Nasi Goreng Flying V

Aku bujang.
Jadi, haritu masa semua family aku keluar balik kampung, dan masa tu pulak aku sengkek sangat, tak mampu makan kat luar, jadi aku buat benda ni.

Resepi: Nasi Goreng Flying V (pilih sendiri samada nak Gibson atau Sammick)
Bahan-bahan: Apa-apa aja yang ada dalam peti ais atau kabinet dapur.

Nasi putih malam semalam adalah pilihan utama. Kalau nasi putih panas, kompom tak jadi nasik goreng. Tapi sebelum goreng, gaul-gaulkanlah nasi tu dulu agar tak melekat.

Aku terjumpa hotdog dan chicken balls ni. Jadi, aku belasah jer masukkan dalam kuali.

Lepas tu, goreng sekali telur dalam kuali. Ikut style korang la nak buat macam manapun. Janji jangan telur tembelang/kemuruk sudah. Bayangkan mangga-mangga last korang nak makan, tapi termasuk telur busuk, padan muka korang langsung tak dapat makan.

Kali ni, aku tanak tipu korang macam resepi Mee Udang Bangsawan aku haritu. Hahahaha… Aku jujur kali ni ar….

Akhirnya, siaplah sudah Nasi Goreng Flying V dikelilingi oleh pick-pick guitar size jumbo. Asyik beb pekena sekali dengan Kopi Tongkat Ali.

Kesimpulan. Hampeh tak sedap langsung perasa ni. Carilah perasa lain.

p/s: Kalau dah lapar tu, apa pun aku sebat.

facebook comments:

5 thoughts on “Nasi Goreng Flying V

  1. Pingback: Nasi Goreng Beriyani Mamu | Speedrider Networks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge