang kurang sedikit daripada Galaxy Nexus, jadi pada pendapat aku; boleh tahanlah untuk budget phone macam ni. Antara kandungan benchmark lain (Antutu, Nenamark, Quadrant) untuk BPII ini telah dibuat oleh Ralph di Lowyat.Net [baca sini]

Salah satu kelebihan Black Pearl II ialah kelebihan Dual Sim. Ingat lagi waktu aku pakai Nokia 3650. Siap kena beli casing bateri asing yang ada board SIM tambahan, lepas ada switch SIM 1 dan SIM 2 pulak, kena off henpon baru boleh switch. Sekarang tidak lagi. Kedua-dua SIM boleh digunakan serentak dan kalau takut overchage data usage, boleh disable data connection pada SIM yang dikehendaki. 100% control pada SIM terletak pada user. Ini aku suka. Sangat sangat suka.

GPS aku tak sempat test habis. Aku try tadi pun lambat juga nak lock, lambat gila jugak. Banyak review cakap GPS locking untuk Insight dan Black pearl II ni agak lambat. Last-last aku buat benda lain. Kalau dah ada yang install Papago, aku rasa baru adil kot nak bagi verdict GPS ni. Foursquare aku tak install sebab aku tau, Mrs Speedrider hates Foursquare. Ha ha ha haaaaa

 

snap628

Black Pearl II ini contohnya dikatakan adalah rebadge daripada ZTE Acqua atau V970, namun sebenarnya aku sendiri tak pasti kerana kalau ikut carian di pakcik Google, lain benar rupa bentuk ZTE Acqua tu. Admin @NinetologyMY di twitter pula kurang membantu apabila diasak pelbagai persoalan oleh pengguna dan bakal pengguna. Kalau rajin menjawab atau buat satu ruangan FAQ, kan dah settle semua masalah? Itupun jenuh aku tag akaun twitter Ninetology kepada @amanfirdaus/@amanzmy sebelum diaorang nak serahkan satu review unit pada Amanz Network.

 

Specifications
Dimension: 129mm x 65.5 mm x 10.3mm
Weight: 103g (with battery 139g)
CPU: Dual Core 1.0 GHz
Operating System: Android 4.0

Memory:
Internal: 4GB ROM / 512MB RAM
External Storage: MicroSD, up to 32GB

Display Size: 4.0”
Resolution:800 x 480, WVGA (~244 ppi pixel density)
Technology:IPS, Capacitive, 16M colors

Connectivity
Network: GSM 900/1800MHz, WCDMA 900/2100MHz
SIM 1: GSM/WCDMA
SIM 2: GSM
Data: HSPDA, HSUPA, EDGE & GPRS
Wifi: Yes ( 802.11n, 802.11g, 802.11b)
Bluetooth: BT 3.0
GPS/ AGPS: Yes / Yes

Camera
Rear Camera: 5.0MP
Front Camera: 0.3MP
Features: Face detection, Auto focus, LED flash

Sensor
Proximity Sensor, Motion Sensor

Connectors
USB
MicroUSB 2.0

SD Slots
Yes

Audio Output
3.5mm Audio Jack

Power & Battery
Capacity: Li-lon 1600mAh

Multimedia Player
MP3 / MP4 Player

Audio Format
MP3 / MIDI / AAC / AMR / WAV

Voice Recording
AMR

Video Format
3GP/ MP4

Video Recording
3GP (720p@29fps)

Features
3G Video Call, Dual SIM

Apps
Social Network
Facebook

Productivity & Utilities
Gmail, Maps, Document to go

Gaming

Entertainment
Youtube, Radio FM

Appstore
Google Playstore

Browser
Android Native Browser

Accesories
Charger, USB Cable, Battery, Earpiece, Screen Protector, Quick Start Guide, Warranty Card

Packaging
Matt Paper Box

facebook comments:

9 thoughts on “Ninetology Black Pearl II

  1. Pingback: Ninetology Insight i9430 Review | Speedrider Networks

  2. insight n black pearl2 nie yg mane much more better??? org kedai tu kata app n semua speck sama kecuali kamera… huhu… xbisa memilih… haha

  3. im just using BP 2 almost a week…so far everything is ok..but then,i didnt understand why it change its line for internet dta..for example,i set mxs as my default for internet data..but for a few minutes later, the line has change to celcom (which had deduct my credit rm30 T_T) so, i would like to ask my dear friends here,how to maintain the line..so then,i can only use my broadband simcard for internet w/o using my topup

  4. Pingback: Pineng PN-912 16800mAh Powerbank | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge