Nasik Kandaq Sepi Tanpanya

Notis Penarikan Status Halal Jakim

Pada 23 Ogos 2010, JAKIM telah mengeluarkan notis di laman webnya yang bakal menjadi satu isu besar walaupun taklah berapa besar sangat.

Notis ini, sudah tentunya akan memberikan satu kejutan jantung kepada:

  1. Kakak-kakak dan makcik-makcik yang sekarang tengah sibuk gila membuat kuih raya
  2. Towkey-towkey kedai (yang prihatin halal-haram sahaja) yang menggunakannya.
  3. Makcik-makcik, kakak-kakak dan pakcik-pakcik yang masak untuk kenduri-kendara yang menggunakannya.

Dan yang paling sedih, sudah tentulah aku kerana:

  • Kebanyakan premis Nasi Kandar menggunakan QBB Pure Ghee sebagai satu bahan utama untuk memasak nasi minyak, kuah kurma, ayam masak merah dan segala tumis-tumisan masakan dalam resepi yang berasaskan masakan kari.

Ini lah Ghee Kalau Taktau

Sedih tu bukan kerana apa. Kenapa setelah berpuluh tahun, baru sekarang notis penarikan balik status halal dikeluarkan? Kenapa dalam notis, tak disertakan sebab-sebab penarikan status halal tersebut? Adakah ia kerana:

  • Kompeni QBB Ghee tak bayar pada JAKIM?
  • QBB Ghee bayar JAKIM ciput?
  • QBB Ghee ada minyak babi?
  • QBB Ghee ada minyak lembu tak sembelih?
  • QBB Ghee ada kandungan darah biawak?
  • Dalam QBB Ghee ada Jack Daniels dan Guiness Stout, takpun Johnny Walker Blue Label?

Persoalannya, kenapa notis penarikan balik status halal tanpa disebabkan sebab-musababnya?

Adakah pihak JAKIM sedar, sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam memantau barangan halal di Malaysia, satu tanggungjawab agama diletakkan di atas bahu semua staff JAKIM yang terlibat samada secara langsung atau tidak.

Ya betul, mungkin akan ada jawapan seperti JAKIM hanya sebagai pemantau status halal di Malaysia, maksudnya sebagai satu badan pemerhati. Tetapi, kenapa setiap kali serbuan contohnya baru-baru ni serbuan di TGI Friday’s seperti laporan oleh ONDSCENE, pemberita di media massa masih menggunakan ayat-ayat klise seperti “sebuah premis di sekian-sekian anu”. Kenapa tidak didedahkan terus?

JAKIM, where’s your egg???

Sudah berapa juta rakyat Malaysia telah menelan benda-benda yang mengandungi Cop Halal JAKIM? QBB Ghee bukan produk baru, kenapa baru sekarang???

Chef Ismail Sebagai Spokesman QBB Ghee

Dan, sekiranya telah dihebahkan di laman JAKIM. Apa pula tindakannya???

  • Kedai runcit Melayu di kampung gua masih menjual QBB Ghee.
  • Kedai nasik kandaq for sure lah, mesti pakai lagi punya.
  • Pakcik-pakcik tukang masak kenduri sudah semestinya. Ada yang tak reti bukak internet lagi pun ada.
  • Hotel-hotel macam mana? Website QBB Ghee masih menggunakan imej Chef Ismail sebagai duta QBB Ghee.

The Consumers Association of Penang (CAP) calls on the Ministry of Domestic Trade, Cooperative  and Consumerism to immediately call for the withdrawal of sale of QBB ghee being sold in Malaysia.

This is in view of the fact that the halal status of the ghee has been withdrawn by the Jabatan Kebangsaan Islam Malaysia (JAKIM) on the grounds that it contains doubtful elements.

CAP has been liaising with JAKIM on the authenticity of the halal status of the ghee since July this year.  In a reply to CAP of 20th August 2010, JAKIM  had informed CAP that they were withdrawing the halal status of the ghee until they were convinced with the halal status of the product.

JAKIM and the Chemistry Department have tested the ghee and found it to contain doubtful elements and therefore cannot be consumed by Muslims and other vegetarians.

CAP calls on Malaysians to immediately stop consuming the ghee until its contents have been verified to be halal by JAKIM.

The Ministry of Domestic Trade Cooperative and Consumerism must immediately call for the total withdrawal of the product from the shelves as this is a serious matter and needs urgent action. – Consumer Association Of Penang

Sebenarnya, CAP telah banyak kali bersuara tentang hal ini sebelum JAKIM bertindak. Terima kasih kepada CAP kerana berusaha membawa hal ini ke tengah.

Jawapan Rasmi JAKIM kepada CAP - Imej ihsan CAP

Jadi, rasa-rasanya bukan setakat gua yang akan bersedih dengan hal ini. Pipiyapong yang kerap ke Alima untuk pekena teh mungkin akan menerima sedikit tempias dalam roti canainya. Pakcik Kordi mungkin akan sumbat kepala Les Paul beliau dalam mapley yang cakap banyak.  Zan mungkin akan laga kepala dengan mapley-mapley di KL setiap kali turun nak pekena roti canai. Dan si Pidomat pulak, mungkin terpaksa sembang lebih kencang dengan mamak-mamak semua untuk mempertahankan hujah CAP.

Gua pulak? Terpaksa berpuasa Nasik Kandaq buat sementara waktu sehingga isu negara ni line-clear semula.

P/S: Malaysia ialah negara Islam yang masih blur dalam status halal-haram. Notis kencang, penguatkuasaan yilek pochik.

facebook comments:

12 thoughts on “Nasik Kandaq Sepi Tanpanya

  1. “Kedai runcit Melayyu di kampung gua masih menjual…” – mmg ejaan Melayyu kedai tu double Y ke?

    “JAKIM and the Chemistry Department have tested…” – credits to chemistry dept @ jbtn kimia 🙂

    …btw, dlm web JAKIM bgtau pewarna E120 masuk dlm list halal, so bedal jela bundaberg LLB
    Ijau D. Koceng recently posted..Ada Apa Dengan 1 Malaysia

  2. Pak Cik kerja masak kenduri kahwin di Johor dan juga Melaka sudah lebih 30 tahun. Dulu ramai yang memilih Cow Brand Vegetable Ghee, tin biru dengan gambar lembu hitam putih di tengah. Benda ini dibuat sepenuhnya dari minyak sawit. Bahan pewarna dan perasanya pun dari bahan tumbuhan. Halal 100%. Mana jenis beriyani pun pakcik buat darinya memang lazat. Kemudian ada perubahan istilah dalam Akta Makanan Malaysia 1983, lalu namanya ditukar kepada Cow Brand Vanaspati. Vanaspati ini kalau tak salah pak cik, asalnya perkataan Sanskrit. Kemudian orang kita semakin mewah, mahu gunakan QBB Ghee yang lebih mahal yang masa tu memang dari susu lembu dan dibuat di Australia. Bagus juga mutu QBB masa itu. Beberapa tahun kebelakangan ini, pakcik dapati rasa QBB pun dah mula berubah. Pakcik dah mula syaki kandungan QBB bukan lagi seperti yang ditulis pada tinnya. Kemudian ada kawan Pakcik di Singapura beritahu kilang QBB di Australia dah tutup beberapa tahun yang lalu dan kerja membuat QBB sekarang di Shah Alam. Baru Pakcik sedar QBB ini bukan lagi yang original. Dekat sini banyak jenama minyak sapi yang kilangnya di Malaysia muncul dalam 10 tahun yang lalu. Semuanya pakcik dah cuba. Cakap saja, minyak sapi tulen, tapi kebanyakan rasa macam dibuat dari minyak sawit juga. Harga dua kali tinggi dari vanaspati. Sekali dua pakcik pernah masak dengan minyak sapi tulen diimport dari Eropah, namanya Green Mountain, tin hijau muda ada perkataan Arab dan banyak dijual di negara Islam, agak mahal tetapi memang minyak sapi tulen yang paling sedap dirasai. Buat bubur lambuk darinya cukup bagus. Pak cik tulis ini semua bagi orang tahu pengalaman pak cik pasal kisah minyak sapi ini. Pandai-pandai kita memilih, jangan terperangkap dengan tipu helah sesetengah pembuat tempatan.

    • Assalamualaikum Haji,

      Terima kasih kerana memberi pandangan dan komen terhadap artikel ni. Saya pernah dengar nama Vanaspati tu. Ayah dan Mamu Mydin (Arwah, kawan rapat ayah) pun pernah masak untuk kenduri, ala-ala masakan India Muslim.

      Dan sememangnya, pengaruh Ghee memang luas. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman haji.
      speedrider recently posted..Moto GP 2010 – 2

  3. Comments by Mr. M. D. Wilson, last general manager of the original QBB manufacturer:

    From 1946 upto to 2006, QBB Ghee was first produced by Queensland Butter Board, later known as Butter Marketing Board and finally known as Butter Producers Co-operative Federation (BPCF), Brisbane, Australia. This product was up to 2006 pure butterfat ghee produced from the milk of dairy cows. I am sure of that as I was the last general manager of this firm. Based on a joint decision by all shareholders, BPCF’s factory and warehouse in Brisbane was closed down in 2006 and BPCF was finally liquidated in 2007. The agent for QBB for Malaysia, Singapore and Brunei was all the while Sadka Bros. in Singapore, a firm owned by Singaporeans and Australians of Jewish descent. These people do not eat pork and will never condone to lard being added into their product. However somewhere after 2000, they sold of their shareholdings to Dairy Farmers of Australia, who eventually changed the name to QBB Pte. Ltd., Singapore. If you were to look at the Information Resources issued by ACRA of Singapore, the principal activities of QBB Pte. Ltd. now is preparing, canning and preserving of livestock and livestock products which indicate animal fat and tissue products. This completely different from dairy products which indicate cow’s milk based products.

    From 2007 onwards, Dairy Farmers have been supplying the raw material directly to QBI Packaging in Shah Alam who have packed QBB Ghee since then. Somewhere in 2007, the Ministry of Economy, United Arab Emirates had enforced on QBB Pte. Ltd. Singapore to categorise QBB sold in UAE as animal shortening. This can be seen in the following websites:

    1) http://archive.gulfnews.com/articles/08/07/03/10225548.html and
    2) http://www.dubaicityguide.com/site/business-finance/data/Eng.%20%20Price%20List%20Group%202%20on%20May%2020092.xls.
    3) http://www.economy.ae/English/Consumers/PricesAndMarketResearch/Pages/WeeklyPricereport.aspx
    4) http://www.economy.ae/Documents/Thirds%20Group.pdf;

    which indicate that QBB is sold as animal shortening in United Arab Emirates since 2007 and listed as a product of Singapore as it is manufactured under the licence of QBB Pte. Ltd., Singapore.

    Ministry of Economy, United Arab Emirates is world renowned for its food labelling enforcement. Every food product container received at its port is checked to determine its actual content by lab analysis.

    We know that animal shortening is the industrial definition of pig lard usually extracted and thereafter purified from the abdomen of pigs. It is quite clear to me that QBB Ghee sold not only in Malaysia, Singapore and Brunei but in other parts of Asia, Australia from 2007 right until its halal certification revocation by JAKIM, Malaysia in August 2010 contained pig lard as butterfat prices were too skyhigh to make a handsome profit for Dairy Farmers. Despite all this, JAKIM still wants to certify QBB as pure butterfat ghee. This is indeed very heartbreaking for all of us who were in involved in ensuring QBB was pure butterfat ghee prior to 2006.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge