Nasi Kandar Merlin

Awal pagi orang dah makan, tapi pukul 11.30 pagi dah mula nak jam

Dalam berapa kali punya aku dok pi Nasi Kandar Merlin ni, inilah kali pertama aku ambil gambar. memandangkan aku tak berapa ada mood nak ambil gambar banyak-banyak, maka aku ambil dengan keadaan yang paling malas sekali di meja makan. (lepas tu aku repeat pi makan lagi dan amik tambahan gambar, hahahaha)

Tangga untuk naik ke Merlin Hotel

No signboard. Tumpang nama hotel.

Nasi Kandar Merlin ni mendapat nama Merlin daripada Hotel Merlin yang berada di atas restoran tersebut. Namanya memang agak LOL tambah-tambah bila dah ada orang tengok TV Series Merlin di TV3 tu, rasanya kalau tak tengok TV Series tu, sampai sudah tak tahu cerita Merlin, Arthur dan Camelot. Nasib baik Nasi Kandar Merlin ni tak display pedang Excalibur, kalau tak, sure gempak habis restoran ni. Hahahahaha


View Merlin Nasi Kandar in a larger map
Kedudukan restoran/hotel di simpang Union Street ni sememangnya akan membuatkan seseorang itu jem otak mencari parking. Serius, kawasan ni merupakan kawasan pejabat dan bank yang paling sibuk di kawasan Georgetown. Pandai-pandai la cari parking area sini.

Tengok harga, lepas puas hati baru ambil

Cakap aja nak makan apa, di Penang, we are the boss!!

Banyak ni punya makan, sekali air RM30.60

Untuk makluman, inilah antara kedai nasi kandar yang tak mendapat publisiti meluas seperti Line Clear, Beratur, Hameediyah dan sebagainya, tetapi merupakan pilihan utama orang-orang Penang di sini. Serius, sesetengah kedai yang terlalu dikomersialkan amat overrated atau indah khabar dari rupa di mulut ‘mamu-mamu’ nasik kandaq sejati Penang baq hang!

Masalahnya, banyak kedai-kedai nasi kandar kat Penang ni, popular di kalangan penduduk tempatan, tetapi apabila orang luar nak masuk makan… Mungkin fikir dua tiga kali mengenangkan sambil makan nanti, nak kena berkawan dengan tikus-tikus sebesar kucing. Hahahaha, itu biasa lah….

Jangan lupa letak kuah daging

Karnivor besar, 3 ketul daging

Aku jarang amik daging. Tapi kalau betul-betul nak test rasa nasi kandar, kena try jugak amik daging. Entahlah, mungkin orang lain, lain caranya. Macam aku, aku suka letak benchmark daripada rasa daging di venue-venue kedai nasi kandar. Kalau tak, apa rahsianya Pelita Nasi Kandar asyik letak kuah daging, betul tak? Bezanya, selalunya kedai-kedai nasi kandar ni menyediakan ketulan daging yang agak kecil. Selalunya memang aku akan ambil 2 ketul daging (bersamaan seketul daging di kedai nasi campur Melayu). Dari list aku, aku suka Nasi Kandar Aboo punya daging. Setakat dalam rank anak tekak aku, Aboo masih nombor satu.

Gentlemen, start your engines

Seperti contoh gambar, Nasi tambah, ayam 1/4 panas-panas, telur rebus digoreng sambal tumis dan pelengkapnya kuah banjir, RM7.50. Apa lagi mau?

Sambal Tumis Telur Rebus Goreng

Sambal 'Nyog" Yang Power (Kelapa, Kerisik, Pudina, Asam Limau, Cili dan lain-lain)

Aku terlupa pulak nak amik shot kari kepala ikan yang boleh tahan jugak rasanya kat sini. Ada yang claim rempah-rempah di sini digiling dahulu, tapi aku tak pasti lah. Aku bukan reti beza rempah serbuk jirus air panas ataupun rempah giling. Yang aku tau, kena dan masuk dengan kehendak anak tekak, itu jalan!

Jadi, kalau anda berada di area Bishop Street/Union Street/Padang Kota/Light Street/Beach Street ni, jangan lupa singgah Nasi Kandar Merlin. Sedap atau tak, itu terpulang pada anak tekak anda. Tapi kalau bab kepuasan makan tu, aku boleh gerenti la puas makan, sama puas macam aku makan di Chowrasta Cafe haritu.

facebook comments:

2 thoughts on “Nasi Kandar Merlin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge