Nasi Sila Lahar Kepar

Signboard baru

Sebenarnya, memang signboard tu baru. Aku tak sempat review tempat makan popular untuk keluarga ni sewaktu di tapak asal. Maksud aku, aku dah review tempat ni di tapak baru (walaupun dah lebih 2 tahun).

Tempat bersila

Tempat ni mendapat nama sebagai Nasi Bersila kerana faktor tempat makan di tapak asal. Pada permulaan perniagaan dulu, kedai makan ni boleh dikatakan kecil-kecilan saja. Bila mendapat promosi free (mulut ke mulut), jumlah pelanggan yang datang makin bertambah, boleh dikatakan sehingga tidak cukup meja dan pelanggan kena bersila dalam ruang tamu rumah.

Menu lauk

Kiranya dulu, sambil makan, sambil tengok TV tuan rumah dalam rumah tuan rumah la. Tu yang dapat nama Nasi Sila tu! Hahaha… Sebenarnya aku pun tak dapat gambaran secara jelas bagaimana nama ‘Nasi Sila” ni mendapat nama, tetapi keadaan yang aku sebut tu memang benar-benar terjadi la dulu.

Sekarang, kedai ni dah pun berpindah ke tapak baru yang lebih luas dan selesa untuk para pengunjung. Tak jauh pun, di seberang jalan saja. Hehehe..

Rider Jalan-Jalan Cari Makan

Kami bukanlah artis-artis atau prof-prof, jauh sekali media-media yang datang makan dan memberi liputan meluas untuk kedai ni seperti yang dinyatakan di http://nasisila.blogspot.com. Kami tak lain tak bukan adalah rider-rider yang hensem, cute, kuat makan dan boleh dikatakan glemer jugakla kan? Phuiii!!! Kah kah kah…..

Oklah sebelum melalut. Aku, Galol dan Abang Subri datang melepak makan kat kedai ni mendangkan Galol tak pernah mai makan kat sini (buat malu orang Penang betul!). Jadi, di bawah ni adalah lauk-lauk yang kami makan malam tu.

Brader-brader tolong layan

Sapa tak tahan pedas kalau tengok pasti senak perut

Ketamakan Galol terhadap kerabu perut terserlah. Tu yang perut dia besar tu

Ayam Goreng Panas-Panas (1/4 ekor seketul). Feveret aku.. Hehe

Gulai Ikan Bawal, citarasa Abang Shubri (sebab veteran) :p

Pekat dan mantap Sambal Tumis Sotong ni

Sambal Tumis Sotong

Gulai Ayam

Kalau dah mamu.... Tetap setia dengan kuah campur!

Galol adalah punca line jadi jem!!!!!

Lauk kami untuk... 3 orang!!! Hahahaha

Nampak setalam atas tu? Sekali air (asyik tambah air sebab menyembang), semua sekali adalah dalam RM45.00. Berbaloi kan? Nasi kampung malam-malam, ayam panas-panas, tempat luas dan yang paling penting, perut kenyang.


View Nasi Sila Lahar Kepar in a larger map


Kepada mereka yang belum pernah sampai, sila rujuk peta untuk panduan. Tempat ni memang kena masuk ke dalam sikit dari jalan utama yang menghubungkan Tikam Batu dan Kepala Batas. Berhati-hati agar tidak terlajak di simpang Jalan Permatang Kuang tu, silap jalan, anda akan terus masuk ke Penaga. Waktu perniagaan adalah dari hari Ahad hingga Jumaat dan  waktu perniagaan adalah dari pukul 8.00 mlm sehingga 12.00 tengah malam manakala kedai akan bercuti pada hari Sabtu.

Selamat mencuba dan meredah jalan malam ke sana! (berhati-hati memandu, jalan gelap)

facebook comments:

One thought on “Nasi Sila Lahar Kepar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge