Nasi Kandar Ayam Merah @ Nasi Ganja Ipoh

Nasi Ganja Ipoh

Pertama kali aku tahu pasal Nasi Kandar Ayam Merah atau lebih popular dirujuk sebagai Nasi Ganja Ipoh ni adalah melalui blog Orang Kecil Orang Besar di sekitar tahun 2009. Ketika tu, acuh tak acuh saja aku ambil tahu sebab ego orang Penang la katakan; MANA ADA NASIK KANDAQ LAGI POWER SELAIN DARI PENANG?!!!

 

Lauk Nasi Ganja

Beberapa urusan di Ipoh Rock City beberapa tahun kebelakangan ini membuatkan aku kerap kali ke Nasi Ganja Ipoh. Rasanya kunjungan kali pertama adalah melalui konvoi geng motor di mana kami singgah makan dan time tu, Mamat Khalid pun ada sekali makan dalam kedai. Selepas kunjungan itu, rasanya tiap kali turun Ipoh, memang aku akan datang ke kedai ni

 

Nasi Ganja Bukan Vanggey

Aku sangat memilih nak kata nasi kandar di sesuatu tempat tu sedap ataupun tak. Bukannya apa, selera aku terhadap nasi kandar ni rasanya berlainan dengan orang lain. Orang Penang sendiri tak lalu tengok aku letak kuah banjir melimpah ruah atas nasi, inikan pulak orang bandar (terutamanya aku rasa orang dari negeri-negeri selatan). Kadang-kadang, post gambar nasi kandar yang aku ambil di Facebook boleh mengundang rasa geli hati melihat respon mereka yang melihatnya, dan acapkalinya rata-rata tak lalu tengok kuah banjir aku. Kah kah kah!

 

Nasi Ganja Ipoh Cawangan

 

Dulu aku keliru jugak antara Nasi Ganja Ipoh ni dengan Vanggey. Tapi selepas aku rasa di kedua-dua venue, memang jauh panggang dari api. Nasi Kandar Ayam Merah/Nasi Ganja Ipoh yang bertempat di Jalan Yang Kalsom di dalam kedai kopi Yong Suan ni memang mempunyai kelas yang tersendiri. Rasanya inilah satu-satunya nasi kandar yang aku tak pernah letak kuah banjir. Cukup dengan “set standard” seperti gambar di atas. Dah cukup power, ayam tu pedas cabai kering. Sapa tak tahan, konpem perut memulas.

 

Nasi Ganja Ipoh Yong Suan

 

Dah lama aku simpan entry ni, tak sempat nak post pun. Paling kronik sekali, waktu perjalanan ke Kuala Lumpur, aku layankan isteri dan anak sarapan pagi di Hentian R&R Sungai Perak, lepas tu kami turun Ipoh, tunggu pukul 10.30 pagi untuk layan Nasi Ganja Ipoh ni. Nak kata sedap, tak la sedap sangat, tapi lepas dah pekena, teringat-ingat pulak lepas tu. Patutla depa panggil nasik ganja!

facebook comments:

4 thoughts on “Nasi Kandar Ayam Merah @ Nasi Ganja Ipoh

  1. Terus terang ko ada ability untuk ambil foto makanan dan suasana gerai/kedai. Dari dulu aku perasan. Pada aku la aku sukaa.

    Anyway, selalu la skkit update blog hahaa. Aku mana ada fb, twitter, instantgram, keek bagai

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge